Khamis, 31 Disember 2009

KENANGAN LAMA, AZAM BARU

Wahai 2009
Kukira kini dikau sudah menghitung
Apakah yang akan kau labuhkan
Sekiranya telah kau labuhkan tiraimu
Semestinya senjamu sudah berlalu
Malammu juga sudah kau lepaskan
Laungan tahun baru sudah berkumandang
Memorimu terlalu banyak dikendong
Pahitmu ditelan bersama madu
Agar tidak terasa peritnya
Manismu diadun sedikit hempedu
Agar terasa sedikit getirnya

Masih terasa kegagalanmu
Tapi bukanlah salahmu
Inilah akibatnya..
Ke gunung tak dapat angin
Ke laut tak dapat badai
Ke hutan tak dapat bayu
Suatu kegagalan adalah ghalib
Suatu kegagalan adalah lazim
Ke bawah itu bukanlah gagal
Bangkit semula adalah kejayaan

Hingga kini
Masih kuraih kejayaan bersamamu
Kita dipuncak bersama
Rezeki kita masih ada
Berjanjang naik bertangga turun
Bertangga naik berjanjang turun
Itulah lumrah alam
Sebenarnya
Yang Maha Esa lebih mengetahui
Kegagalan dan Kejayaan
milik kita bersama

Selamat tinggal 2009 ku sayang
Sesungguhnya...
Terlalu banyak kenangan bersamamu
Akan kupahatkan dilipatan sejarah
Buat tatapan generasi mendatang
Yang buruk itu jadikan sarhad
Jangan bercermin di air yang keruh
Yang baik itu ambillah seadanya

Selamat datang 2010
Dirimu baruku kenal
Akan ku layar bahtera hidupku
Berlandaskan
Kegagalan dan kejayaan 2009

Ingin kutinggalkan Luka lama
Untuk menyambut senyum yang baru
Saat kurangkai syair bergema
Ucapkanlah Selamat Tahun Baru
Yang berlalu lambailah bersama
Walau sayu masih dirayu

SELAMAT TAHUN BARU 2010.

Jumaat, 18 Disember 2009

PANTUN SEMANGAT BARU

Melangkah masuk salam diseru
Bengkel ABM tampak bergaya
Azam baru di tahun baru
Mencurah ilmu mendidik bangsa

Bengkel ABM tampak bergaya
Khazanah baru perlu dipelihara
Mencurah ilmu mendidik bangsa
Walau madu dibalasnya tuba

Khazanah baru perlu dipelihara
Semoga menjadi gerbang sekolah
Walau madu dibalasnya tuba
Teruslah mendidik jangan mengalah

Semoga menjadi gerbang sekolah
Wajah baru penuh bersejarah
Teruslah mendidik jangan mengalah
Sekali ke hadapan terus melangkah

Bangunan baru penuh bersejarah
Katanya Jepun pernah bertapak
Sekali ke hadapan terus melangkah
Pantang berundur walau setapak

Katanya Jepun pernah bertapak
Itulah sejarah warisan wangsa
Pantang berundur walau setapak
Terus berjuang martabatkan bangsa

Itulah sejarah warisan wangsa
Buat tatapan generasi mendatang
Terus berjuang memartabatkan bangsa
Guru cendiakawan murid gemilang

Khamis, 17 Disember 2009

CORETAN DI AWAL 1431

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat tahun baru dan salam Maal Hijrah.
Aku menulis di awal tahun baru Hijrah 1431. Sambil aku semak dan update facebook aku, semangat aku yang luntur semalam kembali bersinar dan berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di mukabumi. Ramai kengkawan, ex-student yang komen tentang keretaku yang dicalarkan. Pada mulanya aku kecewa yang teramat sangat apabila melihat keretaku telah bercalar begitu panjang sekali angkara siapa aku pun tak tahu....
Pada hari Khamis, 16 Disember 2009, hujan memang sungguh lebat sekali sehingga air dari longkang melimpah keluar. Aku rasa tak sedap hati dengan keadaan ini. Terdetik dihatiku kalaulah keretaku diapa-apakan oleh budak-budak sekolah yang hari ini memang hari terakhir bagi mereka di sekolah ini. Namun hatiku berdetik sekali lagi, lalu kuimbas setahun aku mencurahkan ilmu kepada anak didikku, rasanya tiada satupun kesalahan dan kekasaran besar yang telah aku lakukan. Malah aku rasa pada tahun inilah tahun aku paling sabar dan dikategorikan paling baik le kot. Marah yang kecik tu ada ler. Takkan nak suruh siapkan fail pun tak boleh. Itu pun aku tak marah, cuma aku tak bagi balik jer selagi fail tak siap.itupun siap belanja minum lagi.
Bila dah kena macam ni kat kereta aku, lalu aku pun termenung semalaman. Apa lagi yang tak kena dengan sistem pengajaran aku sehingga membuatkan bebudak nie berdendam kat aku. Ada ler bahagian2 yang aku terlepas pandang yang perlu aku betulkan selepas ini.
Sempena di tahun baru Hijrah ini aku mengambil keputusan untuk memaafkan semua kesilapan2 yang mereka2 yang berkenaan telah mereka lakukan. Kalau aku nak sejukkan hati aku mungkin tak sengaja kot atau mungkin silap cikgu kot(tapi semua cikgu kat sekolah ni baik2 belaka).
Mungkin juga bebudak ni nak menyahut cabaran kengkawan dia supaya mencalarkan kereta salah seorang dari cikgu. Lalu cabaran tu disahutnya tanpa berfikir panjang. So, yang mana sempat dia hentam je la.Nasib baik kereta cikgu Leman kat sebelah tu tak diapa-apakan. Kalau tak lagi ler naya.
Seperkara lagi, setiap kejadian tu mesti ada hikmah dari Yang Maha Esa. Mesti ada sebab dan musababnya. Cuma kita sebagai manusia terpaksa ler redha dengan ketentuannya. Kalau kita terinaya oleh seseorang, mungkin orang itu akan diinaya oleh orang lain pulak. Mungkin juga kesilapan lampau kita, sudah dibalas hari ini.
Kita hanya mampu memungkinkan beribu kemungkinan, Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya.

Itulah sebuah bicara
Keretaku tercalar jua
hatiku tercalar rasa
Namun usah ikut membara
Kerana jika mengikut kata
Harus semuanya binasa
Sebaiknya berserah kepada yang Maha Esa

Kerna Yang Maha Esa
Sungguh Bijaksana
Adanyaaaa

Ahad, 13 Disember 2009

DI ANTARA TAHUN-TAHUN BARU

(SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431H)
Selamat menyambut tahun baru
1 Muharram 1431H
18 Disember 2009M
buku lama ditutup
Buku baru dibuka.
semoga dosa lalu diampunkan
semoga kita selamat dan berkat di tahun baru.
semoga penghijrahan kita adalah kepada yang lebih baik.
semoga tahun ini memberi lebih rezeki

Dulu tidak tahu apakah sembahyang, di tahun baru sudah tahu..
Dulu tidak tersentuh hati untuk sembahyang, di tahun baru dah terusik..
Dulu sembahyang di akhir waktu, di tahun baru sudah menepati waktu..
Dulu dengar azan masih bersembang,
Di tahun baru belum azan sudah bersedia...
Dulu tidak kenal Quran, di tahun baru mahu mencari tok guru..
Dulu sukar bersedekah, di tahun baru nanti ramah bersedekah...
Dulu dan di tahun baru.....
Mesti ada perbezaan.

Tak perlu bunga api
Tak perlu detik 12 tengah malam
Tak perlu kawalan keselamatan
Tak perlu kugiran dan minus one
Tak perlu modal,

Apa yang perlu...
Semangat baru berbakti dibumi Allah,
gerimis petang sejalur pelangi
senja nan indah kini berlabuh
malam kelam pekat menjelma
bulan purnama bercahaya
Menunggu detik masuknya waktu maghrib 30 Zulhijjah 1430H
Kawalan oleh para malaikat mencatat kebaikan
Alunan azan dan Iqamah 1431H
Bermodalkan azam baru
Buku catatan lama diangkat malaikat
Buku baru masih suci dan kosong

helaian buku baru
disingkap dengan kemas
diulit indah disayang erat,
meninggalkan helaian usang
Penuh sejarah dosa dan pahala
Diangkat Allah sebagai bukti
helaian baru,
tampak bersih tanpa cela,
menanti tinta ungkap diri,
menanti gerak atur pena,
gerakan kawalan pengatur hidup,
awas diri,
Jangan salah langkah lagi
waspada diri,
kena gerak aturnya,
tersenyum ceria.

InsyaAllah
Tahun baru bertambah Satu
Usia kita bertambah Satu
Tapi..
Azam kita bukan Satu
Azam kita beribu
Menunaikan Ikrar
Khalifah di bumi Allah

SELAMAT TAHUN BARU 1431H.

Ahad, 29 November 2009

KESIBUKAN YANG MENYERONOKKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah Lama aku tidak menulis dan dah lama juga aku tidak menjenguk blog. Hari ini aku berkesempatan untuk melihat kembali blog aku lebih kurang 10 minit . Pendapatan iklan aku pun dah agak lumayan jugak. Terima kasihlah kepada pengunjung yang aku kenali dan tidak kenali yang sudi klik iklan kat blog aku walaupun tak beli tak aper. Janji klik jer. Apakah aktiviti yang membuatkan aku terlampau sibuk??????

Kalau nak ikutkan tak le sibuk sangat, tapi ada le beberapa aktiviti yang memerlukan komitmen yang 100%. Di antaranya ialah menguruskan fail SKM-PPT kengkawan yang tak siap2. Nampak senang tapi mana2 kawan yang sama-sama membantu, memang susah. Kalau fail sendiri yg salah boleh aku betulkan sendiri, tapi kalau 15 fail yang salah, nak termuntah dibuatnya. Kadang2 sorang calon bukan 1 fail tapi 3 fail. Walaupun begitu ada juga kengkawan yang setia membantu, yang sama2 berhempas pulas menyelesaikan fail SKM-PPT ni. Terima kasihlah pada Yobdabai, pada Lan Auto yang 100% membantu, demi kejayaan bersama
Aku tak rasa buat kerja sorang, tapi team yang kami bina mendapat pujian dari En Aziz (PP-PPT) yang sentiasa bekerjasama sehingga fail kami lengkap. Sokongan dari kengkawan bukan saja dari segi tenaga, tetapi juga dari segi kewangan. Terima kasihlah bebanyak kerana sama2 berjuang.
Mungkin ramai kengkawan kurang faham dgn kepentingan SKM-PPT ni. Kalau tak kerana pakej rangsangan ekonomi dari BPTV agak susah jugak untuk memohon tahap 3 nie. Kalau buat permohonan biasa, satu tahap RM300.00 yeop. Kalau 3 tahap dah dekat RM1000.00.
So, mengenangkan peluang yang ada nie, disamping tanggungjawab yang diamanahkan, aku harungi jugak kerja-kerja ni walaupun sekali-sekala ada juga setan melintas dan merasuk ke akal aku, buat apa penat2 buat kerja orang punya. Bukan dapat apa pun. Tapi niat tu cepat2 aku hapuskan dari ingatanku. Buat kerja biar ikhlas, jangan merungut sangat. kalau penat berenti. takkan nak panggil kengkawan yang tengah syok bercuti pulak kan.
Tapi sebenornya aku tak kisah pun. Aku buat kerja ni bukan minta balasan apa2 tapi ini memang bidang yang dah aku ceburi sejak dari aku mula posting lagi. Aku dah masak sangat dengan sistem SKM nie. Jatuh bangun SKM semuanya ada dalam ingatan dan dairi hidupku. SKM juga yang banyak membantu aku dalam kehidupan. Bagi kengkawan yang sama2 berjuang dalam bidang SKM faham sangat ler.
Jadi walaupun aku terpaksa korbankan cuti panjang aku tak kisah. Ada juga org kt rumah merungut, malam2 cuti pun kerja. Bila aku terangkan betul2, semuanya berjalan lancar.
Sekarang semuanya berjalan lancar. Kesemua hampir 30 fail sudah diserahkan kepada PP-PPT untuk dinilai. Respon positif telah diberikan kepada beliau. Alhamdulillah le tu.
10 fail yang reject pun dah dibaiki. Dah pun dihantar kembali. Moga2 semuanya lulus. Usaha dah dilakukan. Berserah je kepadaNya.
Sekarang otak dah kembali stabil.
Cuma, disamping menguruskan fail tu, aku juga Chief Invigilator SPM bagi pusat persendirian. Pening jugak kepala, calon persendirian ni ikut suka dia ja nak datang ke tak. Bayangkan hari pertama dah tak datang 48 orang. tak ke poning tu. Tapi bak kata orang kampung aku "expierience forever", tapi aku tak mau takbur sebab SPM belum habih lagi. Semoga semua kerja-kerja yang aku lakukan berjalan lancar dan mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa. Apa yang penting keikhlasan dalam pekerjaan barulah diikuti dengan kepuasan kerja. Dan lepas tu baru pikior yang lain-lain hal.
Terima kasih dan selamat malam.

Khamis, 19 November 2009

PERINGATAN SEPANJANG HAYAT

Perkataan Indah ialah ALLAH
Ikutan abadi adalah Rasulullah
Lagu Merdu adalah azan
Media terbaik adalah Al-Quran
Senam sihat adalah Solat
Diet sempurna adalah berpuasa
Kebersihan menyegarkan adalah wuduk
Kebersihan rohani adalah zakat
Perjalanan indah adalah Haji
Khayalan yang baik adalah ingat dosa
INSAF DAN TAUBAT NASUHA SEBELUM DATANG AJAL

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1430H


Pesanan ikhlas dari:
Persatuan Ulama Malaysia (C) Perak

Selasa, 10 November 2009

SELOKA BUDAK SKM

Akulah budak SKM.......
Aku melangkah ke bumi bertuah
Berbekalkan PMR yang sangat gundah
Berbekalkan tatabahasa yang sungguh mudah
Berbekalkan nombor yang rendah-rendah
Berbekalkan doa dan jampi serapah
Berbekalkan naluriku untuk berubah

Hampir setahun aku menyabung
Bumi bertuah aku bernaung
Guru dan rakan di satu bumbung
Bermain dan belajar tidak terhitung
Hujan dan panas tetap kuharung
Bukan niatku mengaut untung
Sekadar ilmu memenuhi kantung

Dulu aku nakal tak kira masa,
Kini aku berhemah memenuhi citarasa
Dulu aku culas untuk berdoa
Kini aku rajin tak perlu disapa
Dulu aku samseng tidak kira di mana
Kini aku alim berlandaskan ulama
Dulu aku selekeh,kotor dan durjana
Kini aku tampan,rupawan dan teruja

Itulah aku sebenarnya
Itulah kami seadanya
Beruntunglah kami seianya

Akulah budak SKM
Budak SKM yang berbudibahasa
Budak SKM yang bijaksana
Budak SKM yang ceria

Ahad, 8 November 2009

SEVEN ELEVEN 2009

Tahun depan kita ke Genting
Janji termenterai 08112008.
Sudah setahun tarikh berlalu
Janji tetap janji
Kini menjelma tarikh baru
“Seven Eleven” 2009
Biar apapun terjadi
Ku buka “Google Earth”
Ku cari peta Genting
Ku jumpa pakar rujuk
Calling-calling mana yang patut
Biar kutolak konvoi bermotor
Biar berita tanah runtuh bertaburan
Biar jemputan kenduri berselerak
Biar brek pad kereta berbunyi
Biar awan berarak kelabu
Biar semua hotel “full house”
Biar hanya kamera “handphone”
Biar kilat sabung menyabung
Biar jalan tersalah masuk
Biar kabus memadam tingkat 10 Hotel First World
Biarlah semuanya itu ada
Janji tetap janji
Janji tetap ditepati.
Ku redah jalan memang berliku
Ku capai semua hajat di hati-hati kami.
Mainlah sepuasnya....
Pirate ship?
Spinner?
Super Toboggan?
Cyclone?
Rolling Thunder Mine Train?
Sungai Rejang Flume Ride?
Corkscrew?
Grand prix fun club?
Space Shot?
Bumper Boat?
Flying Dragon?
Entahlah..... Janji tetap janji
Kepuasan tetap diwajahnya.....
Happy birthday 7.11 (seven eleven)

Jumaat, 6 November 2009

NEGARAKU DAN AZAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Dah lama aku tak menjenguk blog. Rindu pulak pada ruangan ini.
Pagi tadi adalah pagi Jumaat, seperti biasa aku menghadiri perhimpunan pagi. Tapi pagi ini lain sikit perasaan aku.
Di awal perhimpunan pagi mestilah menyanyikan lagu-lagu patriotik termasuklah lagu Negaraku. Pada mulanya ada juga pelajar berbisik-bisik, menggoyangkan kaki, tangan atau kepala. Ada juga yang berpusing ke belakang, tapi apabila lagu negaraku berkumandang semuanya secara automatik berdiri tegak, pandang ke hadapan dan sama-sama melaungkan lagu negaraku dengan penuh semangat dan tertib.

Pelajar yang bersembang membisu buat seketika.
Pelajar yang menggaru menyorokkan kukunya seketika.
Pelajar yang bergoyang berhenti berlenggok
Pelajar yang berpusing pantas berpatah balik.
Begitulah hebatnya aura lagu negaraku.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah begitu hebatnya tarbiah pendidikan selama lebih kurang 10 tahun terhadap pelajar supaya menghormati lagu negaraku. Kita cukup berbangga dengan situasi sedemikian.

Tetapi.......
Aku kadang-kadang aku berfikir sejenak. Kalaulah tarbiyah lagu negaraku diaplikasikan semasa azan, semasa mendengar azan dan menjawab azan, alangkah cantik dan sempurnanya kehidupan kita.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Semasa azan dilaungkan
masih ada yang bersembang,
masih ada yang berjalan,
masih ada yang menggoreng mee,
masih ada yang membaca,
masih ada yang membawa kereta,
masih ada yang mandi,
masih ada yang bermain,
masih ada yang menghisap rokok,
masih ada yang mengada-ngada....

Sedangkan itu seruan Allah
Yang mana lebih hebat????
Seruan Allah atau lagu negaraku.
Kalau kita boleh hormat lagu negaraku 100 peratus,
Kita patut hormat seruan azan sebanyak 200 peratus.

Bukan soal sunat atau wajib menjawab azan dijadikan perbahasan, tetapi jika lagu negaraku kita boleh hormati dan hayati. Mengapakah laungan mengajak bersembahyang kita tidak endahkan.

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Aku terima email dari rakan o9 berbunyi demikian :...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya .

Kalau dalam Blog Hukum Hakam menyatakan :

Hukum menjawab azan adalah SUNAT, BUKAN wajib. Menjawab azan ini disuruh oleh Nabi saw berdasarkan beberapa hadith yang diriwayatkan dari baginda, antaranya adalah berdasarkan hadith daripada Abi Said al-Khudriy, bahawasanya Rasulullah saw bersabda :

(Maksudnya): "Apabila kamu semua mendengar seruan azan, maka jawablah seperti yang dilaungkan oleh muazzin itu." (Hadith riwayat al-Bukhari)

Hukum harus menjawab azan pula diambil antaranya dari perbuatan Sahabat Nabi saw, sayyidina 'Umar r.a. Ini berdasarkan athar(*) daripada Tha'labah bin Abi Malik katanya :

كانوا يتحدَّثون يومَ الجُمُعة وعُمَرُ جالسٌ على المِنبَر، فإذا سَكَت المؤذِّنُ؛ قامَ عُمَرُ؛ فَلَمْ يتكلَّمْ أحدٌ
(maksudnya): "Adalah mereka (para tabi'ien) berkata-kata pada hari Jumaat, sedang 'Umar (al-Khattab) sedang duduk di atas mimbar (dan muazzin sedang melaungkan azan), apabila muazzin (tukang azan) berhenti (daripada azan), lalu 'Umarpun berdiri (untuk berkhutbah), lalu (apabila 'Umar berdiri untuk berkhutbah) seorangpun tidak berkata-kata lagi." (Athar ini dinilai sahih oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu', demikian juga al-Albani di dalam Tamam al-Minnah)

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (seorang ulama hadith mutaakkhir) di dalam kitabnya Tamam al-Minnah berkata :
فائدة: في هذا الأثر دليلٌ على عَدَمِ وُجوب إجابةِ المؤذِّن؛ لجَرَيان العَمَل في عَهْدِ عُمَرَ علَى التَّحدُّث في أثناء الأذان، وسُكُوت عُمَرَ عليه. وكثيرًا ما سُئِلْتُ عَنِ الدَّليل الصَّارِف للأمْرِ بإجابة المؤذِّن عَنِ الوُجُوبِ؛ فأجبتُ بهذا, والله أعلم
(maksudnya) : "Athar ini menjadi dalil atas TIDAK WAJIBnya menjawab azan, kerana berlakunya perbualan ketika azan di zaman 'Umar, dan 'Umar diam (tidak menegur) perbuatan tersebut, dan banyak aku (al-Albani) ditanya tentang dalil yang mengubah arahan menjawab azan itu kepada bukan wajib, maka aku (al-Albani) menjawab soalan-soalan itu dengan athar ini, wallahu a'lam." (Sila lihat Tamam al-Minnah (340), Dar al-Rayah, Riyadh)

Hukum menjawab azan yang sunat ini menunjukkan tidak benarnya dakwaan yang menjanjikan azab yang pedih atau tidak dapat mengucapkan syahadah ketika hampir mati jika tidak menjawab azan.

Salah satu tanda sesuatu dakwaan itu palsu dan tidak benar apabila ia menjanjikan azab yang pedih atau akibat yang amat buruk terhadap kesalahan kecil yang dilakukan. Bahkan dalam bab tidak menjawab azan ini bukanlah satu kesalahan, kerana meninggalkan perkara yag sunat bukanlah suatu dosa.

Blog i Luv islam menegaskan

Hukum mendengar dan menjawab azan adalah sunat (walaupun di sana ada beberapa pendapat lain). Saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil yang digunapakai dalam persoalan ini.

Bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk meneruskan pembelajaran (menuntut ilmu) ketika azan berkumandang kerana hukum asalnya itu sendiri adalah sunat mendengar dan menjawab azan. Namun berhenti seketika untuk memberi laluan mendengar dan menjawab azan samada ketika membaca atau mengajar (menuntut ilmu) hukumnya adalah sunat.


Laman Blog Salman Maskuri :

Ada dua pendapat: 1. Wajib dengar dan jawab azan. 2. Sunat dengar dan jawab azan.

Dalil pendapat pertama(mazhab hanafi dan sebhagian mazhab maliki):

a.Hadis sohih riwayat Bukhari n Muslim:
Apabila mendengar azan hendaklah kamu jawab seperti yg diucapkan oleh muazzin.
pengambilan dalil: Hadis ini menunjukkan suruhan jawab azan dan ia satu suruhan yg wajib.

b. Hadis mauquf dr Ibnu masud:
Adalah satu kesalahan apabila tak menjawab azan.

Dalil pendapat kedua(kebanyakan ulama termasuk mazhab Syafi'ie):

a. Hadis sohih riwayt Muslim:
Bila Nabi dengar muazzin mengucapkan takbir dlm azan baginda berkata: A'lal Fitrah.
pengambilan dalil: Nabi tak menjawab azan seperti biasa. Ini menunjukkan suruhan Nabi menjawab azan dalam hadis yang lepas adalah sunat.

b. Hadis sohih riwayat Imam Malik.
Apabila Umar r.a naik ke atas mimbar dan dikuti dngn azan. Kami duduk bersembang. Apabila habis azan dan Umar naik berkhutbah, kami pun diam.
Pengambilan dalil: mereka bersembang dihadapan saidina umar ketika azan. ini menunjukkan tak wajib diam dan jawab azan.

Kesimpulan: Kedua2 pendapat boleh diterima. Pendapat kedua (sunat dengar dan jawab azan) lebih kuat kerana dua sebab 1. suruhan pd Dalil pertama pendapat pertama adalah sunat kerana hadis riwayat muslim. 2. Dalil kedua pendpat 1 adlh hadis doif.

oleh yg demikian sunat berhenti membaca atau mengajar dan seumpamanya untuk mendengar dan menjawab azan. tetapi yg menyedihkan bila pengajar berenti hormat azan, yg lain mula bersembang. .Moga kita same2 menghormati azan..


Walau apapun pendapatnya jika kita mampu menghormati dan menghayati lagu negaraku, bermakna kita juga sepatutnya lebih mampu untuk menghayati dan menghormati azan. Semoga sama-samalah kita sampaikan mesej ini kepada anak-anak, anak murid, rakan, adik, kakak, abang dan sesiapa sahaja yang berurusan dengan kita supaya menghormati azan kerana itu adalah seruan bersembahyang dan seruan menuju kejayaan.


Selasa, 27 Oktober 2009

JAMBATAN RUNTUH DI KUALA DIPANG

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam 26 Oktober 2009,tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.
Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.
3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah.Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina.Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.
22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.
sumber
http://perakexpress.com/www/2009/10/27/tragedi-jambatan-runtuh-kuala-dipang/

Isnin, 26 Oktober 2009

MOTOGP SEPANG 2009


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasanya masih belum terlambat untuk menceritakan betapa puasnya menyaksikan MotoGP 2009 sircuit Sepang 25 Oktober yang lalu.
Bila ditanya kepada penjaga kaunter 5 tentang cuaca, dua hari sebelumnya litar terasa panas, bahkan semasa perlumbaan kelas 125cc dan 250cc masih terik panasnya. Takdir dan ketentuan Allah jua yang harus dipercayai,sebelum bermula perlumbaan kelas 500cc MotoGP tiba-tiba hujan lebat turun yang membuat litar paling merbahaya dan terpaksa ditunda selama 25 minit. Terdengar di corong pembesar suara perlumbaan akan dimulakan pada pukul 3.35 petang.DYMM Tuanku Mizan melepaskan perlumbaan kelas 500cc.
Di pusingan pertama dari 21 pusingan selepas bermula, Rossi terperosok di tangga ke-11. Stoner, Pedrosa, Dovizioso, Lorenzo, Elias, Hayden, Capirosso berada di barisan depan(betul ke tidak aku pun tak tahu). Tapi bukan The Doctor namanya jika tak mampu mengejar.Aku kenal nama The doctor untuk Rossi sebab ada mamat depan aku pakai baju 46 the doctor. Rossi ,dengan aksi bijakya,terus rakus memotong satu demi satu menuju ke barisan depan melewati satu per satu pencabarnya meskipun litar begitu licin kerana masih basah. Pada satu ketika iaitu di pusingan ke 15 Rossi berada di tangga ke-4. Ramai telah meramalkan Rossi akan mengakhiri perlumbaan dengan kemenangan keseluruhan MotoGP 2009 di tempat ke-4 tanpa meraikan kemenangan di atas podium. Tetapi oleh kerana litar begitu licin. Pelumba di tempat ke-3 pada masa itu, A Divozioso dari Itali(Repsol Honda Team) telah terjatuh. Rossi pun ape lagi teruslah mengambilalih takhta tempat ke-3 semasa pusingan ke-16.

C.Stoner jgan cerita ler. Dah jauh berbatu-batu di hadapan.
Posisi ini sudah cukup bagi Rossi untuk memastikan gelaran juara dunia. Selepas itu ia tampil hati-hati untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 dan Juara keseluruhan MotoGP dunia 2009 walaupun perlumbaan masih berbaki satu balapan lagi di Valencia Spanyol. “Terima kasih untuk seluruh orang di kem dan semua insan yang telah membantu dan menyokong saya (yang nie aku tambah je),” kata Rossi saat merayakan pesta juara.
Begitulah kisahnya. Aku, apak(student aku, dia le tukang cerita kat aku) dan brother Aziz pun keluarlah dari Kawasan yang bersesak manusia dengan penuh kelaparan. Walaupun harga makanan mahal bukan takde duit nak makan tapi beraturnya punya ler panjang. Brother Aziz bawa keluar karipap kecik dibahagi 2, dimakan melapik perut. Minuman air mineral yang ditaja oleh sebuah pasaraya di Ipoh.

Lepas solat Qasar dan Jama' ta'akhir, sekali lagi brother Aziz bawa keluar roti kaya untuk dimakan. Nasib baik ada brother Aziz. Kalau tak,,,, kalau tak ,, boleh tahan lagi. Satu bas belum makan rupanya.
Antara kenangannya ialah :
1) Lautan motor kat luar
2) Seronok tengok moto Jipang
3) Minah rempit halal pakai tudung buat show
4) Peminat motor sanggup datang dari seluruh pelusuk dunia
5) ha-ha tengok Land Rover buat show haram kat utan kelapa sawit.
6) tapi sayang tak dapat tengok konsert Rod Stewart

Tapi ada juga beberapa perkara yang dirasakan perlu kita jauhkan/amalkan semasa menonton MotoGP. Pastikan kita tidak meninggalkan sembahyang 5 waktu kerana di dalam lautan manusia itu surau yang hanya boleh memuatkan 10 jemaah di satu-satu masa masih lengang. Satu perkara lagi, pastikan juga jangan sengaja mencari aurat yang bukan muhrim untuk ditonton. (ha-ha tak sengaja takpe) . So inilah keputusannya:

**** Kalau salah maklumat tolong betulkan


Jumaat, 23 Oktober 2009

HARI PERTAMA JENERAL BARU

Melangkah masuk seorang Jeneral...
Kalimah “Assalamualaikum”
Semua orang kita ni!!!!
Waalaikumsalam
Salam dihulur,
Ucap diberi
Sapaan diterima,
Selamat datang tuan!!!!
Terima kasih, teruskan...
Sapaan lembut pertama seorang Jeneral Baru

Harapan aku pada Jeneral
Harapan kami pada Jeneral
Harapan kita pada Jeneral
Harapan anda pada Jeneral
Biarlah Jeneral membawa acuannya sendiri
Semoga
Tiada kerisauan di pagi hari
Jelingan kami disambut senyuman
Perjalanan,
Penuh dengan kesyukuran
Ditanya besok dijawabnya hari ini
Ditanya hari ini dijawabnya semalam
Semoga
Tidak ada dada berombak
Tidak ada lubuk kerisauan
Tak perlu ditanya, tak perlu diramal
Semoga
Kalimah Asma-ul –husna
Sayup berkumandang dibumi bertuah
Meluruskan hati-hati yang berliku
Semoga
Kerohanian anak-anakmu
Kerohanian semua warga
Terus bersinar.

Selamat berbakti Jeneral terkini
Kami sedia menyambung bakti
Demi bumi bertuah SMTLC

Rabu, 21 Oktober 2009

BILAKAH MASA BERIBADAH?

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam satu dunia
Adapun..........................................................
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ialah 65 th

“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh - 15 tahun
Wanita Baligh - 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam


12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur - 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya……

Waktu aktiviti kita di siang hari - 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat - 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “


Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ….. 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10 minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat


Khamis, 15 Oktober 2009

KENANGAN PERPISAHAN



Majlis perpisahan boss diserikan dengan nyanyian "salam terakhir" versi YM Raja Ahmad. Walaupun nyanyiannya ternyata jauh tersasar ke laut, tetapi keberaniannya sangat dikagumi oleh semua guru, staff dan pelajar-pelajar. Sebelum boss berangkat ke tempat baru beliau minta YM Raja menyanyikan 3 buah lagu. Ketiga-tiganya ke laut, tapi aku sempat rakam 1 lagu jer sebab lagi 2 lagu bising sangat dengan sorakan dan sokongan dari tetamu.

Salam terakhir buat boss.

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir


Rabu, 14 Oktober 2009

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG JENERAL

Langkah seorang Jeneral
Ibarat tiada penghujung
Langkahmu masih belum bernokhtah
Walau hadiah bertalu-talu
Walau santapan bertimpa-timpa
Walau ucap tahniah berulang-ulang
Walau Jeneral baru menanti di luar
Langkahmu masih diteruskan
Melangkah dan terus melangkah
Bukan nama yang dicari Jeneral
Tapi amanah ibu pertiwi perlu dibela
Bukan pangkat yang dicari Jeneral
Tapi darjat bangsa perlu dinobatkan
Bukan harta yang dicari Jeneral
Tapi gaji perlu dimanfaatkan
Bukan kaya yang dicari Jeneral
Tapi kekayaan ilmu perlu diagihkan
Hingga Kini
Langkah Jeneral nampak perlahan tapi laju
Ucap Jeneral nampak lembut tapi tegas
Tawa Jeneral nampak gembira tapi sedih
Tangis Jeneral nampak pilu tapi ikhlas
Walau hari-harimu akan berakhir di sini
Melangkahlah dengan bergaya
Jangan simpan senjatamu
Sasarkan kepada anak bangsamu
Biar pelurunya berterabur diserata tanahair
Biar semua anak bangsamu merasa
Ayuh!!!
Melangkah terus kehadapan
Jangan hiraukan ancaman
Usah pedulikan herdikan kecil
Majulah wahai Jeneral
Di hadapanmu harapan perwira
Yang bakal menggantikanmu.
Selamat berjuang ditempat baru.

DEDIKASI BUAT BEKAS PENGETUA

2 PERKARA YANG TAK PERLU DICARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila kita berada di dalam kehidupan kita seharian, beberapa perkara yang selalu diimpikan seperti tidak melakukan dosa, pandai, ada duit, , dan bahagia. Perasan atau tidak semua perkara itu memerlukan usaha untuk mencapai kejayaan.
Ada beberapa perkara yang sangat mudah berlaku dalam kehidupan kita dan tidak perlu kita mencarinya. Di mana-manapun akan kita jumpa benda ini. Di mana-mana pun kita boleh buat benda ini. Kalau kita tak mahu benda ini kita perlu berusaha. Kalau kita berkehendakkan benda ini kita tidak perlu berusaha pun boleh dapat. Aku utarakan dua perkara dahulu iaitu.........
Perasan tak..dalam hidup ni ada dua benda yang paling mudah dicari. Yang pertama tentulah cari penyakit dan yang kedua mencari alasan.
Penyakit boleh dicari di mana-mana sahaja, lambung pinggan, biarkan ia jatuh atas kepala atau julurkan kaki pada kawan yang sedang berjalan di tepi meja kita..pasti apa yang berlaku seterusnya termasuk dalam kategori 'saja cari penyakit'.
Balik dari surau singgah kedai mamak tiap2 malam kena teh tarik pun cari penyakit juga.Niat kita baik, nak berbincang tentang aktiviti surau/taman dengan kawan-kawan tapi yang jadi penyakitnya ialah teh tarik kurang manis tu dah masuk dalam badan kita. Lepas bincang ngumpat pulak, tambah satu lagi penyakit.
Makan. Tanpa usaha yang gigih kita boleh makan sebanyak yang mungkin. Makanlah apapun. Sekali-sekala nak makan vangey kat kedai mamak pun boleh. Nak tukar selera kat nasi padang pun boleh. Nak makanan laut, nak ikan air tawar suka hatilah. Mudah saja. Asalkan ada duit semua makanan boleh rasa. Tak susah kan nak makan, disamping kita makan, penyakit pun sampai bersama2 dengan makanan tadi.
Itulah penyakit. Senang nak dapat, susah nak hilangkannya. Apa tak susahnya. Bila dah kena kencing manis, habis semua kena pantang, sampai anak bini semua kena pantang. Sebab nak ikut menu kencing manisnya.
Sama jugalah dengan penyakit mengumpat. Kalau dah terumpat dosanya berangkai-rangkai sampai membawa ke mati.

Sama seperti penyakit, alasan juga ada di mana-mana. Kalau rajin mencari; dalam sehari kita boleh jumpa sehingga beribu-ribu atau berjuta alasan. Dan untuk mencari alasan kita tak perlu pun mengeluarkan duit, tak perlu buat ‘loan’ koperasi, ‘loan’ Bank Rakyat, pinjam duit kawan atau ceti, cukup sekadar bermodalkan air liur dan muka 'sardin'.
Dan terfikir tak kita, bahawa lumrahnya manusia jarang bersusah payah mencari alasan bagi kepentingan orang lain, sebaliknya dia akan berbuat demikian semata-mata untuk faedah dirinya sendiri. Bagi mendapatkan alasan ada orang sanggup menyusahkan tubuh badannya sendiri dan untuk mendapat alasan juga, tak kurang ramainya yang sanggup mendera orang lain.
Walau apa pun, yang lebih wajar untuk kita renung dan fikir-fikirkan ialah kenyataan, bahawa...tak pernah berkurangan sebenarnya bilangan 'kaum kerabat' kita yang menjadikan 'cari dan beri alasan' sebagai salah satu dari cara hidup. Amat sering kita temui orang yang bila disuruh buat sesuatu akan termenung panjang dan menungnya itu bukanlah kerana memikir macam mana nak buat pekerjaan tersebut, sebaliknya kerana mencari alasan bagaimana untuk tidak mahu melakukannya!
Kadang-kadang tabiat suka mencari alasan itu terbawa-bawa dalam pelbagai rutin hidup seharian. Tak payah tengok dalam hal yang besar-besar, dalam kes yang 'ciput’ pun banyak. Ada waktunya rutin mandi pagi pun diketepikan dengan bermacam-macam alasan; sejuklah..nak demamlah, batuk, sakit gigi dan sebagainya. Dan janganlah juga kita terkejut kalau tiba-tiba kita ditakdirkan terjumpa orang yang mandinya tak bersabun, dengan alasan, dia geli menyentuh buih!!
Dalam menghadapi sikap begini rasa-rasanya kita berhak bertanya, kenapakah orang kita tidak mengekploitasi tabiat suka memberi dan mencari alasan itu untuk tujuan-tujuan yang positif. Kalau sekarang ni kita bersusah payah mencari alasan tak mahu buat sesuatu, apa kata kalau selepas ini kita bersusah payah pulak mencari alasan untuk melakukannya?
Soal munasabah atau tidak alasan-alasan itu tidaklah penting kerana selama ini pun alasan-alasan yang selalu kita beri tu bukan munasabah sangat pun...
Andaikanlah pula kita disuruh menjimatkan belanja; apa salahnya kalau kali ini kita cari alasan untuk mematuhi suruhan itu? Kalau dulu kita boleh; dengan sengaja, mengada-adakan alasan untuk membeli barang-barang yang tidak penting, kini tentulah kita juga boleh mengada-adakan alasan kenapa barang-barang itu tidak perlu.
Ada tak ada pun masalah yang mungkin timbul jika saranan ini disahut ialah kita akan mampu membuat lebih banyak kerja dan kerana itu tak adalah alasan lagi untuk kita bawa masuk pekerja asing. Seterusnya, dah tentulah kita tak ada alasan untuk releks-releks lagi macam sekarang...buleh buat tu??
Mungkin boleh, mungkin tidak...kan...yang rasa tak boleh tu mungkin akan kata..."bukannya apa, bukan tak boleh tapi...bla bla bla......"(haiiiii....alasan lagi!!!.)
Sekadar pandangan aku dan Abinov Fanaskova saja.
...

Sabtu, 10 Oktober 2009

PERGINYA PANGLIMA BERDARAH JEBAT

Setibanya kami di laman perjuangan
Terasa langkah sudah berlainan
Apakah gerangan tiadamu tuan
Bagai dedaun tiada berdahan

Tiada beban hendak disandarkan
Tiada masa hendak diundurkan
Tiada budi hendak dibekalkan
Tiadamu tuan terasa sakan

Pepohon bergesel tiada berpesan
Dedaun kering berhenti di awan
Bayu pagi tiada lah nyaman
Tiadamu tuan kami rasakan

Senyummu tuan dikenang berzaman
Sengihmu tuan sengih bertampan
Rajukmu tuan rajuk ilmuwan
Tiadamu tuan tiada gantian

Langkahmu tuan penuh pengalaman
Tuturmu tuan penuh pujian
Janjimu tuan tak perlu tuntutan
Tiadamu tuan tersekat impian

Pergi bermaruah pergilah tuan
Doa diiring bertindan-tindan
Semoga ria bertambah kawan
Tiadamu tuan kami relakan

Isnin, 5 Oktober 2009

JIKA KAMU.......

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan...
Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal....

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu...
Mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan

Tetapi....
Jika kamu taat kepada Allah dan Rasul
Taatlah dengan sepenuh jiwa dan raga kamu,
Dan tidak berbelah bagi.

Sabtu, 3 Oktober 2009

BANGUNAN RUNTUH DI IPOH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kesibukan kita dikejutkan dengan gempa bumi di Padang, Indonesia dan Tsunami di Samoa, seawal pagi aku mendapat panggilan telefon dari kampung bertanyakan hal runtuhan bangunan di Ipoh.Dalam keadaan terpinga2 aku 'on'kan Laptop dan Search apa yang patut. Rupa-rupanya....
Runtuhan sederet kedai lama di Fair Park, Jalan Kamaruddin Isa.Kedai ni dah lama ditinggalkan dan dipagarkan, tapi entah macamana runtuhan tu berlaku aku pun tak tahu.Jangan nak buat spekulasi sembarangan, susah kang. 2 orang maut dan seorang parah. Inilah blog yang aku mula2 dapat maklumat.Sedih bila baca.


http://kriesz.blogspot.com/2009/10/bangunan-runtuh-di-ipoh.html

Lepas balik dari open house rumah boss, aku terus ke tapak bangunan runtuh dan mengambil beberapa gambar dari hp.
7 tahun yang lalu, semasa aku menghuni kuarters guru berhampiran,

Inilah tempat aku skodeng bebudak asrama lompat pagar
Inilah deretan kedai tempat aku gunting rambut
Inilah deretan kedai tempat aku repair motor
Inilah deretan kedai tempat aku beli kelapa

Inilah deretan kedai tempat aku beli paper
Inilah deretan kedainya
tinggal kenangan
Al-Fatihah!










Selasa, 29 September 2009

KISAH SEBELUM DAN SELEPAS RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pengunjung. Di dalam komuniti kecil kita terdapat senario kehidupan sebelum dan selepas Ramadhan yang dapat kita lihat serta bicarakan. Kadang-kadang situasi tersebut dapat kita atasi tetapi secara tidak disengajakanianya berlaku juga dalam kehidupan kita.
Kalau semasa bulan Ramadhan mak bapak yang sibuk perabih duit untuk menyambut hari raya, beli baju, beli kueh raya, cat rumah, tukar langsir dan sebagainya. Kedai dan supermarket jual baju,kain,langsir, keperluan rumah dan seumpamanya. Tetapi cuba perhatikan selepas hari raya sapa yang kira duit?? anak2, adik2 yang sibuk kita duit raya, sibuk perabih duit raya. Kedai dan supermarket pulak pasang strategi jual permainan dan seumpanya. Inilah contoh situasi yang aku maksudkan.

Aku berenti kat sini dulu. ada kerja lain. Kalau korang ada idea sila drop kat ruangan comment atau cbox.

Isnin, 28 September 2009

KESAN RAMADHAN? TAKKAN TIADA PERUBAHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pengunjung yang budiman. Hari ke 9 Syawal aku kembali menulis.
Pesta Ramadhan rasanya masih belum puas dijelajahi.
Nikmat Ramadhan rasanya masih belum cukup dikecapi.
Pahala Ramadhan rasanya masih belum habis dituai
Tetapi.......

Rasanya eloklah kita merenung apakah kesan bulan Ramadhan terhadap kehidupan kita.
Ramadhan telah memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadhan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya. Wujudkanlah masa untuk menghisab diri dan amalan seperti yang dikatakan oleh Sayyidina Umar:

“Perhitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan pertimbangkanlah amalan kamu sebelum ia ditimbang.”

Ramadhan telah melatih kebiasaan pengurusan hidup yang baik. Sepanjang bulan Ramadhan, urusan harian kita bertambah kerana kita masih perlu menunaikan kerja-kerja biasa di pejabat dan di rumah di samping itu juga melakukan pelbagai ibadah yang dianjurkan seperti Tarawih, Witr, Sahur, Tadarus bagi meraih fadilat Ramadhan.

Kita telah menguruskan kehidupan kita di bulan Ramadhan bagi memenuhi tanggungjawab kerja dan ibadah. Kebiasaan ini perlu diteruskan kerana ianya akan menyumbang kepada kejayaan dan perubahan yang besar dalam kehidupan.

Ramadhan mengajar kita agar sentiasa berkhidmat pada orang lain. Kita bukan hanya disuruh untuk menjadi seorang mukmin yang soleh tetapi juga yang menjadikan orang lain soleh. Di dalam bulan Ramadhan kita diperintah untuk mengeluarkan zakat fitrah. Ia adalah simbol bagi sikap mengambil berat terhadap kesusahan orang lain dan berusaha untuk membantu yang lain.

Dalam berusaha untuk mengubah diri kita, hendaklah kita memperuntukkan sedikit masa bagi berkhidmat kepada orang lain. Sebenarnya Islam mengajar umatnya bahawa mereka boleh menolong diri sendiri dengan menolong orang lain. Apabila kita menolong orang lain, Allah akan membantu kita. Akan ada orang lain yang akan bersimpati untuk membantu kita pula. Pahala yang kita perolehi dari menolong orang lain pula akan memberi keberkatan dalam hidup. Keberkatan inilah yang paling penting bagi kita untuk kebahagiaan hidup. Betapa ramai orang kaya tetapi jiwanya tidak tenteram. Sebaliknya, ramai orang yang kurang berharta tetapi hidupnya baik-baik sahaja kerana keberkatan dari Allah taala.

Ramadhan telah memberi kita peluang untuk mempertingkat dan mengukuhkan kebiasaan yang baik. Di dalam Ramadhan kita dididik untuk bersederhana dalam makan minum, bangun di awal pagi, beribadah secara konsisten, bersedekah, berhenti merokok dan berbagai-bagai perkara baik yang lain.

Rugilah jika kita kembali kepada kebiasaan buruk yang lama setelah dididik oleh Ramadhan. Seharusnya kita teruskan, malah dipertingkatkan kebiasaan yang baik selepas Ramadhan kerana Rasulullah s.a.w bersabda seorang muslim yang hari ini sama seperti semalam, ia adalah orang yang rugi.

Mengapakah di bulan Ramadhan kita kurang cenderung kepada keburukan dan lebih sedar terhadap kebaikan? Kerana Ramadhan menyediakan persekitaran sedemikian.

Allah s.w.t mensyariatkan Ramadhan dengan pelbagai program yang membentuk persekitaran yang baik untuk kita seperti syaitan dibelenggu, ganjaran diganda, pelbagai ibadah untuk dilakukan dan kita beribadah sebagai satu masyarakat bukan individu.

Apabila kita berada dalam persekitaran yang baik, kita akan lebih cenderung pada kebaikan dan sebaliknya. Apabila kita beribadah sebagai satu masyakarat atau berjamaah, kita lebih kuat dan lebih banyak berkat.

Kenapa di luar Ramadhan ramai di antara kita sukar berpuasa sunat, atau membaca Quran? Kerana tiada persekitaran yang mendokong kita. Dengan ini Ramadhan mengajar kita pentingnya persekitaran untuk mengubah diri kita. Carilah persekitaran itu dan wujudkanlah ia dalam kehidupan kita. Persekitaran yang baik perlu diwujudkan bukan sahaja di dalam kehidupan peribadi tetapi juga didalam keluarga.

Masyarakat kita yakin akan pentingnya hidup berkeluarga tetapi kurang kesedaran tentang peri penting usaha-usaha untuk mengukuhkan pertalian dan hubungan keluarga, dan untuk melahirkan keluarga yang kuat dan bahagia.

Kita perlu sedar bahawa institusi keluarga merupakan tunggak masyarakat dan negara. Keluarga yang kukuh dan bahagia akan melahirkan masyarakat yang sejahtera. Keluarga yang dibina di atas pengetahuan dan amalan agama, kasih sayang, hormat menghormati, saling memahami, tolak ansur dan tanggungjawab akan melahirkan generasi yang akan meneruskan usaha pembangunan masyarakat dan penakatan negara.

Marilah kita teruskan kebiasaan makan bersama anak anak, ibu dan bapa sebagaimana kita berbuka puasa atau sahur bersama keluarga di dalam bulan Ramadhan untuk mengeratkan hubungan serta melahirkan kasih sayang antara saudara dan anggota keluarga. Marilah kita memupuk kasih dengan nasihat menasihati, jalin hubungan baik dengan menghidupkan semangat kejiranan dan libatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Semoga Tarbiyyah Ramadhan meliputi berjaya di dalam diri kita. Wallahu A’klam

Rabu, 16 September 2009

50 PERKARA JANGAN.

Assalamu'alaikum ,..salam Ramadan Al-Mubarak. Walaupun JANGAN adalah sifat negatif tetapi kadang-kadang JANGAN juga boleh mengasuh dan mengubah minda kita apabila membaca artikel di bawah.. .JANGAN BACA KALAU BORING
Sharing is caring

01. Jangan bersyukurlah kalau tidak ikhlas;
02. Jangan tidak sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Jangan tidak bertawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Jangan tidak ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas ke jayaan orang ;
10. Jangan sombong kalau memperoleh ke jayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman ;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jangan dekatkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Jangan malas berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Jangan culas bersolat dengan ikhlas dan khusyu ;
24. Jangan ponteng solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Jangan lupa shalat malam;
26. Jangan sedikitkan dzikir dan do'a kepada Allah;
27.. Jangan riak puasa wajib dan puasa sunat;
28.Jangan malu menyayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Jangan menyintai seseorang dengan berlebih-lebihan ;
32. Jangan bercerai kerana Allah dan jangan berpisah kerana Allah;
33.. Jangan berhenti untuk banyak berfikir ;
34. Jangan mungkiri janji apabila telah diikrarkan
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin ;
38. Jangan ego pada setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Jangan berlaku tidak adil dalam segala urusan ;
42. Jangan lupa istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Jangan hias rumah anda dengan patung-patung
44. Jangan tinggalkan bacaan Al-Quran;
45. Jangan putuskan silaturrahim;
46.. Jangan dedahkan aurat, sesuaikan dengan petunjuk Islam;
47. Jangan terlalu banyak hutang ;
48.Jangan terlampau mudah berjanji;
49. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
50. Jangan ketinggalan untuk meninggalkan mesej anda pada CBOX apabila selesai apabila selesai membaca artikel ini.

Jumaat, 11 September 2009

NILAI SEBUAH SENYUMAN

Bila aku berjalan dan menyelinap masuk ke bengkel ABM yang dalam proses pengubahsuaian, Aku terpandang papan kenyataan yang diisi dengan kata-kata nilai sebuah senyuman.

SENYUMAN

Ia tidak perlu dibayar tetapi
mendatangkan banyak faedah.

Ia adalah suatu sedekah
yang menambahkan keceriaan penerimanya
tanpa mengurangkan pemiliknya

Ia terjadi dalam sedetik
tetapi boleh meninggalkan kenangan
untuk selama-lamanya.

Tiada insan yang terlalu kaya
sehingga tiada memerlukannya lagi.
Tiada jugak yang terlalu miskin
sehingga tidak mampu memberikannya lagi

Ia mencipta keriangan dirumah
Memupuk perhubungan baik dalam perniagaan
Ianya sebagai wakil sebuah persahabatan.

Ia adalah ketenangan kepada pemberi.
Harapan kepada yang kecewa.
Cahaya kepada yang sedih dan
menjadi pelindung semulajadi yang terbaik
daripada kesusahan

Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana
Ia adalah suatu yang langsung tiada faedahnya
Melainkan setelah diberikan kepada orang lain

Tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman
selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi
untuk diberikan

Oleh itu
jika anda ingin disukai olehinsan lain
sentiasalah senyum

Khamis, 10 September 2009

MENSYUKURI NIKMAT UMUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Para pengunjung yang budiman. Begitu cepat Ramadhan berlalu. Sedar tak sedar hari ini 20 Ramadhan 1430H puasa kita dah masuk ke fasa ke-3, iaitu fasa dijauhkan dari api neraka.Fasa pengampunan dari Allah sudahpun berlalu semalam. Masa berlalu dan umurpun turut berlalu. Aku singgah bersolat Isyak dan terawikh di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy Ipoh. Tersentuh hatiku melihat seorang tua yang umurnya menjangkau 80an terketar-ketar mengangkat takbir. Diharunginya solat Isyak 4 rakaat, solat sunat selepas isyak dan solat terawikh 20 rakaat serta witir. Ketabahannya amat memalukan anak-anak muda termasuklah aku.Umur yang sebegitu cekal melakukan ibadah kepada Allah. Teringatlah aku tentang umur aku/kita yang banyak disia-siakan.
Semakin bertambah umur kita setahun, semakin dekat kepada ajal.dan semakin dekat dengan ajal. Semakin dekat pula dengan liang kubur. Kerana itu hendaklah umur kita yang ada sekarang ini dapat kita pergunakan sebaik-baiknya sebelum datang ajal, sebelum umur kita bercerai dengan badan.Jangan terlambat dan jangan kita terperdaya kerana kekuatan kita, kerana kekayaan, kerana pengaruh besar, semuanya itu akan berakhir bila malaikat maut sudah menceraikan roh kita dari badan.Marilah kita perhatikan sabda nabi :


Ertinya : sebaik-baik manusia adalah orang yang diberi panjang umur dan umur yang panjang itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya,dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang di beri Tuhan umur panjang tetapi umur panjang itu dipergunakan untuk membuat kejahatan dan kekacauan saja.
Selanjutnya kita perhatikan pula sabda Nabi Muhammad SAW yang Ertinya

Sesiapa yang sudah masuk umurnya empat puluh tahun tetapi kebaikannya belum dapat mengalahkan kejahatannya, maka lemparkanlah saja ke dalam api neraka jahanam.

Dengan sabda Nabi tadi, itu dapatlah kita mengambil perhatian dan keinsafan supaya kita dapat menggunakan umur kita yang berharga ini dengan sebaik-baiknya menurut apa yang telah di gariskan oleh agama kita serta diredhai Allah SWT.

Umur yang yang kita pakai sekarang ini akan kita pertangggung jawabkan kepada Allah, untuk apa saja umur kita habiskan, untuk apa lagi umur kita pakai, semuanya diminta pertanggungjawaban oleh Allah kepada kita.
Baru saja selesai dikuburkannya jasad kita, belum lagi hilang jejak telapak kaki manusia yang mengantarkan ke kubur, pertama-tama yang ditanyakan Allah ialah mengenai umur, kemana dihabiskan dan untuk apa di gunakan. Pada waktu itu tidak dapat berdusta sedikitpun, sebab seluruh anggota badan menjadi saksi tentang apa dan untuk apa dipergunakan umur yang sekian puluh tahun dipakai. Barulah pada hari itu timbul penyesalan yang mana penyesalan tidak berguna lagi sebab pintu rahmat dan ampunan sudah ditutup dan sesal kemudian tak ada gunanya lagi.

Menangislah, merataplah kerana menyesali perbuatan-perbuatan pada waktu itu, namun tangis dan ratap tidak menolong sedikitpun. Umur akan melaporkan kepada Allah semua apa telah di perbuat dan di kerjakan di dunia, dengan tidak dapat dikurangi dan ditambah sedikitpun. Umur akan menceritakan dihadapan Allah nantinya,bahwa aku selama berada di tubuh si anu sekian tahun lamanya, sekian kali dibawa bermaksiat, berjudi dan lain sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda :
ertinya;

Belum lagi hilang jejak telapak kaki seorang hamba pada hari kiamat, sehingga kepadanya telah diajukan empat pertanyaan :

1.. Dari hal umurnya ke mana dihabiskan
2.. Dari hal ilmunya apa saja yang sudah diamalkannya dengan ilmunya
3.. Dari hal harta dari mana diperolehnya dan untuk apa di belanjakan
4.. Dari hal tubuhnya untuk apa digunakan
( HR. TIRMIDZI )


Bagi manusia yang beriman kapada Allah pasti mempercayai bahwa pada suatu saat yang telah ditentukan umurnya akan bercerai dengan badan bila ajalnya sudah datang dan dia berpulang ke rahmatullah buat mempertanggungjawabkan umurnya kepada Allah . Bila kepercayaan ini sudah tumbuh dan sudah menjadi keyakinan yang kuat, masing-masing manusia tentu akan berhati-hati untuk sisa umurnya yang tinggal ini, yaitu penghabisan umur yang baik. Akhirnya mari kita sama-sama ingat pada pesan Nabi Muhammad SAW, mengenai penggunaan segala kesempatan dalam hidup ini sebagaimana dikemukakan sebagai berikut :


Ertinya :

Pergunakanlah lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempitan :

1.. Pergunakanlah sihatmu sebelum datang sakitmu
2.. Pergunakanlah kekosonganmu sebelum datang kesempitan
3.. Pergunakanlah masa mudamu sebelum datang masa tuamu
4.. Pergunakanlah masa kayamu sebelum datang masa miskinmu
5.. Pergunakanlah hidupmu sebelum datang saat kematianmu

Sebagai penutup marilah kita gunakan kesempatan dalam hidup kita untuk memperbaiki langkah kita yang lalu agar mencapai kehidupan yang berbahagia dan sukses memperolehi kemenangan yang diredhai oleh Allah SWT. Walllaahu a'lam bissawab.

Isnin, 7 September 2009

TANDA-TANDA KEMATIAN SEMAKIN HAMPIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Para pengunjung yang budiman. Sedar tak sedar hari ini 18 Ramadhan 1430H puasa kita masih lagi dalam fasa ke-2, iaitu fasa pengampunan dari Allah. Sekali lagi aku begitu tersentuh dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ali Sobri pula di surau Al-Muttaqin semalam. Mengenai tanda-tanda kematian semakin hampir dengan kita
Mengingati mati itu mempunyai banyak kelebihan dan hikmah, antaranya ialah menjadi peringatan kepada kita supaya tidak terus leka dengan keasyikan hidup di dunia ini. Dengan mengingati mati juga mendidik jiwa kita untuk menjadi orang yang sentiasa merendah diri, tidak lupa diri dan sombong bahkan juga menjadikan kita supaya bijak merancang kehidupan yang sementara ini dengan baik sebelum ajal tiba iaitu berusaha meningkatkan keimanan, ketaqwaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan memperbanyakkan amal ibadat dan berbuat kebajikan serta akan sentiasa memelihara dirinya dari berbuat dosa dan maksiat.

Dalam kitab At-Tazkirah, Al-Imam Al-Qortubi menyebutkan bahawa terdapat sebuah hadis yang menceritakan bahawa sebahagian nabi-nabi pernah bertanya kepada malaikat maut : Mengapa engkau tidak mengirim utusan supaya manusia takut kepada-Mu dan supaya mereka dapat bersiap-siap? Malaikat maut berkata: Ya, demi Allah! Aku mengirim beberapa tanda seperti

penyakit,

uban,

umur tua,

berkurangan pendengaran dan penglihatan.


Oleh itu barangsiapa yang mendapati perkara-perkara itu dan dia tidak berusaha mengingati mati serta tidak pula bertaubat, maka ketika mencabut nyawanya, aku akan berkata kepadanya :

Bukankah aku telah mengutus utusan demi utusan dan amaran demi amaran (berupa seperti penyakit, uban, umur tua, kurang pendengaran dan penglihatan dan sebagainya) kepada kamu? Dan adapun aku ini (malaikat maut) adalah utusan yang tidak ada utusan lain lagi selepas aku. Akulah juga pemberi amaran yang tidak ada pemberi amaran lain lagi selepas aku.

Setiap hari yang padanya terbit dan terbenam matahari, malaikat maut berteriak :

Wahai orang-orang yang berusia empat puluh tahun, inilah waktunya menyiapkan bekal, selagi ingatan kamu masih terang dan tenaga kamu masih kuat.

Wahai orang-orang yang sudah berumur lima puluh tahun, sudah dekat masa mengutip hasil dan menyabit!

Wahai orang-orang yang sudah berumur enam puluh tahun, kamu lupa akan seksa dan lalai daripada memberikan jawapan, nanti tidak ada yang akan menolong kamu!.

Mohonlah keampunan dari Allah subhanahua ta'ala sebanyak mungkin kerana kita tidak dapat mengelak daripada kematian.

Ahad, 6 September 2009

HIASI DIRI ANDA DENGAN LAILATUL QADAR

LAILATUL QADAR
Malam yang lebih baik dari 1,000 Bulan!
LAILATUL QADAR
Adalah suatu malam pada bulan Ramadhan
Yang begitu istimewa
Dan besar sekali Fadilatnya
Ia suatu malam
Yang ditunggu-tunggu oleh para Ambia’
Dan para salihin
Kerana tidak terdapat pada bulan-bulan lain.
Beramal pada malam itu
Akan diberi ganjaran pahala oleh Allah
Seperti beramal selama 1000 bulan.

BERSEDIALAH UNTUK MENCARI LAILATUL QADAR.
BERKORBANLAH UNTUK MENDAPATKAN LAILATUL QADAR
BERNIATLAH UNTUK BERTEMU LAILATUL QADAR
BERLEBIHLAH UNTUK MENGUTAMAKAN LAILATUL QADAR
BERGEMBIRALAH UNTUK MENYAMBUT LAILATUL QADAR
MENANGISLAH UNTUK MERAIH LAILATUL QADAR
HAYATILAH LAILATUL QADAR
OH! LAILATUL QADAR
LAULATUL QADAR

Jumaat, 4 September 2009

BILA TIBA PERTENGAHAN RAMADHAN

Bila tiba di pertengahan Ramadhan
Semuanya
Berpesta menyambut Syawal
Semua buat kerana Syawal
Ambil cuti kerana Syawal

Bila tiba di pertengahan Ramadhan
Kita lupa sebenarnya
Pesta yang sedang kita sambut
Belum selesai
Kita berada di bulan ibadah
Kita sedang menyusur pesta ibadah
Hidangan ibadah masih bertimbun
Ada yang masih belum bersentuh
Sekadar Terawikh 8 rakaat
Sekadar witir 3 rakaat
Itupun ponteng.

Bila tiba di pertengahan Ramadhan
Mana perginya tadarrus kita
Kalau ada Alhamdulillah
Mana perginya Qiamullail
Kalau dah mula buat teruskan
Mana perginya sedekah kita
Kalau ada syukurlah
Mana perginya solat –solat sunat kita
Kalau buat baguslah

Bila tiba di pertengahan Ramadhan
Sudah bersedia dengan zakat
Teruskan kita dengan pesta ibadah
Teruskan kita dengan taubat
Teruskan kita dengan syukur
Teruskan kita dengan rayuan

Bila tiba di pertengahan Ramadhan
Pesta tasbih
Pesta Tahmid
Pesta Takbir
Pesta Zikir
Teruskan!teruskan!teruskan

Tapi
Bila tiba di pertengahan Ramadhan
Kedengaran
Laporan media massa
Dah putus sebelah tangan
Bermain meriam buluh
Penyeludup mercun ditangkap
Menyusup masuk semasa berbuka
Tokeh Ayam senyum
Tokeh Daging senyum
Tokeh pulut senyum

Bila tiba pertengahan Ramadhan
Tiket bas habis
Tiket keretapi habis
Lagu Raya berkumandang
Sms raya pun sampai
Kueh Raya makin bertimbun
Pasaraya makin penuh
Lampu lip lap dah dijual
Jemaah surau dah tinggal setengah
Saf masjid dah makin pendek
Itulah hakikatnya
Kitalah yang perlu merubah hakikat itu.

Sambutlah Syawal
dengan penuh keinsafan dalam kemenangan

Selasa, 1 September 2009

6 PUNCA HATI ROSAK/MATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Para pengunjung yang budiman. Sedar tak sedar hari ini 11 Ramadhan 1430H puasa kita dah masuk ke fasa ke-2, iaitu fasa pengampunan dari Allah. Fasa rahmat dari Allah sudahpun berlalu semalam. Aku begitu tersentuh dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rozaini di surau Al-Muttaqin semalam. Mengenai 6 punca hati jadi rosak atau mati....
Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;

1. Sengaja berbuat dosa kerana ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
Kita tahu perbuatan tersebut berdosa tapi kita berterusan melakukannya dengan harapan kita akan bertaubat di kemudian hari, tapi kita lupa masa,hari, usia dan alam adalah milik Allah.
Dua keadaan yang berbeza iaitu tahu perbuatan itu salah kemudian bertaubat dan tidak tahu perbuatan itu salah kemudian bertaubat.
Kita tahu meninggalkan sembahyang itu berdosa tapi kita tetap meninggalkannya dengan harapan kita boleh qada’ dan bertaubat sedikit masa lagi.
Kita tahu mendedahkan aurat itu berdosa tapi kita tetap mendedahkannya dengan harapan bila tiba masanya akan berubah dan bertaubat.
Kita tahu mengamalkan rasuah itu haram tapi kita tetap mengamalkannya dengan harapan kita sempat bertaubat sebelum mati.

2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya.
Kita belajar ilmu tersebut tapi kita tidak mengamalkan dan tidak istiqamah dalam ilmu tersebut. Contohnya :
Dalam sembahyang kita tahu perlu khusyuk tapi kita mengabaikan khusyuk tersebut.
Kita ada ilmu Feqah kita tidak mengamalkan dalam diri kita.
Kita boleh membaca Al-Quran tapi kita tidak membacanya.

3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.
Semua amalan kita bukan kerana Allah
Datang ke surau/masjid sebab ramai orang datang, sebab malu kat jiran, sebab nak bagi orang puji, sebab ibubapa yang suruh.
Puasa sebab orang lain puasa, puasa sebab nak diet.
Berzakat sebab nak kurangkan income tax.
Bersedekah sebab nak dapat nama, pangkat dan projek.
Pergi menunaikan Haji sebab nak dapat tittle Tuan Haji dan Puan Hajjah.

4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
Tidak sedar rezeki yang dia dapat adalah dari Allah, tapi katanya jamuan itu disumbang oleh sipolan dan sipolan malah mengagung-agungkannya. Kalaulah dia tak sponsor jamuan kita ni habislah kita tak dapat makan. Tak dapatkah kita berbuka puasa.
Orang yg menderma tak salah, mungkin dia ikhlas tapi kita yang menerima mesti bersyukur serta mesti kaitkan, libatkan setiap rezeki itu adalah dari Allah sahaja. Kita hanya mampu berusaha.

5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
Berebut-rebut mencari kekayaan di dunia tanpa henti-henti dan tanpa sempadan. Dengan anggapan apabila dia senang di dunia dai akan senang di akhirat. Sebenarnya kita kena seimbang, malah lebihkan akhirat.

6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa
Sudah berapa banyak insan yang mati yang kita kenal dan ketahui.
Kematian keluarga.
Kematian rakan.
Kematian jiran
Kematian anak murid
Kematian perompak
Kematian mujahid
Kematian guru
Kematian semuanya
Tapi kita masih tetap tidak mengambil iktibar bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan akhirat jua tempat tinggal kita buat selama-lamanya.

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana sahaja roh berada.
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ۬‌ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ
(Al a’raf ayat 34)
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
SEKIAN, JUMPA LAGI DI LAIN BICARA

Ahad, 30 Ogos 2009

LAGI BANGAU OH BANGAU

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie....

CUBA PERHATIKAN, KALI INI BUKAN ULAR YANG MAIN PERANAN.

CERITA INI MEMBAWA SATU MESEJ BAHAWA JANGAN SANGKA INSAN KERDIL SEPERTI KITA ORANG KEBANYAKAN TIDAK BOLEH MEMAINKAN PERANAN SUPAYA BOLEH MENGAWAL KEADAAN SEKELILING

Jumaat, 28 Ogos 2009

NIKMAT KEMERDEKAAN UBAH GAYA HIDUP

(28 OGOS 2009 / 07 RAMADAN 1430)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَآئِل :

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِك عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْمَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! إتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat dan bulan Ramadan yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: “Nikmat Kemerdekaan Ubah Gaya Hidup”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada 31 Ogos setiap tahun, negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan. Setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan, terbayang dalam fikiran kita bahawa penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan British silih berganti menjajah negara ini selama lebih 500 tahun. Kita amat bersyukur dalam tempoh penjajahan itu penduduk negara ini mampu mempertahankan akidah dan mengekalkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: ”Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.” (Surah Ali Imran: 19)

Sejak 1957 hingga kini, negara Malaysia adalah salah sebuah negara yang paling pantas membangun dan membawa kemakmuran kepada rakyat. Pakar-pakar ekonomi meletakkan pencapaian pembangunan Malaysia setanding dengan Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong. Pembangunan pesat ekonomi negara ini telah menyebabkan taraf hidup rakyat meningkat dan gaya hidup sebahagiannya mewah. Mimbar amat yakin pencapaian ini adalah berkat pengorbanan pejuang kemerdekaan dan kebijaksanaan pemimpin melaksanakan pengisian program pembangunan untuk rakyat.

Bagaimanapun mimbar mengingatkan bahawa ancaman terbesar gaya hidup mewah ialah makan berlebihan yang menyebabkan bahaya kegemukan atau obesiti. Menurut sumber Kementerian Kesihatan di dapati 4 orang daripada 10 orang dewasa mengalami masalah kegemukan. Pada dasarnya kegemukan mempunyai kaitan rapat dengan penyakit kronik seperti jantung, kanser, strok, buah pinggang dan kencing manis. Sehingga kini, penyakit yang berpunca daripada jantung menjadi pembunuh utama atau 23% punca kematian di negara ini. Selain faktor ini, merokok juga dikenalpasti antara punca serangan penyakit jantung dan kanser. Pada tahun 2006, sebanyak 21.5% iaitu kira-kira 2.73 juta orang perokok adalah golongan dewasa. Golongan ini dikatakan menghisap sebanyak 33 juta batang rokok sehari dan membelanjakan lebih RM8.59 juta sehari.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Hidup sihat adalah satu kefardhuan dalam Islam. Ini dapat di fahami melalui perintah Allah SWT tentang kewajiban puasa. Sesungguhnya puasa itu memberi banyak manfaat antaranya dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin yang mengancam jiwa dan diri manusia dalam waktu singkat.

Selain aspek rohani yang membantu kekuatan jiwa, puasa pula dalam aspek kesihatan adalah suatu cara bagi membersihkan sistem tubuh badan daripada keracunan atau toksin yang berpunca daripada makanan yang kita ambil. Sesungguhnya sistem tubuh badan manusia sangat unik. Jasad kita bukan sekadar tempat menyimpan makanan, bahkan ia adalah pusat menyeimbangkan makanan. Keseimbangan itu mudah rosak jika kita makan berlebihan.

Justeru, Rasulullah SAW menyuruh kita bersederhana dalam makan dan minum iaitu satu pertiga makan, satu pertiga air dan satu pertiga udara. Sabda baginda SAW daripada Miqdad bin M’adikarib yang mafhumnya:
”Tidaklah memenuhkan anak Adam itu sebuah bekas yang lebih jahat (hina) melainkan bagi memenuhi perutnya. Sekiranya dia makan memadai dengan suapan yang kecil yang mampu menguatkan tulang sulbinya. Sekiranya dia dikuasai oleh nafsunya, maka hendaklah disisi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga nafasnya”.
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Puasa memberikan kita banyak keistimewaan. Antaranya ialah ia dapat mengistirehatkan alat penghadaman dan pernafasan. Sepanjang sebelas bulan yang lepas mulut, jantung, organ, usus dan nafas kita terlalu berat bekerja. Kini bulan Ramadan, kita memberi peluang jentera tersebut untuk memulihkan kembali organ-organ tadi agar kembali berfungsi secara lebih berkesan. Ajaib sekali ciptaan Allah SWT ini, dengan berpuasa kita kembali segar. Kesegaran hidup ini memberi semangat baru kepada sel-sel yang ada di dalam tubuh kita.

Apa yang pasti rakyat yang sihat rohani dan jasmani, sanggup berkorban diri demi agama dan negara yang tercinta. Semangat jihad yang diperolehi melalui tarbiyah madrasah Ramadan, benar-benar menghidupkan hati tentang erti pengorbanan dan kemerdekaan melawan musuh. Jika Ramadan musuh utama adalah nafsu, maka musuh negara adalah penderhaka, penceroboh dan tidak taat setia kepada pemerintah yang mengasihi Allah dan Rasul-Nya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar ingin mengingatkan sidang Jumaat dan umat Islam sekalian, sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini dan bersamaan pula dengan bulan Ramadhan al-Mubarak 1430 hijri, marilah kita menjadikan amalan puasa wajib dan sunat sebagai usaha mencegah, merawat penyakit dan mengekalkan gaya hidup sihat. Mudah-mudahan keberkatan yang kita peroleh dalam bulan ini meningkatkan lagi kekuatan perasaan cinta kepada negara dan agama.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّحِيمِ

Maksudnya: ”Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika Aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadanya, (patutkah Aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah Aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah Aku berserah diri dan kepada-Nyalah Aku kembali.”
(Surah Huud:88)




TARIKH MERDEKA DI BULAN YANG MULIA

Kali ini kita kenyambut hari kemerdekaan negara di bulan Ramadhan. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan pencapaian diutamakan.Tahukah anda sudah berapa kali kita menyambut kemerdekaan di bulan-bulan yang mulia seperti Ramadhan dan Syawal dan bila pula kita akan menyambut kemerdekaan di bulan-bulan mulia lagi???

INFO HARI KEMERDEKAAN SERENTAK DI BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL

DULU
31 OGOS 1976 - 5 RAMADHAN 1396 (SELASA)
31 OGOS 1977 -16 RAMADHAN 1397 (RABU)
31 OGOS 1978 - 27 RAMADHAN 1398(KHAMIS)
31 OGOS 1979 - 8 SYAWAL 1399 (JUMAAT)
31 OGOS 1980 - 20 SYAWAL 1400(AHAD)

TAHUN INI DAN AKAN DATANG
31 OGOS 2009 - 10 RAMADHAN 1430H (ISNIN)
31 OGOS 2010 - 21 RAMADHAN 1431H (SELASA)
31 OGOS 2011 - 2 SYAWAL 1432H (RABU)
31 OGOS 2012 -13 SYAWAL 1433H (JUMAAT)
31 OGOS 2013 - 24 SYAWAL 1434H (SABTU)
31 OGOS 2041 - 5 RAMADHAN 1463H (SABTU)
31 OGOS 2042 - 16 RAMADHAN 1464H (AHAD)
31 OGOS 2043 - 26 SYAWAL 1465H (ISNIN)
31 OGOS 2044 - 8 SYAWAL 1466H (RABU)
31 OGOS 2045 - 18 SYAWAL 1467H (KHAMIS)
31 OGOS 2046 - 29 SYAWAL 1468H (JUMAAT)


Berapakah umur kita untuk Ramadhan dan Syawal seterusnya????
)

Khamis, 27 Ogos 2009

KEHIDUPAN DI SYURGA

1. BERITA MENGENAI SYURGA

* Berkumpul di pinggir Shirath.
* Orang yang tidak mencium bau syurga - Orang yang membunuh diri dengan sengaja tidak akan mencium bau syurga. Syurga sudah mulai tercium pada jarak empat puluh tahun perjalanan.
* Ashabul-A'Raf

2. MASUK SYURGA

* Dihalau - Orang yang takwa itu dihalau ke dalam syurga berbondong-bondong. Setelah sampai di syurga maka dibukakanlah pintu-pintunya. Ketika itu berkata penjaga pintu syurga; Sejahtera aman sentosa dilimpahkan kepadamu oleh Tuhan. Berbahagialah kamu, maka masuklah kamu di dalam syurga ini. Di dalamnya kamu kekal selama-lamanya.
* Pintu-pintu syurga itu - Syurga itu mempunya lapan pintu yang terbuka lebar. Adapun kunci pintu syurga itu ialah syahadat dan sembahyang.
* Masuk syurga dengan wajah seperti bulan purnama.
* Yang menyambut di pintu syurga - Malaikat, hurul-aini dan wildan iaitu anak-anak yang mati sebelum baligh.
* Malaikat - Malaikat-malaikat itu masuk ke dalam tiap-tiap pintu sambil mengucapkan assalammualaikum kepada mereka itu.
* Hurul-aini - Perempuan syurga yang disebut bidadari.
* Anak-anak menyambut ibu bapanya - Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ibu bapanya di pintu syurga.

3. RUPA SYURGA

* Tidak ada matahari dalam syurga.
* Sama sahaja siang dan malam.
* Syurga itu seratus tingkat.
* Setiap tingkat syurga itu seluas alam dunia.
* Naik kepada setiap tingkat hanya dengan membaca ayat Al-Qur'an.
* Jannatul-Firdaus - Syurga tempat orang-orang beriman dan beramal salih.
* Sungai-sungai syurga.
* Mata air.
* Jannatun-Na'im - Syurga yang ditempatkan untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih dan mereka akan kekal selama-lamanya di sana.
* Jannatul-Adnan-Syurga ditempatkan rezeki pagi-pagi dan petang hari dan terdapatnya rumah-rumah yang bagus-bagus.
* Jannatul-Makwa - Syurga untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih sebagai imbalan pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.
* Pasar dalam syurga.

4. SUASANA SYURGA

* Seperdua isi syurga itu umat Nabi Muhammad saw.
* Tubuh Nabi Adam 60 hasta panjangnya.
* Berumur 33 tahun - Di dalam syurga itu tidak ada orang tua. Orang-orang yang meninggal dalam usia tua sekarang ini nanti di dalam syurga akan kembali muda belia, cantik dan rupawan seperti orang yang berumur tiga puluh tiga tahun muda, cantik dan rupawan.
* Tidak pernah sakit dan tidak mati - Di dalam syurga itu kamu akan selalu sihat, tidak pernah sakit buat selama-lamanya, tetap dalam keadaan hidup dan tidak akan mati buat selama-lamanya. Selalu senang dan tidak akan pernah berputus asa untuk selama-lamanya.
* Tidak pernah kencing dan berak - Di dalam syurga itu juga makan dan minum tapi tidak pernah meludah, tidak kencing, tidak berak dan tidak pernah menjahit pakaian. Makanan yang dimakan itu akan menjadi keringat dan menjadi minyak wangi seperti al-miski. Ini adalah berkat membaca tasbih dan tahmid.
* Rezeki yang cukup dan isteri yang cantik - Setiap orang mempunyai jodoh. Yang laki-laki mempunyai isteri dan yang perempuan mempunyai suami. Anak-anak yang mati sebelum baligh nanti akan mendapat isteri. Begitu juga dengan orang yang tidak mahu beristeri di dunia atau tidak beristeri itu kerana ada sebab-sebab lain, maka di dalam syurga nanti akan mendapat isteri iaitu hurul-aini(bidadari syurga). Perempuan-perempuan mukminat sesampai di sana nanti akan lebih cantik dari hurul-aini dan tetap menjadi isteri dari suaminya yang sekarang ini di samping hurul-aini.
* Mahligai, guraf dan rumah tempat tinggal - Tiap-tiap rumah yang ada di dalam syurga mempunyai empat puluh buah pintu, tujuh puluh guraf(kamar-kamar yang terdapat di dalammnya tujuh puluh sarir(kasur tebal bersusun-susun). Terdapat segala macam kesenangan yang ada di dunia ini. Semuanya besar, megah dan indah.
* Khaimah-khaimah - Satu ruang enam puluh mil panjangnya untuk orang mukmin bermain-main berkeliling.
* Kebun-kebun - Seperti inab atau anggur, kurma, pohon tin, pohon batikh, kayu thubi, delima, bidara dan pisang.
* Syajarul-khaldi - Sejenis pohon kayu yang besar sekali tinggi dan rimbun. Lingkaran naungan pohon kayu ini seratus tahun perjalanan kuda.
* Pohon delima.
* Pohon bidara dan pisang - Pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun dan naungan yang terbentang luas.
* Binatang dan burung dalam syurga - Di dalam syurga itu ada segala-galanya. Burung di udara, binatang di daratan dan ikan di lautan. Tetapi hanya beberapa saja yang tersebut di dalam Al-Qur'an iaitu; burung, unta, kuda dan kambing.
* Burung - Sekalian jenis burung ada semuanya termasuk ayam.
* Unta dalam syurga.
* Kuda dalam syurga.
* Kambing Syurga - Kambing adalah binatang syurga.

5. BIDADARI

* Dikahwinkan dengan hurul-aini.
* Bentuk tunuh hurul-aini - Laksana mutiara yang tersimpan baik.
* Pakaian dan perhiasan hurul-aini - Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal. Juga mereka memakai gelang yang berbuat dari perak.
* Memakai gelang.
* Di waktu sedang makan.
* Bejana perak.
* Menghidangkan gelas dan cerek.
* Diedarkan piring-piring besar.
* Dikelilingi oleh anak-anak.
* Mahligai yang indah.
* Selalu perawan.

6. MELIHAT TUHAN

* Dua kali orang melihat Tuhan. Pertama di Mahsyar iaitu setelah orang mandi dalam haudh-nya Nabi saw. dan yang kedua dalam syurga.

*Sebagai perkhabaran untuk semua umat islam...

Wallahualam..

Sumber: Blog ctalia
vBulletin® v3.7.3, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.

--------------------------------------------------------------------------------


CICIT ZAMAN SEKARANG


KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMBESARAN
mesej.....
Mesej untuk nenek:
Lain kali kalau nak bagi arahan bior ler tepat dan jelas.
Mesej untuk cicit:
Hormatilah orang yang lebih tua walaupun dalam nada lawak.

Selasa, 25 Ogos 2009

PANTUN UNTUK SAHABAT

Banyak kemumu di dalam semak
Jatuh melayang selaranya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa guna nya ..

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam riang riang
Nanti menangis dipintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Ambil galah kupaskan jantung
Orang arab bergoreng kicap
Kehadrat Allah tempat bergantung
Kepada nabi tempat mengucap

Asam rumbia dibelah belah
Buah separuh didalam raga
Dunia ikut firman Allah
Akhirat dapat masuk syurga

Belah buluh bersegi segi
Mari membuat serampang ikan
Kuasa Allah berbagi bagi
Lebih laut dan juga daratan

Buah kuining buah larangan
Masak dibungkus di sapu tangan
Dunia ini pinjam pinjaman
Akhirat kelak kampong halaman

Delima batu dipenggal penggal
Bawa galah ketanah lapang
Lima waktu kalau ditinggal
Merana hidup tidak bertiang

Banyak lah hari antara hari
Tidak semulia hari jumaat
Banyaklah nabi antara nabi
Paling mulia nabi muhammad

Orang bayang pergi mengaji
Ke cubadak jalan ke panti
Meninggal sembahyang jadi berani
Seperti badan tak akan mati

Pangkal dibelit dipohon jarak
Jarak nan tumbuh tepi serambi
Jangan dibuat yang dilarang syarak
Itulah perbuatan dibenci nabi

Jarak nan tumbuh tepi serambi
Pohon kerekot pohonnya sama
Itulah perbuatan yang dibenci nabi
Petua diikut segala ulama

Pohon kerekot bunganya sama
Buahnya boleh dibuat colok
Petua diikut semua ulama
Jangan dibawa berolok olok

Rusa banyak dalam rimba
Kerapon banyak tengah berhimpun
Dosa banyak dalam dunia
Segeralah kita minta ampun

Kera banyak tengah berhimpun
Sandarkan galah pada pohon
Segeralah kita meminta ampun
Kepada allah tempat bermohon

Tuman dipegang jatuh kelaut
Disambar yu jerung tenggiri
Iman pun tetap sehingga maut
Di situ baru tahukan diri

Disambar yu jerung tenggiri
Temenggung Mamat mandi bersimbur
Di situ baru tahukan diri
Malaikat memalu dalam kubur

Kait-kait dipadang temu
Terap ditimbun diujung galah
Baik baik berpegang ilmu
Harapkan ampun kepada Allah

Temu itu banyak warnanya
Ada yang putih ada yang biru
Ilmu itu banyak gunanya
Tiada boleh orang menggaru

Pecah cawan di atas peti
Cawan diminum Temenggung Mamat
Kepada Allah yang maha suci
jangan dilupakan setiap saat

Isnin, 24 Ogos 2009

KITA SAHUT CABARAN RAMADHAN

Ramadhan 1430H sudah membuka tirai.
Kita sahut cabaran Ramadhan kali ini biarlah dengan tahap yang lebih tinggi. Saban tahun kita menjalankan ibadah puasa dengan cara dan amalan yang sama. Tahun ini biarlah berlainan sikit. Amalan streotaip dalam ibadah puasa rasanya kurang wajar diamalkan.

Setiap tahun kita berpuasa hanya sekadar melepaskan yang wajib sahaja. Kalau masa belajar dulu macamana kita hantar "assignment last minute". Sekadar cukup makan, tergesa-gesa, dan ikut apa yang orang buat.Kalau kita buat betul-betul assignment yang diberikan oleh pensyarah, kita akan rasa puas hati, teruja dan mendapat manfaat serta pengetahuan dari assignment yang kita hantar.
Kalau masa bekerja pula, jika boss minta sesuatu kerja dihantar pada tarikh tertentu, tapi kita tetap siapkan kerja itu pada hari terakhir, kerja yang kita hasilkan sekadar melepaskan batok di tangga sahaja. Tetapi jika kita siapkan betul-betul dengan mengambilkira aspek yang dikehendaki, kerja kita amat memuaskan semua pihak serta diri sendiri.

Kita dapat membuat penilaian aspek kerja kita sebegitu rupa.
Cuba kita nilai puasa kita, Adakah puasa yang kita jalankan sekadar puasa sahaja. Bayangkan kita sudah berpengalaman bertahun-tahun, malah ada yang berpuluh-puluh tahun, tapi tiada peningkatan dalam puasa.

Sebelum tu puasa ni ada 3 kategori
1. Puasa orang awam: menahan perut dan kemaluan dari mengikuti kemauan syahwat.
2. Puasa orang khusus: menahan pendengaran, penglihatan, lisan, tangan, kaki dan semua anggota badan dari berbagai dosa.
3. Puasa orang super khusus : puasa hati dari berbagai keinginan rendah dan pikiran-pikiran yang tidak berharga; juga menahan hati dari selain Allah secara total. Aktifitas duniawi mereka pun diperuntukkan demi bekal akhirat.


Takkan kita masih lagi di bawah paras puasa orang awam. Nak menahan shahwat pun tak boleh.
1)Masih melihat aurat lelaki/perempuan dengan bersungguh-sungguh, maknanya bila orang lelaki nampak perempuan lalu, mata tak berkelip walaupun dia tahu dia tidak berpuasa.
2)Sahur, puasa dan berbuka tapi tidak sembahyang, habis lingkup.
3)Mengata/ mengumpat lebih dari bilangan tasbih, tahmid, takbir dan zikir dalam satu hari
4)Orang lain berpuasa kurang makan, kurang keluar duit, tapi dia puasa makan lebih, duit guna 2 kali ganda dari bulan biasa, membazir le tu.

Tu baru empat. banyak lagi.
Maknanya kebanyakan kita masih belum masuk tahap pertama puasa.

Jadi, insyaAllah sama-sama kita menuju ke arah puasa tahap ke dua dengan menyibukkan diri kita dengan ibadah2 yang berlambak2 disediakan di bulan puasa ni. Celik mata pukul 4 pagi dah bermula ibadah iaitu qiamullail
Qiamullail mungkin susah nak bangun? takper, lepas sahur ambil quran baca sikit.
Pergi berjemaah kat surau/masjid. Malu/malas/ ngantuk. Tiga cabaran utama berjemaah subuh di surau/masjid. Lawan ler. Setan dah kena tambat, setan mana lagi ada. Anak murid setan ler tu. Kita ler. Dia dah didik kita 11 bulan. Sebulan di bulan Ramadhan dia buat praktikal kat kita. ok ker tak dia punya training. Lawan ler.

Eh2! apa kata tahun ni kita buat solat sunat dhuha???. Moga2 amalan ini kekal hingga lepas ramadhan. Kerja???. Tak pernah dengar lagi dalam Malaya ni pekerja kena buang sebab solah dhuha. Bukan lama 5 minit pun tak sampai. Tak tahu??, belajar. Kat buku belambak.

SAMBUNG!!!!

DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi