Khamis, 25 Februari 2010

MEMORI DESA YANG KUTINGGALKAN

1976,
Suatu petang
Bertempat di Kampong Hangus
Ketika aku mencari buah kopi putik
Untuk membuat peluru senapang mainan
Berlaraskan lastik beburung
Berterabur di atas kepala
Peluru realiti berdentum
Terdengar jeritan orang-orang tua
Meniarap!!!!!!!!!!!!
Tunduk!!!!!!!!!!!!!!!

Nuri berselerak di atas kepala
Kereta kebal bergegas menuju ke hutan
Abang Soldadu yang tadi menjamu selera
Berselerak mestin
Kini serius dalam ketakutan
Meniarap rapat ke bumi
Kedengaran
HK 33, M16
“General purpose Machine guns” berterusan
Memuntahkan peluru
Sekali sekala kedengaran
Peluru senapang patah
Senyap.........................................
Aku merangkak gembira balik kerumah
Seronok mendengar bunyi senapang
Tidak berapa mengerti akan kematian
Tidak tahu erti kesengsaraan
Nuri terbang rendah
Melabuhkan perutnya
Dipadang sekolah kampung
Kelihatan sang soldadu bergegas
Mengangkat mayat wanita kaku
Berlumuran darah
Berpakaian kuning lusuh
Oooo komunis wanita rupanya

1978
Di suatu pagi yang hening
Bertempat di Caruk Berlaga
Aku melangkah anak sungai
Terus masuk ke hutan
Mencari petai padi
Kedengaran tembakan senapang patah
Senyap....
Terdengar jeritan takbir
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Komunis menyerang lagi
Sasarannya penoreh getah
Kononnya sang penoreh
Kononnya sang pesawah
Banyak sekali komando menyamar
Memang benarpun
Kerna
Tembakan dibalas sang penoreh
Tapi.....
Sang Penoreh gugur
Dua petualang negara dibunuh

19 November 1985
Aku mengikut arwah bapaku
Bertempat di Genting Gambir
Menggali telaga di kebun getah
Mencari air buat siraman anak getah
Kami di hutan
Tidak tahu kekalutan di kampung
Ramai mencari kami
Kononnya terlibat suatu tragedi
Apabila keluar dari hutan
Banyak Trak FRU
Banyak Trak Polis
Trak Askar pun ada
Ingatkan komunis dah keluar kembali
Rupa-rupanya
Peristiwa Memali
Seorang demi seorang tumbang
Hampir semuanya ku kenal

Inilah sebahagian memori desaku
Memori berdarah desaku
Buat tatapan generasi mendatang
Yang baik jadikan teladan
Yang buruk jadikan sempadan

بسم الله الرحمن الرحيم

تَحَصَّنَا بِذِي اْلعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ ، وَاعْتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ . اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الوَباَءَ ، وَقِنَا شَرَّا الرَّدَى ، وَنَجَّنَا ِمنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونَ وَالْبَلاَءِ ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيْفُ ، يَا خَبِيْرُ ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٍ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالمَيِن َ

Maksudnya :
Kami berlindung dengan Mu ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut kepada Mu Ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakkal kepada Mu ya Allah Tuhan yang hidup lagi tidak mati. Wahai tuhan kami jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami daripada segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui, sesungguhnya Engkaulah ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian hanya bagi Mu ya Allah Tuhan pemilik sekelian alam.


Isnin, 8 Februari 2010

RAGAM MERENTAS DESA DI TENGAH KOTA



Merentas desa kalau di desa
Dan
Merentas desa kalau di kota

Kalau di desa merentas desa tak payah “warming up” sebab nak datang ke sekolah tu dah lebih dari “warming up”, segala peluh jantan dan betina keluar. Jalan kaki punya ler jauh sebelum sampai ke sekolah.

Kalau di kota “warming up” terpaksa dilakukan dengan senamrobik sebab ada yang datang ke sekolah tidor. Sampai depan sekolah baru mak ayah kejutkan. Siap pasang air corn pulak tu tido.

Kalau di desa merentas desa tak payah polis trafik, tak payah bhg keselamatan, tak payah check point sebab tak ade kereta pun nak lalu. Lembu & kerbau banyak ler. Lagi pun Check point tak payah tunggu sbb org kampong dah penuh sepanjang trek larian. Hari tu siap ambik cuti tak pegi noreh, tak pegi bendang.
Kalau di kota bersilang2 ler bhg keselamatan mengawal trafik. Ambulan ngan kenderaan awam sama banyak. Check point berpuloh-puloh. Penat aku tengok cikgu check point ronda. Habih minyak motor dua tangki. Itu pun ader yang terlepas pegi supermarket (sengaja).


Kalau di desa masa merentas desa yang jumpa pokok balak, pokok getah, bendang, bukit, denai gajah, denai babi, anak sungai, pokok kelapa gelanggang “police sentry”, kandang lembu, reban ayam,tempat air limbah, pondok mesin getah keping dan seumpamanya.
Kalau di kota yang jumpa pokok rhu, pokok bunga kertas, pokok bunga raya, gelanggang tenis, balai polis, market daging, market ayam, indah water dan seumpamanya.

Kalau di desa masa merentas desa jumpa pokok tinggi-tinggi, besar2, beratus-ratus tahun, boleh di buat balak yang berkualiti tinggi.
Kalau di kota jumpa bangunan tinggi2, besar2, bangunan yang nak roboh pun banyak jugak, yang tak siap pon banyak.

Kalau di desa masa lalu check point atas jambatan buloh, siap boleh nampak ikan lagi kat bawah. Punya le banyak ikan. Ada macam2 ikan sungai.
Kalau di kota masa lalu kat check point atas jejambat, siap boleh nampak market ikan lagi kat bawah. Punya ler banyak ikan. Bukan setakat ikan sungai jer, ikan laut, ikan lombong, ikan import pon ada jual

Tapi persamaannya di desa atau di kota, namanya tetap “merentas desa”

KALAU ADER LAGI BOLEH DICADANGKAN..........

Rabu, 3 Februari 2010

OK TAK!!!!!!!

Ok atau tidak sesebuah perasaan
Bergantung kepada naluri
Dan pengaruh persekitaran
Kecuali
Mereka yang berpendirian teguh
Bersemangat waja
Kental
Seperti ini...............

OK TAK
BIAR LANTAK
SEKALI GERTAK
KALI KE DUA SEBAK
MASUK KE TIGA TERIAK
DAH KE EMPAT TERUS SERAK
HATI SEMAKIN MENGGELODAK
KEKADANG DITABURKANNYA BEDAK
TERASA SUDAH MENGGELABAH TERSEDAK
TAKUT DICANANGNYA MENANG BERSORAK
SEKALI SEKALA BERSEMBANG DENGAN BEBUDAK
MENGHABISKAN PERMAINAN YANG TINGGAL BIDAK
MENANTI JUARA PASTI DIJULANG SAKAN BERBORAK
PARA PENONTON MENUNGGU SALING BERASAK

SANG KALAH MESTI MENANGIS TERESAK-ESAK
ADAT DUNIA PASTI ADA YANG BERTEKAK
KERANA SANG MENANG SUDAH GELAK
MASING-MASING BERTUKAR WATAK

HABIS SEMUANYA BIRAI TERSELAK
SAMPAI MEMALUKAN PINAK
PERUT PUN SUDAH SENAK
BIAR DI SITU SEJENAK
TIDUR LAGI ENAK
PENYEMAK
KERAK
TAK

hahaha istiqamah penting
Jangan berganjak
tetapkan iman


DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi