Selasa, 30 Jun 2009

JANGAN TINGGALKAN KUNCI KERETA ANDA SEMBARANGAN




Pastikan anda "pause" mixpod kat sebelah terlebih dahulu baru "play" video kat atas.....

Isnin, 29 Jun 2009

LAGI BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang.

Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.


© 1999 - 2004 Ashtech Holdings Sdn Bhd.

DILARANG MENGHIDUPKAN PENGHAWA DINGIN SEBAIK MENAIKI KERETA..!


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Ahad, 28 Jun 2009

DENGAR CAKAP ORANG SERBA TAK KENA

Fenomena yang berlaku disekeliling kita memang merimaskan kita untuk membuat keputusan. Cuba bayangkan sesuatu kerja yang kita lakukan dilihat oleh berpuluh-puluh mata dan didengar oleh beratus-ratus pasang telinga. Kalau ada empat pasang mata pun sudah cukup untuk membangkitkan pelbagai spekulasi.
Contohnya dalam satu mesyuarat sebulan yang lalu kita telah membahaskan tentang satu topik yang panas. Pelbagai isu dan pandangan telah diutarakan untuk mendapatkan satu keputusan yang memberangsangkan. Ketua kumpulan telah mengambil keputusan terbaik dengan mengambil pandangan pelbagai pihak dan dari pelbagai sudut yang positif. Ketua kumpulan itupun keluar dari tempat mesyuarat dengan berazam untuk melakukan sesuatu yang terbaik seperti apa yang telah diputuskan.
2 minggu selepas itu, satu mesyuarat diadakan untuk membentang apa yang telah dihasilkan olehnya. Malangnya masih ada yang tidak puas hati dengan keputusan yang dibuatnya. Masih ada lagi cakap-cakap belakang dan depan yang membantah tindakan beliau. Beliau keluar dari bilik mesyuarat dengan hampa tapi masih berazam untuk membetulkan cadangan tersebut.
Begitulah seterusnya sehingga dua dan tiga kali masih belum selesai kerana ketua kumpulan ini terlalu mendengar cakap dan pendapat ramai tanpa mengambil satu keputusan yang munasabah dan bersadarkan akal yang waras.
Keputusan yang kita buat mestilah berdasarkan kepada kematangan kita berfikir dengan bersandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.

Apa yang cuba diutarakan ini bukanlah omong kosong tapi berlaku kepada kita sendiri, tidak kira di mana kita berada. Sebenarnya keadaan serba tak kena ini telah berlaku kepada Luqman Al-Hakim, anak dan keldainya.

Pada suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor Keldai, manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata,

"Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki Keldainya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari Keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas Keldai itu dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula,

"Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki Keldai itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang Keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi,

"Lihat dua orang itu menunggang seekor Keldai, alangkah siksanya Keldai itu membawa beban yang berganda."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari Keldai itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

"Ada Keldai tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Khamis, 25 Jun 2009

MENU MAKAN SEBUAH PERJALANAN

Inilah menu makan yang dihidangkan kepada kami sepanjang kami berkampung di Pengkalan Gawi dari 18 Jun hingga 21 Jun 2009

RASAILAH KESYUKURAN YANG SEADANYA DARI YANG MAHA ESA

Hari Pertama.
Malam (Chef : YOBDABAI)
Steamboat
Telor goreng Unser
Sardin
Nasi Putih
Kopi 'o'

Hari kedua
Pagi (Chef : YOBDABAI)
Roti Sardin Gawi
Nasi Goreng Kenyir
Kopi'o herba

Tengahari (Chef : YOBDABAI)
Nasi Putih
Ikan kering tertiarap
Telor dardar Hulu terengganu
Fishball masak masam manis
Nasi wangi marin
Tembikai
Fresh Oren Kuala Berang.

Tea time (Chef PK KOKO)
Biskut Lutut
Teh tongkat Ali + Kacip Fatimah Pulau Herba

Malam (Chef : Yeop Harith)
Kari telor + ayam
Ikan kering berbawang
Budu
Sambal tempoyak
Ulam

Hari ke tiga
Pagi (Chef : Yoep Aziz)
Maggie goreng
Maggie sayur
Roti gardenia
Sambal ikan bilis
Kopi

SELAMAT MENJAMU SELERA, KALAU NAK SALIN RESEPI SILAKAN

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL

Selasa, 23 Jun 2009

40 MANUSIA TERKAYA DI MALAYSIA

Malaysia’a 40 Richest 2009 (Source ForbesAsia)

The Malaysia’s Richest 40 is poorer this year compared to last. Their combined wealth dwindled from USD $46 Billion last year to USD $36 Billion this year.

Heading this year list is Sugar King Robert Kuok and followed by Maxis Communications Ananda Krishna. Their combined wealth of USD $16 Billion account for 44% of the Top 40’s wealth.

The minimum entry to this year list is at USD $90 million.

The Top 40 Richest in Malaysia for year 2009 are:

1. Robert Kuok USD 9 billion, 85. DIVERSIFIED
2. Ananda Krishnan USD 7 billion, 71. TELECOM
3. Lee Shin Cheng USD 3.2 billion, 70,. PALM OIL
4. Lee Kim Hua USD 2.5 billion, 80. GAMING
5. Teh Hong Piow USD 2.4 billion, 79. BANKING
6. Quek Leng Chan USD 2.3 billion, 68. DIVERSIFIED
7. Yeoh Tiong Lay USD 1.8 billion, 79. DIVERSIFIED
8. Syed Mokhtar AlBukhary USD 1.1 billion, 57. DIVERSIFIED
9. Tiong Hiew King USD 1 billion, 74. TIMBER
10. Vincent Tan USD 750 million, 57. DIVERSIFIED
11.Azman Hashim USD 470 million, 69.FINANCE
12. William H.J. Cheng USD 390 million, 66.RETAIL
13. G. Gnanalingam USD 260 million, 64.PORTS
14. Lim Kok Thay USD 225 million, 57. GAMING
15. Anthony Fernandes USD 220 million, 45. AIRLINES
16. Mokhzani Mahathir USD 215 million, 48. OIL SERVICES
17. Lee Oi Hian USD 210 million, 58. DIVERSIFIED
18. Chan Fong Ann USD 209 million, 78. PALM OIL
19. Kamarudin Meranun USD 205 million, 48. AIRLINES
20. Chong Chook Yew USD 200 million, 87. REAL ESTATE
21.Chen Lip Keong USD 195 million, 61. GAMING
22. Lee Swee Eng USD 190 million, 53. OIL SERVICES
23. Jeffrey Cheah USD 185 million, 64. REAL ESTATE.
24. Lim Wee Chai USD 180 million, 51. RUBBER GLOVE
25. Ahmayuddin Ahmad USD 175 million, 52. PORT
26. Lee Hau Hian USD 174 million, 55. DIVERSIFIED
27. Lau Cho Kun USD 165 million, 73. DIVERSIFIED.
28. Vinod Sekhar USD 150 million, 41. RUBBER
29. Liew Kee Sin USD 140 million, 50. REAL ESTATE
30. Tiah Thee Kian USD 135 million, 61. REAL ESTATE
31. Rozali Ismail USD 130 million, 53. INFRASTRUCTURE
32. Lin Yun Ling USD 115 million, 54. INFRASTRUCTURE
33. Yaw Teck Seng USD 113 million, 71. FORESTRY
34. Goh Peng Ooi USD 112 million, 53. SOFTWARE
35. Eleena Azlan Shah USD 110 million, 49. INFRASTRUCTURE
36. David Law Tien Seng USD 105 million. MINING
37. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir USD 100 million, 61. BANKING
38. Hamdan Mohamad USD 98 million, 53. INFRASTRUCTURE
39. Tan Teong Hean USD 95 million, 65. BANKING
40. Kua Sian Kooi USD 90 million, 56. INSURANCE

Will we see you in the list next year?

http://www.kidchan.com/

WAHAI SURIA ,WAHAI MEK MELOR




Dari renunganmu Suria
Dari jalanmu Mek Melor
Tersingkap satu sejarah silam
Yang bakal mewarnai kegelisahan dunia
terhadap duniamu

Wahai suria,wahai Mek Melor
Dua generasi jauh berbeda darjat
Hatimu memberontak manja
Dalam surammu
ada kenangan yang terpahat
Dalam resahmu
Ada azam yang tersirat
Dalam hatimu
Ada bisikan yang tak terubat

Wahai Suria,wahai Mek Melor
Masih ada suara-suara
yang berdamping denganmu
Masih ada keringat
Yang tumpah bersamamu
Masih ada cinta
Yang sanggup menyintaimu

Santuari Gajah Sungai Ketiar

Untuk Renungan Bersama

Maksud Hadith,
" Jika engkau berada pada waktu pagi, janganlah
engkau menunggu petang ( bagi mencari bekal meng-
hadapi mati), jika engkau berada pada waktu
petang, janganlah engkau menunggu pagi.Ambillah
manfaat sewaktu hidupmu untuk bekal kematianmu,
dan ketika engkau masih sehat untuk sakitmu".
( Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

Kematian ada di mana-mana, pasti akan datang.
Bila tiba saatnya pasti kita akan dijemput,
Tidak kira usia, waktu dan musim.
Kita tidak dapat menolaknya.
Dan bilakah jenazah kita akan di tanam kedalam tanah.

Alangkah baiknya kita sentiasa mengingati hari kemudian
untuk menghadapinya,
tiada jalan yang paling baik melainkan beriman pada hari akhirat.
iaitu hari terakhir daripada alam maya ini,
juga disebut dengan hari qiamat.

Perlu mencari bekalan untuk hari akhirat
dan lenyaplah kecintaan yang melampau batas terhadap duniawi.
Jauhi dari kecintaan yang hina dan rendah nilainya.

Orang yang melupakan kematian,
akan sentiasa melakukan segala sesuatu tanpa kawalan,
dia akan melakukan kezaliman, maksiat, dosa, menipu orang
dan sebagainya tanpa batasan.

Fiman ALLAH yang bermaksud,
" Katakanlah! bahawasanya kematian yang engkau
hendak lari daripadanya itu akan mendatangi engkau,
kemudian kamu semua akan di kembalikan kepada
Dzat Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang
nyata, kemudian akan diberi tahu kepada kamu apa-
apa yang engkau lakukan".
(Surah al-Jumu'ah,ayat :8)


Manusia yang tenggelam dalam kemewahan dunia,
dijajah oleh hawa nafsu dan diikat dengan perbuatan
maksiat amat sedikit mengingati kematian. Mungkin
tidak mengingati kehadhiran malaikat maut membawa
perintah ALLAH untuk mengambil nyawanya, malah
tidak timbul perasaan takut atau sedih kerana mengi-
ngatkan yang bakal dihadapi nanti, yang pasti gelisah
tentang harta bendanya dan kemewahan yang akan di-
tinggalkan.

Ingatlah tiga perkara yang di tinggalkan iaitu.
1- Sedekah yang sentiasa mengalir
2- Ilmu yang memberi manfaat
3- Anak yang soleh yang mendoakan untuknya

Sabtu, 20 Jun 2009

DETIK SEPULUH EMPAT PULUH LIMA


Detik sepuluh empat puluh lima
Deruan enjin bot
Memecah kesunyian Pengkalan Gawi
Membawa pulang
Sang Pencari rezeki
Anak-anak menunggu digigi air

Detik sepuluh empat puluh lima
Desiran angin Tasik Kenyir
Menyentuh pepohon bambu muda
Bersapalah antara mereka
Bertepuk mesra
Menadah kesyukuran
Yang Maha Esa

Detik sepuluh empat puluh lima
Teman-teman sibuk berdengkur
Semoga mimpi yang diidamkan
Termakbul hendaknya

dan.....
Detik sepuluh empat puluh lima
Sang rambulan redupkan pancarannya
buat seketika.

PENGKALAN GAWI



NAMAMU
TIDAK PERNAH KUIMPIKAN
MUNCUL TIBA-TIBA
DIKALA
MALAM KELAM
DIKAU MENJELMA,
TIDAK KUTAHU
PENGKALAN GAWI
BEGITU MENGGAMIT BAKAL KENANGANKU
YANG MEMAHAT SERIBU IMPIAN
SANG KEMBARA JALANAN

LIVE FROM TASIK KENYIR


JETI PENGKALAN GAWI

Saya bersama-sama dengan blogger Yob Dabai dan Blogger Gengjamlama menyertai konvoi bermotorsikal ke Tasik Kenyir.
Laporan bergambar dalam blog yob dabai dan blog gengjamlama
Tempat dan tapak perkhemahan ialah di PENGKALAN GAWI

Jumaat, 19 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....Gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....Gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....Gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga

Nukilan Jejari Azhad

Rabu, 17 Jun 2009

PELUK ISTERI 10 SAAT, BOLEH PANJANGKAN UMUR 5 TAHUN



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. “Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah Kamsah.

sumber email:
rp.com

Selasa, 16 Jun 2009

KUASA ALLAH



إِنَّمَآ أَمۡرُهُ ۥۤ إِذَآ أَرَادَ شَيۡـًٔا أَن يَقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.

IKLAN JAWATAN KOSONG







Saya dapat e-surat dari rakan email. Nak kongsi dengan semua. Semoga kita ingat kembali peranan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula
dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).

Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang- orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW:
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau
masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala, maka solat itu berkata kepada
malaikat:
dari arasku tidak ada jalan masuk.


Kemudian malaikat berpindah ke sebelah
kanan,

maka puasa berkata kepadanya:

dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikatberpindah ke sebelah
kiri,

maka zakat berkata kepadanya:

dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan:
di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu

malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki- laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah
kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat
insya’Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya”

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)! Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a’lam. Semoga kita bersama- sama berjaya dalam temuduga ini

TERIMA KASIH
psittacula aLexandri
bicara rasa sang bayan

Isnin, 15 Jun 2009

12 Azab Bagi Mereka Yang Meninggalkan Sembahyang

SILA BACA MESEJ INI JIKA ANDA SAYANGKAN KEHIDUPAN ANDA

Sayangilah keluarga,jiran,rakan,musuh, girlfriend, boyfriend dan seumpamanya. Katakan kepada mereka bahawa sembahyang itu wajib dan mati pasti akan menyusul.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
1. Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap
rezekinya.
2. Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
1. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah
meminum seluruh air laut.
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat
menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari
bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2. Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3. Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Itu sembahyang jemaah, Kalau sembahyang seorang diri pun tak buat!!!!
Wallahua'lam

Ahad, 14 Jun 2009

KISAH WASIAT MAK TEMAH

Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU,keadaan Mak Temah mula beransur stabil.Keesokan harinya beliau dipindahkan,ke wad biasa, tetapi peralatan
pernafasannya masih belum ditanggalkan.

Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya.

Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.

Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya .Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit.

Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau.Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah. Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu,Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas.

Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah. Tentunya Mak Temah mahu menulis
wasiat, getus fikirannya.

Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan
arwah Mak Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan,barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.

Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya.

Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut.

Anak sulong Mak Temah, Jamil mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.
"Tolong jangan pijak salur oksigen aku Tok Ketua. .....! "

Isnin, 8 Jun 2009

RENUNGAN UNTUK MANUSIA YANG MENGAGUNGKAN LOGIKA

Tidak semua perkara yang benar itu logik
Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:
OK: "Kenapa kamu wudhuk?
OM: "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK: " Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK: "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM: "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK: " Apa buktinya?
OM: Yuk ikut aku
OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.
OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.
OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan... .


Tidak semua perkara yang logik itu benar
Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)
OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa....
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa...
OK: Ah...tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak
OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK
Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM
Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR
Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.

Jumaat, 5 Jun 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W.




"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.





sumber dari : soezyari81@yahoo.com.my

Isnin, 1 Jun 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Sumber : Soezyari81@yahoo.com.my

DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi