Selasa, 2 Disember 2008

KENALI AKTIVITI SELEPAS SPM

Bila berakhirnya peperiksaan SPM ramai pelajar merasakan diri mereka bebas dari belenggu pembelajaran yang penuh dengan pelbagai peraturan. Tetapi ketahuilah wahai sekalian pelajar sebenarnya pembelajaran untuk hidup sebenarnya baru bermula. Anda baru sahaja melangkah keluar dari pembelajaran terkawal.Selepas ini banyak lagi rintangan yang perlu dihadapi.
Tahukah anda apakah aktiviti yang dapat diikuti selepas SPM?
Ramai yang ingin bekerja untuk mencari duit. BAGUS.
Tapi masa yang terluang selepas SPM tak mungkin akan berulang lagi.Waktu cuti panjang pertengahan remaja.
Mungkin ada yang sedang menunggu PLKN. Tetapi kalau yang masih tak tahu nak buat apa2 tu cuba2lah aktiviti berikut:
1) Carilah pusat2 Tahfiz Al-Quran atau Pusat2 Pendidikan Ilmu Agama. Bila anda sudah dewasa dah tak sempat dah nak belajar. Masa nie lah kena prepare kehidupan sebenar dihari tua. Sekurang2nya masa ni senang untuk mengingat dan menghafal. Tak mungkin boleh hafaz satu Quran. Kalau boleh Alhamdulillah. Tapi cukuplah sekadar satu Mukaddam, Zikir doa2 lepas sembahyang, doa2 tahlil dan arwah serta melancarkan bacaan Yaasin serta menghafalnya. Kalau boleh lancarkan sekali doa Yaasin.
BERSAMBUNG..................

31/12/2008

Ada yang cari kerja part time. Buat le keje apa yang patut asalkan tak ngabihkan beras kat umah sudah ler. Jangan malu dengan kerja part time. cari duit tambahan dan jangan lupa bagi kat mak ayah tu.Tau tak apa keje part time tu?
1) Stesen minyak
2) Pasaraya
3) Berniaga Pasar malam
4) tanam sayur ker

DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi