Ahad, 18 April 2010

PESTA PUN SELESAI

Pesta pun selesai
temasya berakhir
Rakanpun berpisah
Tetamu pun beredar
Lawan berbaik semula
Padang menjadi lengang
Yang johan meraikan kemenangan
Yang kalah menangis keseorangan

Kisah dibuka ditutup semula
Penonton lagi awal bersurai
Semua dah bersorak horeyy
Tak sempat hep-hep horey
Tak sempat bendera turun
Semua dah turun pentas
Juru acara melipat teks
Juru audio menarik kabel
Hakim menyimpan rekodnya
Pelepas melepaskan letihnya
Jurugambar menyimpan lensa
Juruteknik mengemas perkakas
Penjaga masa menutup jam randik
Penjaga lorong memulangkan bendera
Semuanya selesai

Yang belum selesai jua
"Post mortem' bukan untuk dipersenda
Persembahan anak-anak amat ceria
Dilain masa jangan dibawa
Mengadap antara teruna dan dara
Banyak cara boleh direka
Satu transformasi perlu ada
Agar terjadi suatu temasya
disalut hidayah dan pahala
Transformasi mungkin formasi satria
Membentuk satu objek replika
Membawa berbagai mafhum dan makna
Menjadi teladan pelbagai deria
Menjadi ingatan sang pengikut setia

Ini bukan satu menghinaan
Ini bukan satu keegoan
Ini bukan lagak keruan
Ini sekadar mimpi sang perasan
Agar majlis menjadi mapan
Agar sejahtera Madrasah kalian
Agar sentosa anak-anak watan
Agar kita tidak dipersoalkan
Kelak Mahsyar menjadi sasaran

Selasa, 6 April 2010

PAHIT MANIS BERKONVOI

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Asar telahpun hampir berlalu pergi.Senja sudah menampakkan dirinya digigi Pantai Senangin. Hembusan bayu laut semakin kuat, bagai berpesan kepadaku untuk mencoretkan sesuatu. Semuanya sudah berlalu. Sunyi sepi Pantai Senangin. Tiada lagi deruan Buggy, tiada lagi jeritan sang gadis mengejar lelayang dipantai. Tiada lagi suara merdu berkaraoke. Yang tinggal hanya aku dan pantai.





Konvoi bermotorsikal ke Teluk Senangin telahpun berlalu. Kenangan suka dan duka,jatuh, bangun dan terbabas berlaku samaada semasa persiapan, semasa di Teluk Senangin ataupun selepas aktiviti. Berbagai komen positif dan negatif yang diterima. Berbagai juga aktiviti yang dianjurkan oleh urusetia Majlis Pelajar Luar.
Semua mengukir senyuman kepuasan.Kalau ada yang mengatakan konvoi ini tidak berfaedah, mungkin beliau tidak menyertai konvoi tersebut, atau beliau menyertai konvoi tapi tidak melibatkan diri sepenuhnya dengan aktiviti yang disediakan. Pro dan kontra adalah lumrah dalam kehidupan kita.
Acara paling banyak mendapat sambutan ialah menaiki buggy di tepi pantai. Kalau buggy tu boleh menangis dan lama buggy tu kering air mata. Tak berenti buggy mengaum memecah kesunyian Pantai Senangin. Pengunjung lain tercengang kehairanan memerhatikan gelagat peserta konvoi yang menaiki buggy. Agaknya mesti mereka mengesyaki Pakya tokeh chalet tu menyediakan buggy untuk tunggangan pengunjung. Sebabnya ada yang bertanya kat aku berapa ringgit nak naik buggy tu dalam sejam.
Acara yang baru dan terserlah ialah menaikkan layang-layang gergasi. Terima kasihlah bebanyak kat Cikgu E. Dulu layang-layang ni terapung di awan JB, tahun nie awan Senangin pulak ditawannya. Walaupun pada peringkat awalnya angin bawah saja yang kuat, namun setelah dicuba beberapa kali Cikgu E berjaya menaikkan layang-layang tersebut.

Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK disebalik tabir yang turut menjayakan program ini. Kalau tiada mereka susah juga jadinya. AJK Makanan yang bertungkus lumus menyediakan juadah bermula dari petang Jumaat lagi sehinggalah membawa kepada pagi Sabtu dan seterusnya menghidangkan kepada peserta konvoi. Kredit A+ harus diberikan kepada AJK Makanan. Menu-menu yang dipersembahkan ialah Nasi Jagung, Ayam masak merah, kari daging, jelatah dan ikan bakar perasa tomyam. Petangnya peserta disajikan dengan cucur bawang. Sehingga pagi Isnin AJK makanan ini masih belum selesai menjalankan tigas-tugas mereka kerana masih banyak periuk belanga dan pinggan yang masih belum dibasuh.

Slot pilihan aku sepanjang konvoi tersebut ialah slot Ustaz K. Beliau begitu bersungguh-sungguh menerangkan tentang bagaimana hendak mengambil wuduk ketika sakit atau uzur dan ketika tiada air. Bermula dari berwudu' menggunakan air sehinggalah kepada tayammum. Lima bintang patut diberikan kepada Ustaz K.



Cuma yang aku perasan peserta konvoi nampak kurang berminat dengan slot ini. Satu cabaran kepada Majlis Pelajar Luar di masa akan datang. Sepatutnya semua sekali berduyun-duyun memenuhi dewan yang kelihatan lengang, tak kira tua, muda, kecik, besar, sakit, sihat. Tidak mengapa, ada alasan masing-masing. Tinggalkan segala urusan dunia dan bersama-sama kita menimba ilmu yang jarang kita dapat lihat secara praktikal secara langsung pulak tu.
Mungkin terdapat lubang-lubang kelemahan yang patut diperbaiki di masa akan datang. Itu biasa ler. Adat berprogram mesti ada kelemahan.
Tapi walau apapun syabas diucapkan kepada Majlis Pentadbir diketuai oleh Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hem, guru-guru kanan dan kaunselor yang menyertai program ini. Akhirnya satu tepukan gemuruh kepada orang-orang kuat Majlis Pelajar Luar. Tuan Haji Am, Cikgu Az dan Cikgu K serta AJK kecil yang lain yang tidak kurang juga pentingnya dalam program ini.
Ini betul-betul terakhir. Beberapa kata-kata pujangga aku utarakan untuk renungan kita bersama yang ada kaitannya dengan konvoi ini.
"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."
" Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi."

Sekian.... wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi