Ahad, 28 Jun 2009

DENGAR CAKAP ORANG SERBA TAK KENA

Fenomena yang berlaku disekeliling kita memang merimaskan kita untuk membuat keputusan. Cuba bayangkan sesuatu kerja yang kita lakukan dilihat oleh berpuluh-puluh mata dan didengar oleh beratus-ratus pasang telinga. Kalau ada empat pasang mata pun sudah cukup untuk membangkitkan pelbagai spekulasi.
Contohnya dalam satu mesyuarat sebulan yang lalu kita telah membahaskan tentang satu topik yang panas. Pelbagai isu dan pandangan telah diutarakan untuk mendapatkan satu keputusan yang memberangsangkan. Ketua kumpulan telah mengambil keputusan terbaik dengan mengambil pandangan pelbagai pihak dan dari pelbagai sudut yang positif. Ketua kumpulan itupun keluar dari tempat mesyuarat dengan berazam untuk melakukan sesuatu yang terbaik seperti apa yang telah diputuskan.
2 minggu selepas itu, satu mesyuarat diadakan untuk membentang apa yang telah dihasilkan olehnya. Malangnya masih ada yang tidak puas hati dengan keputusan yang dibuatnya. Masih ada lagi cakap-cakap belakang dan depan yang membantah tindakan beliau. Beliau keluar dari bilik mesyuarat dengan hampa tapi masih berazam untuk membetulkan cadangan tersebut.
Begitulah seterusnya sehingga dua dan tiga kali masih belum selesai kerana ketua kumpulan ini terlalu mendengar cakap dan pendapat ramai tanpa mengambil satu keputusan yang munasabah dan bersadarkan akal yang waras.
Keputusan yang kita buat mestilah berdasarkan kepada kematangan kita berfikir dengan bersandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.

Apa yang cuba diutarakan ini bukanlah omong kosong tapi berlaku kepada kita sendiri, tidak kira di mana kita berada. Sebenarnya keadaan serba tak kena ini telah berlaku kepada Luqman Al-Hakim, anak dan keldainya.

Pada suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor Keldai, manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di pinggir jalan pun berkata,

"Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedap-sedap duduk menaiki Keldainya sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai maka Luqman pun turun dari Keldainya itu lalu diletakkan anaknya di atas Keldai itu dan kembali berjalan. Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu berkata pula,

"Sungguh biadap budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki Keldai itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang Keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi,

"Lihat dua orang itu menunggang seekor Keldai, alangkah siksanya Keldai itu membawa beban yang berganda."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari Keldai itu dan menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

"Ada Keldai tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya!"

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Tiada ulasan:

DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi