Jumaat, 31 Julai 2009

KEBAHAGIAAN DAN KEHILANGAN

Sebelum aku meneruskan penulisan ini, elok benar kiranya satu soalan perlu diajukan kepada pembaca budiman:

Pernahkah anda merasa begitu sedih, marah ,kecewa yang teramat sangat, sebak, sunyi dan berbagai-bagai sifat negatif berlaku pada masa itu????

Jawapannya mesti pelbagai. Ada yang pernah, tidak pernah, tak berapa kecewa, agak sedih, frust tu ada ler, dan berbagai-bagai andaian serta tafsiran dibuat bergantung kepada pengalaman masing-masing.

Beginilah, bayangkan sejenak kebahagiaan sekarang (5 minit)
Sekarang anda begitu bahagia bersama-sama orang-orang yang tersayang disekeliling kita. Kalau jauh sekalipun kita mampu untuk bertanya khabar, bergelak ketawa atau sekurang-kurangnya mengirim sms. Kehidupan kita seharian diatur dengan sempurna. Datang kerja dengan gembira. Mendapat peluk cium dari orang-orang tersayang. Anak-anak,isteri, suami, ibu, ayah atau sesiapa sahaja yang berdamping dengan kita. Cukup bulan kita mendapat gaji. Sekali sekala keluar makan, shopping, bercuti dan balik kampung. Keluar bersama kawan-kawan sepejabat, kawan-kawan lama. Mungkin setahun sekali kita terserempak dengan kawan-kawan sekolej. Berbincang tentang reunion, kisah lama dan bertanya kawan-kawan lain. Dah kawin ke belum. Anak dah berapa?. Kemudian kita pun bergelak ketawa,gembira ria, suka hati, riang selalu. Kemudian, bagi yang mempunyai anak-anak, mereka membesar dihadapan kita, kerenah mereka dilayan dengan senyuman dan gelak ketawa. Kalau ada rezeki mungkin naik pangkat. Saban tahun mungkin gaji naik. Segala-galanya diatur dengan baik sekali. Cuma mungkin sekali-sekala kita diuji dengan sedikit kesusahan. Anak sakit, duit tak berapa cukup. Kaki terseliuh dan berbagai-bagai lagi rintangan serta musibah kecil.
Ohhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

Sebenarnya aku berpesan kepada diriku dan pembaca yang budiman bahawa semua kebahagiaan itu bukan milik kita.
Setiap manusia mempunyai rasa cinta kepada dunia dan apa yang disangka sebagai miliknya. Sayang dan ingin terus memilikinya tanpa mahu merasai kehilangan apa yang disayanginya.Kerana sikap cinta dunia inilah manusia takut mati apabila dunia terlalu dekat dan mencengkam kehidupannya yang sangat bergantung kepada dunia.Orang yang merasa bahagia dengan dunia dan merasa cinta kepada apa yang ada di dalamnya seperti manusia, harta, kedudukan, milikkan dan keindahannya akan sangat membenci dan memusuhi akhirat yang akan memusnahkan kesemuanya.

Aku diuji dengan kehilangan keseluruhan blog aku. Pada malam minggu yang lepas(25 Julai 2009), kesemua kerangka tambahan dalam blog aku yang dibina setahun yang lalu, hilang kesemuanya. Sehari termenung. Bermacam-macam keluhan yang timbul. Jumlah pengunjung dah reset, Penulisan hilang,kod html hilang dan semuanya hilang. Yang tinggal kerangka asal sahaja. Tetapi bila aku fikirkan, setiap perkara yang terjadi mesti ada sebab dan musababnya. Mesti ujian kecil ini datangnya dari Allah. Perlahan-lahan aku mencari kembali kehilangan tersebut dengan sabar serta diiringi dengan doa yang tidak putus-putus kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah mungkin sedikit kegembiraan akan kembali. Mungkin sifat manusia memang tidak suka kepada kesedihan.
Itu baru kehilangan yang kecil. Bayangkan kehilangan yang besar berlaku dalam hidup kita. Mungkin kita boleh bayangkan beberapa kehilangan yang telah dan akan berlaku pada kita. Rata-rata kita tidak sanggup menanggung derita hasil dari kehilangan yang amat dasyat itu.

Kerana itulah manusia menangis kerana kematian orang yang disayanginya.
Kerana itulah manusia sedih apabila kehilangan harta yang dikumpulkannya.
Kerana itulah manusia bersifat bakhil dan kedekut kerana terlalu sayangkan apa yang dimilikinya.
Kerana itulah mengapa tidak ramai manusia yang sanggup untuk menjadi seorang muslim dan muslimah yang terpaksa mengorbankan seluruh dunia dan segala isinya untuk diserahkan kepada Allah swt

Sebab kita merasakan itu semuanya milik kita. Salah pembaca sekalian. Semuanya itu bukan milik kita.
Semuanya milik Allah.
Anak-anak yang comel milik Allah,
Isteri yang cantik milik Allah,
Suami yang tampan milik Allah,
Ayah yang peramah milik Allah,
Ibu yang penyayang milik Allah,
Kawan yang sejati milik Allah,
Kucing yang gebu milik Allah,
Pokok yang rendang milik Allah,
Semua yang kita sayang milik Allah,
Semuanya milik Allah!

Kita hanyalah seorang hamba. Layaknya seorang hamba hanyalah taat kepada tuannya sahaja.
Bersedialah kita dengan kehilangan yang lebih besar dalam diri kita. Semoga dengan cabaran yang kita terima akan menginsafkan dan membuatkan kita sentiasa muhasabah diri kita pada setiap masa.

Selasa, 28 Julai 2009

RINTIHAN SEORANG PENAGIH DADAH(EDISI PATANI)


SESIAPA YANG FAHAM BAHASA PATANI TOLONG TEGUR MANA PATUT


Mak, Aku nak tubik
Mak, Disember ni hujan yang berderahong
Mengukir seribu mimpi hat di malam
Aku rindu pada pacat dan lintah
Aku rindu pada ulat belucas dan woh getah
Aku ingin berjeluas dengan selut yang kotor
Aku ingin main chor

Biarlah ada yang mengayap mencari saing untuk berderap
Biar aku yang perambat
Biarlah ada yang mengako’
Mencari ubi Turhak
Biar aku yang timbok mak
Mak, aku nak tubik
Aku nak balik
Aku tahu mak belibi beghong marah
Sebab aku takmoh sekulah
Aku nak cuba cari diri aku
Sapadia aku sebenornya
Aku blajo jadi kubo jenuo
Dok suka stabok
Bila aku tengok TB
Saing rhudong adalah HIV

Mak, Aku serik dah
Duduk dalam rumah batu, pitu besi
Maghilah mak, ambik aku wat laghi
Jualla lembu kerbo tu
Maghi tebuh aku nie
Wat tubik aku makkkk
Mak, aku nak balik
Aku nak tubik
Nak sujud,nak cium tanganmu mak
Aku teringin nak tumbuk peng
Aku teringin nak wah pa’ah
Aku nak sedekah fatihah kubur ayah
Amiklah aku wat tubik mak
Aku kenal dah sepedia aku sebenornya mak
Aku kenal dah sepedie kawan sepedie lawan
Mak, aku kenal dah tikor sejadah
Aku kenal dah hok mana pekdoh hok mano bejadoh
Aku dakmboh isap dadah doh ghikuk, aku takmboh dah
Aku gugurkan segala rinduku pada kapung laman
Pada hume,pada baroh, pada burung
Biorlah aku duduk dalam gok ayam
Aku takmboh duduk dalam gok orang
Mak, kalau aku mati hadiahlah kat ku fatihah


Isnin, 27 Julai 2009

DONGENG 10 CIKGU CEMERLANG

Pernah tak anda semua mendengar cerita 10 budak hitam?. Cerita 10 budak hitam ini mempunyai pengajarannya yang tersendiri. Janganlah komuniti kita menjadi seperti 10 budak hitam yang berkesudahan dengan mati kesemuanya. Yang pergi tetap pergi, yang ada mestilah meneruskan perjuangan yang masih begitu banyak berbaki. Biarlah aku ubah cerita 10 budak hitam menjadi 10 cikgu cemerlang.Cerita ini aku reka sahaja, kalau terkena tu minta maaf ler.

10 cikgu cemerlang, ngajor bermati-matian,
Satu sambung belajo, tinggal lagi sembilan.
9 cikgu cemerlang, ngajor pegang rotan,
Satu masuk paper, tinggal lagi lapan.
8 cikgu cemerlang, ngajor sampai berpeluh,
Satu demam panas, tinggal lagi tujuh.
7 cikgu cemerlang, ngajor kelas malam,
Satu kena usik, tinggal lagi enam.
6 cikgu cemerlang, masuk makmal kimia,
Satu kena asid, tinggal lagi lima.
5 cikgu cemerlang, jemur budak datang lambat,
Satu kena panggil JPN, tinggal lagi empat.
4 cikgu cemerlang, sembang tepi pondok jaga,
Satu kena tangkap boss, tinggal lagi tiga.
3 cikgu cemerlang, buat ekspidisi masuk gua,
Satu kena sawan , tinggal lagi dua.
2 Cikgu cemerlang, rajin ngajor hari minggu,
Satu pegi Lam Looking, tinggal lagi satu.
1 cikgu cemerlang, cukup cekal hati,
Hari-hari ngajor budak, memang sudah sebati.

Walaupun guru-guru cemerlang terus meninggalkan kita namun segala sumbangan dan jasa mereka tetap dikenang. Mungkin jalan yang telah mereka rintis sebelum ini memudahkan perjalanan kita untuk mencapai kejayaan.Semoga cikgu cemerlang yang memang ada seorang ajer pun akan menghasilkan guru-guru cemerlang sehingga menjadi sepuluh. INSYAALLAH.

Ahad, 26 Julai 2009

TAFSIRAN TENTANG BANTAL

Sejauh mana kesahihannya bergantung kepada individu masing-masing. Aku bukan baca dari mana-mana buku atau cari dalam enjin carian tapi hasil dari sembang-sembang, gebang-gebang, labon-labon dan ayat mengayat di antara kami rakan-rakan bloggers dan rakan atas talian pilihanku di luar komuniti. Kalau ada yang jumpa sumbernya tahniah diucapkan. Inilah hasil dan dapatan serta kesimpulannya mengenai bantal.

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orangramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal
Sian betul mereka nih... pegi kedai belilah satu...bknnya mahal sgt pon...Kalau agak takdak duit sgt pegi kejer kat kampung yobdabai. Untung-untung dapat bantal free.
Aku dah dapat bantal karipap sebijik. Cukup ler.

Khamis, 23 Julai 2009

SELOKA HATI LEGA

Tersebutlah kisah cerita bergema
Buat renungan kita bersama
Siapkan Fail memang utama
Dari praktikal ikut cara lama

Bayangkan tuan, bayang saudara
Bukannya empat dan bukannya dua
Tetapi ini empat puluh dua
Tak tido malam memikirkannya

Pelbagai kerenah pelbagai sandiwara
Bukannya mudah hendak berbicara
Buatnya tak datang luluhlah jiwa
Bukan senang nak undur semula

Hari hari dipujuk dipelawa
Masuklah bengkel buatlah kerja
Siapkan fail buat lawa-lawa
Dari berceloteh cerita dijaja

Berkali-kali dipesan dicerita
Di hujung Julai kita diperiksa
Tapi berubah tiadalah ketara
Gebang-gebang tak habis cerita

Berkat sabar dirimu semua
Serta doa seluruh sang warga
Satu kelas bereslah segala
barulah boleh bernafas lega

Dirimu lincah berbaloi jua
Akhirnya siap empat puluh dua
Tepat jam sebelas tiga puluh dua
Semuanya diberes disemak jua

Sekarang baru boleh berpesta
Berlunjur kaki memejamkan mata
Semua kerenah dicatat diwarta
Untuk tatapan ketua pendita

Selasa, 21 Julai 2009

TAKDIRMU SEORANG PENGASUH

Bingkasmu sebelum ayam berkokok
Dalam doamu di subuh syafii
Anak dirumah masih merengkok
Anak dimadrasah ditadah suci
Ilmu dibawa ditambah ditokok
Itulah takdir pengasuh azali

Sebelum dhuha dikau datang
Disambut tabik tuan Pengawal
Kembang hidungmu disahut ditatang
Saban hari ditabik dikawal
Menuju ke kantor ilmu dibentang
Mengetip kad haruslah awal

Sensara pengasuh siapa simpati
Doa pengasuh siapa aminkan
Tegur pengasuh siapa perhati
Dendang pengasuh siapa sahutkan
Lagu pengasuh siapa amati
Takdir pengasuh siapa tentukan

Pengasuh selalu bercerita benar
Pergilah kamu masuk ke syurga
Tapi ingatlah sebelum bersinar
Hendaklah kamu berjaga-jaga
Anak-anakmu mestilah juga benar
Orang tuamu mesti ke syurga
Jiran tetanggamu mesti juga benar
Rakan sekantormu mesti ke syurga
Teman gelumangmu mesti juga benar
Semuanya itu mesti ke syurga

Setelah letih pengasuh bercerita
Pengasuh berehat dianjung madrasah
Labon-labon bersama pendita
Mencari modal melepaskan lelah
Moga petangnya sejahteralah kita
Menguap tersengguk derita diredah

Ceritera pengasuh mendayu-dayu
Dari dhuha ke asar tinggi
Takdir pengasuh tak perlu dirayu
Bukan itu hasrat dihati
Hanya sekadar diucap diseru
Terima kasih daun keladi

Jumaat, 17 Julai 2009

BERLALUNYA SEORANG PRIMADONA

Telah berlalu suatu kenangan
Kisah primadona punya penangan
Begitu ramai pria terkenan
Marak asmara tercipta bidalan
Sekian lama bersama khayalan
Terpisah jua sebuah perjalanan

Masih terhidang canda berbisa
Riang dulunya kini terasa
Riuh dulunya dikenang sentiasa
Lenggok dulunya diajuk didansa
Ramah dulunya dicari dibahasa
Pincang dulunya diubah sang wangsa
Buat tatapan seluruh warga

Sunyi terasa gelanggang semesta
Persis pantai sesudah pesta
Persis sawah ditumbuhi benta
persis perahu tercabut senta
persis tiada berdentum genta

Pergilah engkau tinggalkan kami
Tinggallah engkau puspita hati
Sepi sendiri berhari-hari
Usah dikenang usah dicari
Kerna yang pergi tetap dipuji
Itulah resam insan sejati
Akan dikenang sesudah pergi

Siapakah dikau wahai primadona??

Khamis, 16 Julai 2009

GANGGUAN SYAITAN BERBAGAI

Seorang lelaki (a) bangun pagi2 utk solat subuh di masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid . Di tengah jalan menuju masjid , lelaki (a) tersebut terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kerumah. Di rumah, dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama ! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumah. Dirumah, dia, sekali lagi , berganti baju , berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju ke masjid , dia bertemu seorang lelaki (b) yg memegang lampu . Dia berkenalan dengan lelaki (b), dan lelaki (b) itu menjawab " Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju ke masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.' Lelaki (a) mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , lelaki(a) bertanya kepada lelaki (b) yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Lelaki (b) menolak. Lelaki (a) mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawabannya yang sama. Lelaki(a) bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. Lelaki (b) menjawab


Aku adalah Syaitan (devil/ evil)

Lelaki(a) itu terkejut dgn jawaban lelaki (b). Syaitan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid ,

Allah memaafkan semua dosa2mu .


Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal dirumah saja, kamu tetap memutuskan kembali masjid . Karena hal itu,

Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu .

Saya KHUATIR jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu , jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat..'

Jadi, jangan pernah biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapatkan dari segala kesulitan yg kamu lalui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

HEBATNYA LELAKI (A): Kalau manusia kebanyakan macam kita bukan berjalan ke masjid, malah syaitan tunggu sahaja kat tepi katil. Bila kita celik saja mata, Syaitan akan hembuskan mata kita supaya kita tidur kembali.

sumber rakan cyber
ad_in77

Rabu, 15 Julai 2009

BUKAN SEHARI TAPI HARI-HARI

Paginya
Bibir muncung
Jelingan endah tak endah
Perjalanan mendabik dada
Pertuturan langsung tak keluar
Tanya lima jawabnya tiga
Tanya tiga
dijawabnya satu
tanya satu langsung tak jawab
Semalampun sama
Mungkin itu acuannya

Lewat pagi
Muncungnya sikit reda
Sudah berani menjeling
Dadanya tidak lagi berombak
Ditanya lima jawabnya lima
Ditanya tiga jawabnya tiga
ditanya satu jawabnya satu
Hari ini sama juga
Agaknya itulah acuannya

Awal petang
Tiada muncung
Jelingan manja sudah terukir
Senyumannya sudah terbentuk
Ditanya lima jawabnya sepuluh
Entahkan kita ditanyanya balik
Esokpun benda yang sama
Sepatutnya inilah acuannya

Apalah nasibnya lusa?
Entahkan muncung entahkan tidak
Kalau bermuncung sekalipun
Muncungnya panjang ke pendek???
Tiada siapa berani mencebik
Kapan bilapun sama
Masihkah kita mencari acuan baru??

Siapakah gerangan tuan?

bubita140709

Selasa, 14 Julai 2009

PANTUN HATI GIRANG

Bukan membajak tanah sebidang
Kerna ku sangka tanah belukar
Lalu bertenang sipohon sena
Hati mana tidaklah girang
Mengenang nasibmu sudah terlakar
Di dalam resah tiada terkena

Bukan membajak tanah di lata
Airnya dingin terasa nyaman
Lalu berendam di kaki bukit
Hati mana tidaklah suka
Untung budi menjadi taruhan
Tiada mengenang barang sedikit

Bukan membajak tanah dibukit
Bunyi berdentum pohon dibaji
Jatuh berderai kelopak bunga
Hati mana tidak berdetik
Jangan dipujuk jangan dipuji
Di dalam cacian tiada terkena

Bukan membajak ditanah keras
Bergegar cangkul bumi tak rata
Lama berderap baru sekeping
Hati mana yang tidak puas
Jika apa yang hendak dikata
Sudah terucap disubuh hening



(minta maaf ler kpd pakar2 Bahasa
sebab pantun merapu ni tapi InsyaaAllah
ada maksud tersirat di dalam komuniti kita)

Isnin, 13 Julai 2009

KALAU KITA DENGAR CAKAP ORANG!!!!!!!!!

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Di sini sekali lagi nasihat Lukman Al-hakim kepada anaknya diutarakan kepada pembaca iaitu:

Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."


terima kasih rakan cyber (ad_in77)

Ahad, 12 Julai 2009

BERHENTI MENYALAHKAN ORANG LAIN

Sebenarnya sikap anak-anak (sesiapa sekalipun) kita yang suka berbalas pantun, maksud saya saling menyalahkan di antara satu sama lain. Contohnya, Kita datang pagi masuk kelas, Kita dapati kelas kita kotor, jadi dengan perasaan bersemangat dan bersungguh-sungguh kita menyalahkan pelajar asrama. Tengok ler cikgu penat kami bersihkan kelas semalam, hari ni dah kotor balik. Tengok le habis kami punya papan kenyataan, habis jadual kami.
Di waktu malam sewaktu prep malam, Pelajar asrama mengadu kat warden bertugas “ Tengok ler cikgu, tengok ler ustaz, kami masuk kelas saja dah kotor, takkan kami nak bersihkan tiap-tiap hari.bukan kami yang bersalah. Itupun lepas prep kami dah sapu sampah. Lebih bersih dari sebelum kami masuk tadi.
Jadilah anak-anak semua seperti cerita “bangau oh bangau”

Oh murid-oh murid mengapa kelas kamu kotor
Macamana kelas tak kotor
Budak Prep yang tak kemas balik
Oh budak prep mengapa kamu tak kemas balik
Macamana kami nak kemas
Budak kelas yang bagi kotor

Pengajaran dari cerita bangau oh bangau (Cerita ni ada ringkasannya)
"Macam mana saya nak sapu sampah cikgu, kalau hari-hari saya jer?", keluh seorang pelajar.
"Saya faham Insya Allah, tentang apa yang cikgu cakap. Tapi kawan saya yang masalahnya.
"Kalau ketua dah tak buat kerja macamana anak buah nak buat kerja. Cikgu pun jarang komen.
"Saya rasa puas hati betul dengan huraian Cikgu. Kami faham Insya Allah. Alangkah baiknya kalau budak asrama faham benda-benda ini. Sebab mereka yang nak buat kotor nie",
Itulah nada-nada biasa yang kita dengar.

Semua orang meletakkan syarat perubahan pada orang lain. Pada seseorang dan sesuatu yang dia tidak boleh ubah.

Walaupun kita sebagai pelajar,cikgu ke, pelajar asrama ke, pekerja kebersihan, dan sebagai apa sekalipun….apa yang penting!!!!!!

"Kita hanya mampu menarik kuda ke sungai, tetapi minum atau tidak, tiada siapa yang boleh memaksanya".

Tetapi, itulah yang kita suka harapkan. Harapkan orang berubah supaya kita berubah.
Susahlah begini.
Ini falsafah bangau. Sentiasa menyalahkan pihak lain.

BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
Perut oh perut, kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.
Hujan oh hujan, mengapa engkau turun?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.
Katak oh katak kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

Ya, mujurlah ular berhenti menyalahkan orang lain. Jika ular masih mencari alasan, mungkin nama kita pun akan ada dalam lagu ini..
Lihat, apabila ular mula mengambil tanggungjawab terhadap AKU iaitu dirinya sendiri, selesai isu menyalahkan dan mengharapkan orang lain.
Ya, masalah boleh menampakkan penyelesaian apabila anda akan mula bercakap tentang AKU, iaitu diri anda, diri saya, diri masing-masing.

Sabtu, 11 Julai 2009

HARGA REMAJA

Berapakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih dari gelora kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja
Bagai kehijauan pohon di perjalanan
Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu adakah cuka
Kesangsian dari cinta murah atau madu
Ajaran dari ilmu susah

Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian
Harga remaja pendirian keberanian...

Jumaat, 10 Julai 2009

I'M SORRY

Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau...
suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall
.Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too

"Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five "

Pelancong : Why so many sorry?? are you sick???

Gadis itu lagi pening sambil menjawab

Gadis : I'm sorry seven.................................

habis idea..........

MOTORSIKAL, CHOKI-CHOKI DAN LAGU NEGARAKU

Bila motor berlabuh
Chor menjerit damai
Berhenti motor.....
Tolak motor..........
Cakap Bahasa Melayu pun tak dengar ke
Saya nak cakap bahasa apa lagi
Ada yang patuh
Ada yang Sinis
Ada yang bantah
Ada yang marah
Apa nak jadi dengan anak-anak kita

Ke hulu madrasah
Kulihat sebisan Choki-choki
Ke Hilir madrasah
Ku lihat plastik Choki-choki
Dalam kotak peti luahan rasa
Kulihat lagi cebisan choki-choki
Berjalan lagi di dataran
Belum sempat kutunduk
Kulihat lagi........
Seluruh Warga ..........
choki-choki.................
Kutanya, kurisik, kuperah minda ini
Wahai anak-anakku
Mengapa begitu jiwamu?
Dengan siapa kamu marahkan???
Marah sajalah
Jangan kau buangkan Choki-choki itu
Apa dah jadi dengan anak-anak kita???

Negaraku berkumandang
Seorang anakku berjalan jua
Berhenti...!!!
Jeritan seorang pendidik
Negara siapakah ini????
Negara saya.... Jawabnya selamba.....
Lagu negeri ......
Lagu Sekolah.....
Dia hormat dan akur
tapi sebentar cuma
Habis nyanyi dia kembali berjalan
Apa dah jadi dengan anak-anak kita?????

Khamis, 9 Julai 2009

SYUKUR KASIH TAK SUDAH




Rindu tak dendam
Kasih tak hilang
Tangis tak sahut
Gusar tak sebak
Resah tak sudah
Hati tak gundah
Jiwa tak lara

Saban mengecap kadamaian abadi
Jenuh mengutip pahala hakiki
Pulun menadah limpahan rezeki
Syukur kurniaanMu wahai Ilahi

Gusarmu bukan untuk disapa
Jiwamu bukan untuk dilepa
Rindumu bukan untuk dipaksa
Hatimu bukan untuk diluka
Kasihmu bukan untuk didusta
Tangismu bukan untuk dinista

tapi........
Gusarnya jiwa rindu dihati
Kasih bertaut dalam tangismu

Rabu, 8 Julai 2009

JANGAN PERCAYA SUARA DALAM TELEFON

Kisahnya sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . .

""Hello?""Abang, nie sayang nie,""
Emmm... ""Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu.
Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .
Sambil mengangkat tangan dan memegang handphone tu serta bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Selasa, 7 Julai 2009

SATU SOALAN EMPAT JAWAPAN

Kisah Temuduga Satu Soalan
> Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata,
"Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"
> > Soalannya adalah:
"Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",
> tanya CEO tersebut. >
> Calon pertama berkata, "FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari" "Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.
> > "Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.
> > "KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.
> > "Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.
> "Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.
> > "Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.
> "Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"
> > CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

> > "Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT" , jawab calon keempat dengan yakin sekali.
> > "Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
> > "Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ......"

> > Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ......... .
hehehehehhe. ......... ......... ......... .

Isnin, 6 Julai 2009

DI SINI BERMULANYA HAKIKAT


(Di sini bermulanya kehidupan baru, Alhamdulillah)


Di sinilah bermulanya
Di sinilah bermulanya suatu ceritera
Di sinilah bermulanya suatu kehidupan
Di sinilah bermulanya suatu rentetan peristiwa
Di sinilah bermulanya suatu pengembaraan hidup
Di situlah adanya keberkatan dan kesenangan
Di situlah adanya keberkatan kebahagiaan
Di situlah adanya keberkatan insan
Di situlah adanya keberkatan
Di situlah adanya

Itulah hakikatnya
Itulah hakikatnya kehidupan
Itulah hakikatnya sebuah kehidupan
Itulah hakikatnya realiti sebuah kehidupan
Itulah hakikatnya realiti sebuah kehidupan dunia
Inilah adanya hak Yang Melengkapi Segala Kebesaran-Nya
Inilah adanya hak Yang Maha Kuat
Inilah adanya hak Al-Mutakabbir
Inilah adanya hak Al-Jabbar
Inilah adanya hak

Amin

Sabtu, 4 Julai 2009

Allah menolak 1 Doa dari 3 Doa Rasulullah s.a.w

(ilutrasi samata-semata, tiada kaitan antara cerita dengan gambar)

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

Pertama
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Kedua
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Ketiga
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

HARGA SEBUAH PERSAHABATAN






Khamis, 2 Julai 2009

KITA BUKAN TAHU


Kita tak tahu berkata-kata
Nanti takut melata-lata
Kita tak tahu hendak berpantun
Nanti takut diri melantun
Kita tak tahu mencipta sajak
Nanti takut bahasa terlajak
Kita tak tahu hendak bergurindam
Nanti takut kena godam
Kita tak tahu hendak memerintah
Nanti takut kena perintah

Ilmu kita sedikit sahaja
Jangan cuba membawa jaja
Daulat kita sedikit sahaja
Jangan cuba menjadi raja
Kasih kita sedikit sahaja
Jangan cuba mencari cinta
Damai kita sedikit sahaja
Jangan cuba mencari lara

Langkah kita jangan longlai
Kisah kita jangan terurai
Madah kita jangan mengilai
Sergah kita jangan bersepai
Maruah kita jangan tergadai

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN 6 PERSIMPANGAN


(Ilutrasi sahaja, tiada kaitan dengan cerita)

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi