Sabtu, 15 Mei 2021

SYAIR CERITA SILAM

Pak bakit pagi gi guting gambir,

Khelik gi menyasa di bukit sebelah,

Belah ptg gi bendang weng,

Hidup kita umpama roda kincir,

Sat dok di atas sat dok di bawah,

Hanya tawakkal dan doa jadi pengiring.

Mak pulak gi kutik kopi,

Lepas tu gi cari kayu api,

Khelik umah sedia makan tengah hari,

Tawakkal dan doa jadi penyeri,

Hidup yg singkat perlu siisi,

Sebanyak mungkin amal dicari.

 

Jemur kopi di depan telaga,

Berhari2 katup dan buka,

Sampai berkulat dan berjelaga,

Semua dilanggar semasa remaja,

Dosa dan pahala hampir tiada beza,

Solat Taubatlah moga diterima Azzawajalla.

 

Bakit pagi jelang kaki gi sekolah,

Nak main ipoh2 dgn kawan sedarjah,

Khelik umah kasut puteh jadi merah,

Hidup di dunia rapatkan usrah,

Antara keluarga jgn terputus sudah,

Meraih keampunan dan juga maghfirah.

 

Kenangan 1976 - 1981

Jumaat, 28 Ogos 2020

Sentuhan Sayu Disebuah Hati

Assalamualaikum dan selamat malam,

Sudah lama aku tak masuk dalam kancah blogspot nie. Sampai paparan pun sudah berubah.
Dalam era tahun 2000 dulu memang inilah tempat yang paling popular untuk menyimpan khazanah memori yang terlintas di benak hati.

Sekarang zaman dah berubah. Cara pun dah berubah. Dah tua2 nie idea pun dah berkarat.
Nak hafal satu ayat Quran pun berminggu2. 

Skrg dah masuk era baharu, norma baharu, semuanya baharu.

KITA JAGA KITA

SEMUA PERLU DIJAGA

JAGAPUN PERLUDIJAGA

Sabtu, 19 April 2014

BERESKAN KERJA DUNIA DAN ISTIQAMAH KERJA AKHIRAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak akhir-akhir ni banyak perkara yang berkaitan dengan kehidupan dunia yang perlu diselesaikan setiap hari. Ada kalanya perlu disiapkan 3 perkara serentak. Perkara yang sudah menjangkau setahun pun belum selesai. Macam-macam dugaan diterima. Pokoknya atau asasnya adalah cikgu, tapi jiran-jiran pun pelik tengok. Tak pernah ada di rumah. Kalau adapun pergi awal pagi dan balik lewat petang. Bila ditanya susah untuk diterangkan kerana kerja yang berselirat di antara tugasan rasmi, tak rasmi, tanggungjawab sosial, hobi dan juga kesukarelaan.

Isnin, 17 Disember 2012

DULU, SEKARANG ....SAMA SAHAJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dah lama aku tak menulis dalam bolg aku nie. Kalau tak masuk copy and paste rasanya dah nak masuk setahun lebih2 sikit kot. Tapi malam nie aku melawat blog kengkawan yang lain, yang dulunya aktif menulis turut menyepi seperti aku. Ada yang dh hampir 3 tahun tak berubah “main” topiknya. Tapi bila aku terbuka satu blog satu kawan aku nie , rasa terpanggil untuk menulis. Rajin betul dia menulis. Seronok pulak aku baca. Inilah salah satu cara untuk bercakap pada zaman yang serba canggih ini. Teringat aku dengan pesanan seorang pensyarah aku,
 (aku sekarang dh jadi student balik)

Selasa, 28 Ogos 2012

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah


1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu)
  
2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

Khamis, 2 Ogos 2012

Ilmu Imam dan Makmum

DALAM kitab Durratun Nasihin, Rasulullah SAW menerusi hadisnya menjelaskan mengenai manfaat sembahyang berjemaah.
Melalui hadis itu Rasullullah bersabda yang bermaksud :
"Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah).

Khamis, 8 Disember 2011

KEUTAMAAN SOLAT JEMAAH

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”
(HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )

Isnin, 25 April 2011

KEKECOHAN DEMI KEPUASAN

Bila sang Sapurba memukul canang
Negeri Antah berantah akan bersidang
Bersiap siaga segala sang bentara
Mentelaah hujah yang bakal dipersembahkan
Mentafsir sorat idaran sang Sapurba
Menyingkap kisah-kisah sidang terdahulu
Menggarap secangkir harapan Raja antah berantah.

Bila sang Sapurba memulakan sidang
Raja Antah Berantah memula langkah
Semasa sang bentara melontar hujah
Ada bendahara menghentak lantai
Ada Panglima menyisip keris
Ada Penghulu Bendahari melempar cupak
Ada Syahbandar menggeggam penumbuk
Ada hulubalang menyilang tombak
Tanda Guruh tiada berpetir
Tanda petir tak jadi hujan
Tanda hujan tak jadi lebat
Semua dirasa bagai bermimpi

Bila sang Sapurba berbicara hujah
Memanda menteri semua dikerah
Gusar Panglima berpaling arah
Datuk nikah kahwin turut dipapah
Segala doa dijampi serapah
Tangan diangkat diamin ditadah
Memohon Yang Esa di sorot sudah
Hanya menunggu KEBERKATAN ALLAH....

Khamis, 21 April 2011

15 AZAB ALLAH YANG MENUNGGU BAGI ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG FARDHU


Dari Abi Hurairah, dari Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang melalaikan akan solat akan menerima 15 balasan dari Allah. 6 balasan semasa hidup, 3 semasa saat kematian,3 didalam kubur dan 3 semasa keluar dari kubur (hari akhirat). Bagi 6 balasan semasa hidup :

6 AZAB DI DUNIA (KETIKA HIDUP)
1. Allah menghapuskan tanda-tanda orang yang soleh dari wajahnya
2. Allah akan menyempitkan rezekinya
3. Allah akan mengurangkan keberkatan atas umurnya
4. Segala amal kebajikan yang dilakukannya tidak akan dikurniakan pahala
5. Doanya tidak akan dimakbulkan
6. Tiada doa dari para solehin untuknya

Rabu, 29 September 2010

ANAK DIDIKKU

Anakku
Kiranya kau sangka tutur kami suatu dusta
Buktikan pada kami dustanya
Cananglah pada semua warga
Pendustaan telah berlaku
Kiranya benar ada insan berdusta
Carilah pendusta itu
Pergilah dikau anakku
Carilah kebenaran di tanah lain


Tapi
Sebenarnya anakku
Demi nusa dan bangsa
Tiada dusta antara kita
Tiada terlintas walau sekelumit tutur
Tiada terlontar kata-kata nista
Tiada dipukul sianak nakal itu
Tiada disebat sikutu jalan itu
Walau segunung dusta yang aku diterima
Walau lautan nista yang aku terima
Walau sianak nakal memukul aku
Walau sikutu itulah yang menyebat aku
Kerna
Suatu skrip telah dibina
Buat seorang pendidik seperti kami.
Sekeping peta sudah dilakar
Buat pedoman suatu kembara ilmu
Suatu jambatan sudah dibina
Meniti suratan realiti pendidik
Sebuah bahtera sudah tersedia
Menanti bantuan sang pencinta ilmu

Selasa, 28 September 2010

PENAWAR RENCAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di dalam hidup kita
kekadang kita TERTAWA
Sekali sekala kita SENYUM
Semuanya dek kerana HATI
Andai kita MARAH
Carilah apa yang BANYAK
Carilah apa yang SEDIKIT
Fahamilah apa yang perlu DIKURANGI
Apa yang perlu DIPERBANYAK...........

TERTAWA...
Sekali tertawa pusing kepala hilang.
Dua kali tertawa bencipun sirna.
Tiga kali tertawa persoalan lari.
Empat kali tertawa penyakit sembuh.
Lima kali tertawa jadi awet muda.
Enam kali tertawa hati penuh sukacita.

SENYUM...
Sekali senyum curiga hilang.
Dua kali senyum jadi sahabat.
Tiga kali senyum hati penuh damai.
Empat kali senyum beban jadi ringan.
Lima kali senyumr ezeki datang.
Enam kali senyum keluarga rukun.

HATI...
Hati yang gembira adalah ubat yang manjur.
Hati yang keras menemui jalan buntu.
Hati yang lembut mendatangkan sahabat.
Hati yang loba menciptakan perangkap.
Hati yang bersih menjauhkan masalah.
Hati yang licik mendatangkan musuh.

MARAH...
Sekali marah Sukacita hilang.
Dua kali marah Akal sehat terbang.
Tiga kali marah Tekanan darah naik.
Empat kali marah teman-teman pergi.
Lima kali marah Jadi cepat tua.


BANYAK
Dalam hidup ini...
Berdoalah yang banyak,agar hati tenang.
Taburlah yang banyak,agar menuai banyak.
Bertanyalah yang banyak,agar ilmu bertambah.
Bacalah yang banyak,agar jadi lebih bijak.
Lihatlah yang banyak,agar tambah pengalaman.
Dengarlah yang banyak,agar penuh pertimbangan.
Jalan-jalanlah yang banyak,agar tidak kuper.
Kerjalah yang banyak,agar tidak kekurangan.Dan...
banyaklah humor,agar sehat dan awet muda.

SEDIKIT
Dalam hidup ini...Kerja hati-hatilah sedikit,agar luput dari celaka.
Selesai kerja santailah sedikit,agar kekuatan pulih kembali.
Sampai rumah happy-lah sedikit,agar keluarga senang.
Ada persoalan tenanglah yang sedikit,agar tidak salah langkah.
Dalam pergaulan senyumlah sedikit,agar banyak kawan.
Kalau makan pantanglah sedikit,agar tidak kena stroke.
Sama lingkungan perdulilah sedikit,agar dapat jadi berkat.
Kalau bertindak berimanlah sedikit,agar diberkati Tuhan.
Dan...jadi orang cincai-lah sedikit,agar tidak stress.

KURANGI & PERBANYAK
Dalam hidup ini...
Kurangi ucapan yang mendendam,
perbanyak ucapanyang mengasihi.
Kurangi kata-kata yang mengejek,
perbanyak kata-kata yang menghargai.
Kurangi kata-kata yang melemahkan,
perbanyak kata-kata yang mendorong.
Kurangi perkataan yang menolak,
perbanyak perkataan yang memperhatikan.
Kurangi kata-kata kritik,
perbanyak perkataanyang membangun.
Kurangi kata-kata yang sia-sia,
perbanyak kata-katayang mendatangkan inspirasi.
Kurangi kata-kata yang kasar,
perbanyak kata-katayang lemah lembut

Jumaat, 20 Ogos 2010

PETUA DIET RASULULLAH

Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
* Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
* Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.

Jumaat, 2 Julai 2010

WAKTU YANG BERLALU


Demi waktu ‘Asar, waktu Dhuha, waktu Fajr, waktu Lail dan Qamar, waktu Shams dan Nahr. Cukup indah dan sempurna kejadian masa yang ditetapkan Allah SWT dalam kitab-Nya..

Rasul SAW tercinta juga berpesan sewajarnya setiap yang bera’qal, selagi akal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membagi-bahagi masanya kepada empat :

Waktu untuk si hamba bermunajat kepada pencipta-Nya
Waktu untuk si hamba bermuhasabah tentang dirinya
Waktu untuk si hamba berfikir berhubung barang-barang ciptaan-Nya
Waktu untuk si hamba memenuhi keperluannya, mencari makanan, minuman dan kediaman
Sarjana agung, cendikiawan, Al-Fadhil, Al- Imam Ghazali Rahimahullah pula membahagikan masa:

Masa yang berlalu, seorang hamba jangan mengkeji. Biarpun dalam masa itu dia berada dalam kepayahan atau kesenangan.
Masa akan datang, tidak seorang hamba pun tahu, apakah dia akan terus hidup atau akan mati? Tidak seorang pun tahu qada’ Allah pada masa itu.
Masa sekarang, perlu seseorang berusaha dengan sedaya upaya mengingati Ilahi kerana jika masa berikutnya tidak kunjung tiba, maka dia tidak merasa kecewa. Andaikata berpeluang hidup, dia tetap melaksanakan tugas seperti masa-masa sudah.

Beberapa rangkap syair:

Masa itu hanya dua bahagian,
Untuk perhatian semua insan,
Masa yang lepas buat peringatan,
Masa yang datang buat renungan

Jika semalam kau kesali,
Kerana menghinanya diri sendiri,
Hari ini buatlah bakti,
Agarmu orang terpuji

Usah ditangguh ‘amal bakti,
Ke hari yang belum dikenal pasti,
Mungkin hari menjengah ke mari,
Kamu pula telah kembali

Di hari kau mengatur strategi,
Sebarang tuah datang mendekati,
Hari tetap berlalu pergi,
Yang pergi tak akan kembali

Si soleh sebelum tidur pula berdoa’ Dengan nama Mu ya Allah! Saya letakkan lambung saya ini. Dan dengan namaMulah saya akan mengangkatnya nanti. Jika engkau mengambil nyawaku, maka ampunkanlah aku. Dan jika engkau panjangkan umurku, maka peliharalah sebagaimana engkau memelihara orang-orang soleh.

Hargai masa, dunia ladang akhirat…

Korea Islamic Students Association

Khamis, 17 Jun 2010

PERINGATAN : UNTUK YANG HIDUP SAHAJA

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....

Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih..... .

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada.....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu.....
Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'.....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'..
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan. ..
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna..
Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

' Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan'
TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan
berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Sabtu, 8 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU

Sebak terasa di sanubari
Teringat daku seorang wanita
Membongkok membakar sampah
Berlindungkan kain basahan di atas ubun
Itulah wanita pertama
Yang patut dicintai

Sebak terasa di kalbu
Melihat daku seorang wanita
Mundar mandir membawa diri
Di rumah usang tiada berteman
Itukah wanita pertama
Yang telah kita cintai??

Jangan biarkan
Si tua gelandangan
Kelak simuda merana kerunsingan
Kerna situa itu cukup teruja dengan kehidupan
Apabila.....
Mengutip pucuk paku digigit pacat
Meredah bendang dihisap lintah
mengutip buah kopi digigit semut
Menjunjung kayu api
bersimpul urat belikat
Membasuh kain di kali
Dikejar itik angsa
Menampi padi di jelapang
Habis dijangkit panau
Mengutip tahi kelawar
Berlengas seluruh badan

Berleter tak pernah merotan
Berpesan tak pernah bertengkar
Berderau tak minta dibalas
Berseloroh penuh sindiran
Berdiam diri tika dia berdoa
Bising pun tika bercerita
Menangis tika anak-anak berjaya
Ketawa gelagat cucu tercinta

Tiada pernah ku lihat dia berehat
Dari muda sampai ke tua
Dari subuh sampai ke isya’
Dari bukit sampai ke baroh
Dari hulu sampai ke hilir
Dari redup sampai ke panas

Betapa gigihnya
Sepasang kaki tua berjalan mencari rezeki
Sepasang mata kuyu menatap ciptaan Ilahi
Sepasang telinga kedut mendengar zikrullah

Selagi ada hayatnya
Bergegaslah untuk segalanya
Selamat hari ibu..........

Ahad, 18 April 2010

PESTA PUN SELESAI

Pesta pun selesai
temasya berakhir
Rakanpun berpisah
Tetamu pun beredar
Lawan berbaik semula
Padang menjadi lengang
Yang johan meraikan kemenangan
Yang kalah menangis keseorangan

Kisah dibuka ditutup semula
Penonton lagi awal bersurai
Semua dah bersorak horeyy
Tak sempat hep-hep horey
Tak sempat bendera turun
Semua dah turun pentas
Juru acara melipat teks
Juru audio menarik kabel
Hakim menyimpan rekodnya
Pelepas melepaskan letihnya
Jurugambar menyimpan lensa
Juruteknik mengemas perkakas
Penjaga masa menutup jam randik
Penjaga lorong memulangkan bendera
Semuanya selesai

Yang belum selesai jua
"Post mortem' bukan untuk dipersenda
Persembahan anak-anak amat ceria
Dilain masa jangan dibawa
Mengadap antara teruna dan dara
Banyak cara boleh direka
Satu transformasi perlu ada
Agar terjadi suatu temasya
disalut hidayah dan pahala
Transformasi mungkin formasi satria
Membentuk satu objek replika
Membawa berbagai mafhum dan makna
Menjadi teladan pelbagai deria
Menjadi ingatan sang pengikut setia

Ini bukan satu menghinaan
Ini bukan satu keegoan
Ini bukan lagak keruan
Ini sekadar mimpi sang perasan
Agar majlis menjadi mapan
Agar sejahtera Madrasah kalian
Agar sentosa anak-anak watan
Agar kita tidak dipersoalkan
Kelak Mahsyar menjadi sasaran

Selasa, 6 April 2010

PAHIT MANIS BERKONVOI

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Asar telahpun hampir berlalu pergi.Senja sudah menampakkan dirinya digigi Pantai Senangin. Hembusan bayu laut semakin kuat, bagai berpesan kepadaku untuk mencoretkan sesuatu. Semuanya sudah berlalu. Sunyi sepi Pantai Senangin. Tiada lagi deruan Buggy, tiada lagi jeritan sang gadis mengejar lelayang dipantai. Tiada lagi suara merdu berkaraoke. Yang tinggal hanya aku dan pantai.





Konvoi bermotorsikal ke Teluk Senangin telahpun berlalu. Kenangan suka dan duka,jatuh, bangun dan terbabas berlaku samaada semasa persiapan, semasa di Teluk Senangin ataupun selepas aktiviti. Berbagai komen positif dan negatif yang diterima. Berbagai juga aktiviti yang dianjurkan oleh urusetia Majlis Pelajar Luar.
Semua mengukir senyuman kepuasan.Kalau ada yang mengatakan konvoi ini tidak berfaedah, mungkin beliau tidak menyertai konvoi tersebut, atau beliau menyertai konvoi tapi tidak melibatkan diri sepenuhnya dengan aktiviti yang disediakan. Pro dan kontra adalah lumrah dalam kehidupan kita.
Acara paling banyak mendapat sambutan ialah menaiki buggy di tepi pantai. Kalau buggy tu boleh menangis dan lama buggy tu kering air mata. Tak berenti buggy mengaum memecah kesunyian Pantai Senangin. Pengunjung lain tercengang kehairanan memerhatikan gelagat peserta konvoi yang menaiki buggy. Agaknya mesti mereka mengesyaki Pakya tokeh chalet tu menyediakan buggy untuk tunggangan pengunjung. Sebabnya ada yang bertanya kat aku berapa ringgit nak naik buggy tu dalam sejam.
Acara yang baru dan terserlah ialah menaikkan layang-layang gergasi. Terima kasihlah bebanyak kat Cikgu E. Dulu layang-layang ni terapung di awan JB, tahun nie awan Senangin pulak ditawannya. Walaupun pada peringkat awalnya angin bawah saja yang kuat, namun setelah dicuba beberapa kali Cikgu E berjaya menaikkan layang-layang tersebut.

Sekalung tahniah diucapkan kepada AJK disebalik tabir yang turut menjayakan program ini. Kalau tiada mereka susah juga jadinya. AJK Makanan yang bertungkus lumus menyediakan juadah bermula dari petang Jumaat lagi sehinggalah membawa kepada pagi Sabtu dan seterusnya menghidangkan kepada peserta konvoi. Kredit A+ harus diberikan kepada AJK Makanan. Menu-menu yang dipersembahkan ialah Nasi Jagung, Ayam masak merah, kari daging, jelatah dan ikan bakar perasa tomyam. Petangnya peserta disajikan dengan cucur bawang. Sehingga pagi Isnin AJK makanan ini masih belum selesai menjalankan tigas-tugas mereka kerana masih banyak periuk belanga dan pinggan yang masih belum dibasuh.

Slot pilihan aku sepanjang konvoi tersebut ialah slot Ustaz K. Beliau begitu bersungguh-sungguh menerangkan tentang bagaimana hendak mengambil wuduk ketika sakit atau uzur dan ketika tiada air. Bermula dari berwudu' menggunakan air sehinggalah kepada tayammum. Lima bintang patut diberikan kepada Ustaz K.



Cuma yang aku perasan peserta konvoi nampak kurang berminat dengan slot ini. Satu cabaran kepada Majlis Pelajar Luar di masa akan datang. Sepatutnya semua sekali berduyun-duyun memenuhi dewan yang kelihatan lengang, tak kira tua, muda, kecik, besar, sakit, sihat. Tidak mengapa, ada alasan masing-masing. Tinggalkan segala urusan dunia dan bersama-sama kita menimba ilmu yang jarang kita dapat lihat secara praktikal secara langsung pulak tu.
Mungkin terdapat lubang-lubang kelemahan yang patut diperbaiki di masa akan datang. Itu biasa ler. Adat berprogram mesti ada kelemahan.
Tapi walau apapun syabas diucapkan kepada Majlis Pentadbir diketuai oleh Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hem, guru-guru kanan dan kaunselor yang menyertai program ini. Akhirnya satu tepukan gemuruh kepada orang-orang kuat Majlis Pelajar Luar. Tuan Haji Am, Cikgu Az dan Cikgu K serta AJK kecil yang lain yang tidak kurang juga pentingnya dalam program ini.
Ini betul-betul terakhir. Beberapa kata-kata pujangga aku utarakan untuk renungan kita bersama yang ada kaitannya dengan konvoi ini.
"Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan."
" Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi."

Sekian.... wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Khamis, 18 Mac 2010

MEDAN IKAN BAKAR UMBAI, MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah banyak kali aku ke Melaka, tapi bila time dinner mesti pegi ke Pantai Klebang. Bulan Disember 2009 bila aku pegi Pantai Klebang dah tak best, sbb tempat tu dah ditambak dgn pasir. Dah takde pantai pun. Bila tanya orang semua cakap Umbai, Umbai, Umbai. Bila tanya Umbai ikut mana, Jalan pegi Muar.
Kali ini bila berkesempatan ke Melaka, Aku bertekad Umbai mesti sampai. Bior driver bergaduh.
Tapi dalam diam2 rupa2nya driver dah buat homework. Habis semua orang di interview. Puas ler jaga resort meng'explain' kat diorang.
Aku pun sikit2 tu tahu ler, sbb dah contact dua tiga org member kt Melaka. Bila sampai kt Umbai jeng! jeng! jeng!

AKSI JURUGAMBAR TLC

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Beginilah sebahagian dari ratusan aksi jurugambar TLC yang sempat aku rakamkan dari kamera murah aku, kalau nak dibandingkan dengan harga kamera mereka yang mencecah ribuan malah ada yang sampai puluhan ribu ringgit. Berbagai gaya dan aksi yang dipamerkan.



Isnin, 8 Mac 2010

SAMA TAPI TAK SERUPA


SUATU KETIKA SMV IPOH PADA TAHUN 1989



DI TEMPAT YANG SAMA SETELAH 21 TAHUN BERLALU
SMT LEBUH CATOR PADA TAHUN 2010

korang tengok je la gambo tu. penat aku menulis nyer

DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi