Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”
(HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )
Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api neraka .” ( HR Inbu Majah )
Dari Utsman, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa solat isyak dengan berjemaah, maka ia laksana solat malam setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka ia laksana mengerjakan solat malam sepanjang malam .”
( HR Muslim dan lafaz ini ada pada sisinya) dan Abu Dawud dengan lafaz : Maka ia laksana solat malam separuh malam. Dan barangsiapa solat isyak dan solat subuh dengan berjemaah maka bererti ia telah melakukan solat malam sepanjang malam. Hadith ini disahkan oleh Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah, dan mengikuti zahir riwayat Muslim, iaitu : Sesungguhnya solat subuh dengan berjemaah, pahalanya lebih dari solat isyak dengan berjemaah, lafaz hadith ini ada pada Abu Dawud memperkuat hadith tersebut .
Dari Abi Darda’ , ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya ia melihatmu. Hitunglah dirimu dalam menghadapi kematian. Jauhilah olehmu dari doa orang-orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doa orang tersebut akan dikabulkan. Barangsiapa di antara kamu dapat menghadiri dua solat wajib, iaitu isyak dan subuh, sekalipun dengan merangkak, hendaklah ia lakukan .” ( HR Thabrani )
SOLAT SUNAT DI RUMAH
Dari Jabir, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Apabila seseorang di antara kamu telah menyelesaikan solatnya di masjid, maka hendaklah ia memberikan bahagian dari solat itu untuk rumahnya, kerana sesungguhnya Allah menjadikan satu kebaikan bagi solatnya di rumah .”
( HR Muslim dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abi Sa’id )
Dari Abi Musa, dari Nabi s.a.w sabdanya “ Rumah yang di dalamnya disebut nama Allah dan rumah yang di dalamnya tiada disebut nama Allah adalah seperti orang hidup dengan orang mati.” ( HR Bukhari Muslim )
Dari Zaid bin Tsabit, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Solatlah wahai manusia di rumah-rumah kamu kerana solat seseorang yang terbaik adalah di rumahnya, kecuali solat wajib .” ( HR Nasa’I dengan sanad hasan dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah )
MEMELIHARA SOLAT SUBUH
Dari Imarah bin Ruwaibah, katanya : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Seseorang tidak akan masuk neraka, jika ia solat sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam, iaitu solat Subuh dan solat Asar .” ( HR Muslim )
Dari Anas bin Malik, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa solat Subuh dengan berjemaah, kemudian ia duduk untuk berzikir sampai matahari terbit, Kemudian ia solat dua rakaat, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang haji dan umrah .” Dan Rasulullah bersabda “ Penuh, penuh, penuh .” ( HR Tirmidzi dan ia mengatakan hasan garib )
Dan diriwayatkan oleh Thabrani dari hadith Umamah isinya seperti itu juga dengan sanad yang baik dan diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dari hadith Abi Umamah dengan lafaz : Barangsiapa solat Subuh, kemudian ia berzikir sampai matahari terbit maka kelak kulitnya sama sekali tidak akan disentuh oleh api neraka .
( HR Baihaqi dari hadith Hasan bin Ali, katanya : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu dan ia menambahkan , “ Kemudian solat dua rakaat atau empat rakaat,” dan pada akhirnya ia berkata “ Kemudian kebaikan yang akan menyentuh kulitnya dan menumbuhkannya.”
http://adeqshah.multiply.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan