Isnin, 17 Disember 2012

DULU, SEKARANG ....SAMA SAHAJA

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dah lama aku tak menulis dalam bolg aku nie. Kalau tak masuk copy and paste rasanya dah nak masuk setahun lebih2 sikit kot. Tapi malam nie aku melawat blog kengkawan yang lain, yang dulunya aktif menulis turut menyepi seperti aku. Ada yang dh hampir 3 tahun tak berubah “main” topiknya. Tapi bila aku terbuka satu blog satu kawan aku nie , rasa terpanggil untuk menulis. Rajin betul dia menulis. Seronok pulak aku baca. Inilah salah satu cara untuk bercakap pada zaman yang serba canggih ini. Teringat aku dengan pesanan seorang pensyarah aku,
 (aku sekarang dh jadi student balik)


INILAH PESANANNYA…………

Are your kids experts at video games,
or have you taught them what essential to life?
We have been moved away from our natural ways of life…
And have been manipulated to serve the machine!
We have become part of the machine!
To keeps us under control
 In order to change a human being…into this…
It’s time you realize that your true welfare
 depends on your independence from this machine!
You all know how to fill up gas…
But have you tried to acquire
 alternative and free energy?
Sunlight is made up of tiny packets of energy called photons
 Every minute,
enough of this free energy reaches the earth…
To meet all of the world’s energy need for a FULL YEAR!
When there is a will, there is a way…..

          Panjang lebar dia bercerita, walaupun aku bukannya faham sangat tapi kesungguhan beliau membuatkan aku cuba faham. Dan inilah hakikatnya kehidupan kita dan anak-anak disertakan dengan cabarannya. Sebenarnya dulu dengan sekarang sama sahaja. Kalau cuti sekolah mana ada baca buku pun. Cuma sebab apa tak baca buku, itu yang berlainan.
Dulu, celik mata terus lompat turun ke tanah, macam2 permainan tersedia,
 Ikut musim ler.
Musim main Guli
Musim main Senapang biji kopi
 Musim main tuju kasut
Musim main Galah Panjang (TOI)
Musim panah ikan
Musim main getah urat, laga buah getah
Dan macam2 lagi, buat bot, sorok2, masak2,
 main komando kt dlm pokok gelenggang,
Mandi sungai sampai 3 jam, sampai merah mata,
main bola.
Banyak sangat yang terhidang di depan mata.

Arwah mak selalu marah, sebab banyak main sampai tak tengok langsung buku.
Arwah bapa tak marah, dia tengok pun sudah cukup faham bahawa dia memang marah.
Besok nak buka sekolah baru malamnya kelam kabut nak buat “homework”
cari kasut,
himpun alatulis,
cari pakaian dan sebagainya.

Sekarang celik mata, terus lompat atas kerusi buka laptop atau desktop macam2 permainan tersedia.
Lagi dasyat, tak payah ikut musim
Semua permainan dulu sekarangpun ada.

Tapi itulah hakikatnya, bila kita sudah mengalaminya, kita perlu mencipta transformasi, sekurang-kurangnya janganlah jadi macam kita dulu. InsyaAllah ada jalannya………..amin

Tiada ulasan:

DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi