Ahad, 30 Ogos 2009

LAGI BANGAU OH BANGAU

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..

Woakakaka....penat aku nak tulih lagi nie....

CUBA PERHATIKAN, KALI INI BUKAN ULAR YANG MAIN PERANAN.

CERITA INI MEMBAWA SATU MESEJ BAHAWA JANGAN SANGKA INSAN KERDIL SEPERTI KITA ORANG KEBANYAKAN TIDAK BOLEH MEMAINKAN PERANAN SUPAYA BOLEH MENGAWAL KEADAAN SEKELILING

Jumaat, 28 Ogos 2009

NIKMAT KEMERDEKAAN UBAH GAYA HIDUP

(28 OGOS 2009 / 07 RAMADAN 1430)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَآئِل :

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِك عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْمَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! إتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat dan bulan Ramadan yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Mimbar yang mulia ini akan membincangkan tajuk: “Nikmat Kemerdekaan Ubah Gaya Hidup”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada 31 Ogos setiap tahun, negara kita menyambut ulangtahun kemerdekaan. Setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan, terbayang dalam fikiran kita bahawa penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan British silih berganti menjajah negara ini selama lebih 500 tahun. Kita amat bersyukur dalam tempoh penjajahan itu penduduk negara ini mampu mempertahankan akidah dan mengekalkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: ”Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya.” (Surah Ali Imran: 19)

Sejak 1957 hingga kini, negara Malaysia adalah salah sebuah negara yang paling pantas membangun dan membawa kemakmuran kepada rakyat. Pakar-pakar ekonomi meletakkan pencapaian pembangunan Malaysia setanding dengan Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong. Pembangunan pesat ekonomi negara ini telah menyebabkan taraf hidup rakyat meningkat dan gaya hidup sebahagiannya mewah. Mimbar amat yakin pencapaian ini adalah berkat pengorbanan pejuang kemerdekaan dan kebijaksanaan pemimpin melaksanakan pengisian program pembangunan untuk rakyat.

Bagaimanapun mimbar mengingatkan bahawa ancaman terbesar gaya hidup mewah ialah makan berlebihan yang menyebabkan bahaya kegemukan atau obesiti. Menurut sumber Kementerian Kesihatan di dapati 4 orang daripada 10 orang dewasa mengalami masalah kegemukan. Pada dasarnya kegemukan mempunyai kaitan rapat dengan penyakit kronik seperti jantung, kanser, strok, buah pinggang dan kencing manis. Sehingga kini, penyakit yang berpunca daripada jantung menjadi pembunuh utama atau 23% punca kematian di negara ini. Selain faktor ini, merokok juga dikenalpasti antara punca serangan penyakit jantung dan kanser. Pada tahun 2006, sebanyak 21.5% iaitu kira-kira 2.73 juta orang perokok adalah golongan dewasa. Golongan ini dikatakan menghisap sebanyak 33 juta batang rokok sehari dan membelanjakan lebih RM8.59 juta sehari.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Hidup sihat adalah satu kefardhuan dalam Islam. Ini dapat di fahami melalui perintah Allah SWT tentang kewajiban puasa. Sesungguhnya puasa itu memberi banyak manfaat antaranya dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin yang mengancam jiwa dan diri manusia dalam waktu singkat.

Selain aspek rohani yang membantu kekuatan jiwa, puasa pula dalam aspek kesihatan adalah suatu cara bagi membersihkan sistem tubuh badan daripada keracunan atau toksin yang berpunca daripada makanan yang kita ambil. Sesungguhnya sistem tubuh badan manusia sangat unik. Jasad kita bukan sekadar tempat menyimpan makanan, bahkan ia adalah pusat menyeimbangkan makanan. Keseimbangan itu mudah rosak jika kita makan berlebihan.

Justeru, Rasulullah SAW menyuruh kita bersederhana dalam makan dan minum iaitu satu pertiga makan, satu pertiga air dan satu pertiga udara. Sabda baginda SAW daripada Miqdad bin M’adikarib yang mafhumnya:
”Tidaklah memenuhkan anak Adam itu sebuah bekas yang lebih jahat (hina) melainkan bagi memenuhi perutnya. Sekiranya dia makan memadai dengan suapan yang kecil yang mampu menguatkan tulang sulbinya. Sekiranya dia dikuasai oleh nafsunya, maka hendaklah disisi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga nafasnya”.
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Puasa memberikan kita banyak keistimewaan. Antaranya ialah ia dapat mengistirehatkan alat penghadaman dan pernafasan. Sepanjang sebelas bulan yang lepas mulut, jantung, organ, usus dan nafas kita terlalu berat bekerja. Kini bulan Ramadan, kita memberi peluang jentera tersebut untuk memulihkan kembali organ-organ tadi agar kembali berfungsi secara lebih berkesan. Ajaib sekali ciptaan Allah SWT ini, dengan berpuasa kita kembali segar. Kesegaran hidup ini memberi semangat baru kepada sel-sel yang ada di dalam tubuh kita.

Apa yang pasti rakyat yang sihat rohani dan jasmani, sanggup berkorban diri demi agama dan negara yang tercinta. Semangat jihad yang diperolehi melalui tarbiyah madrasah Ramadan, benar-benar menghidupkan hati tentang erti pengorbanan dan kemerdekaan melawan musuh. Jika Ramadan musuh utama adalah nafsu, maka musuh negara adalah penderhaka, penceroboh dan tidak taat setia kepada pemerintah yang mengasihi Allah dan Rasul-Nya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar ingin mengingatkan sidang Jumaat dan umat Islam sekalian, sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tahun ini dan bersamaan pula dengan bulan Ramadhan al-Mubarak 1430 hijri, marilah kita menjadikan amalan puasa wajib dan sunat sebagai usaha mencegah, merawat penyakit dan mengekalkan gaya hidup sihat. Mudah-mudahan keberkatan yang kita peroleh dalam bulan ini meningkatkan lagi kekuatan perasaan cinta kepada negara dan agama.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّحِيمِ

Maksudnya: ”Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika Aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadanya, (patutkah Aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang Aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang Aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah Aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah Aku berserah diri dan kepada-Nyalah Aku kembali.”
(Surah Huud:88)




TARIKH MERDEKA DI BULAN YANG MULIA

Kali ini kita kenyambut hari kemerdekaan negara di bulan Ramadhan. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan pencapaian diutamakan.Tahukah anda sudah berapa kali kita menyambut kemerdekaan di bulan-bulan yang mulia seperti Ramadhan dan Syawal dan bila pula kita akan menyambut kemerdekaan di bulan-bulan mulia lagi???

INFO HARI KEMERDEKAAN SERENTAK DI BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL

DULU
31 OGOS 1976 - 5 RAMADHAN 1396 (SELASA)
31 OGOS 1977 -16 RAMADHAN 1397 (RABU)
31 OGOS 1978 - 27 RAMADHAN 1398(KHAMIS)
31 OGOS 1979 - 8 SYAWAL 1399 (JUMAAT)
31 OGOS 1980 - 20 SYAWAL 1400(AHAD)

TAHUN INI DAN AKAN DATANG
31 OGOS 2009 - 10 RAMADHAN 1430H (ISNIN)
31 OGOS 2010 - 21 RAMADHAN 1431H (SELASA)
31 OGOS 2011 - 2 SYAWAL 1432H (RABU)
31 OGOS 2012 -13 SYAWAL 1433H (JUMAAT)
31 OGOS 2013 - 24 SYAWAL 1434H (SABTU)
31 OGOS 2041 - 5 RAMADHAN 1463H (SABTU)
31 OGOS 2042 - 16 RAMADHAN 1464H (AHAD)
31 OGOS 2043 - 26 SYAWAL 1465H (ISNIN)
31 OGOS 2044 - 8 SYAWAL 1466H (RABU)
31 OGOS 2045 - 18 SYAWAL 1467H (KHAMIS)
31 OGOS 2046 - 29 SYAWAL 1468H (JUMAAT)


Berapakah umur kita untuk Ramadhan dan Syawal seterusnya????
)

Khamis, 27 Ogos 2009

KEHIDUPAN DI SYURGA

1. BERITA MENGENAI SYURGA

* Berkumpul di pinggir Shirath.
* Orang yang tidak mencium bau syurga - Orang yang membunuh diri dengan sengaja tidak akan mencium bau syurga. Syurga sudah mulai tercium pada jarak empat puluh tahun perjalanan.
* Ashabul-A'Raf

2. MASUK SYURGA

* Dihalau - Orang yang takwa itu dihalau ke dalam syurga berbondong-bondong. Setelah sampai di syurga maka dibukakanlah pintu-pintunya. Ketika itu berkata penjaga pintu syurga; Sejahtera aman sentosa dilimpahkan kepadamu oleh Tuhan. Berbahagialah kamu, maka masuklah kamu di dalam syurga ini. Di dalamnya kamu kekal selama-lamanya.
* Pintu-pintu syurga itu - Syurga itu mempunya lapan pintu yang terbuka lebar. Adapun kunci pintu syurga itu ialah syahadat dan sembahyang.
* Masuk syurga dengan wajah seperti bulan purnama.
* Yang menyambut di pintu syurga - Malaikat, hurul-aini dan wildan iaitu anak-anak yang mati sebelum baligh.
* Malaikat - Malaikat-malaikat itu masuk ke dalam tiap-tiap pintu sambil mengucapkan assalammualaikum kepada mereka itu.
* Hurul-aini - Perempuan syurga yang disebut bidadari.
* Anak-anak menyambut ibu bapanya - Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ibu bapanya di pintu syurga.

3. RUPA SYURGA

* Tidak ada matahari dalam syurga.
* Sama sahaja siang dan malam.
* Syurga itu seratus tingkat.
* Setiap tingkat syurga itu seluas alam dunia.
* Naik kepada setiap tingkat hanya dengan membaca ayat Al-Qur'an.
* Jannatul-Firdaus - Syurga tempat orang-orang beriman dan beramal salih.
* Sungai-sungai syurga.
* Mata air.
* Jannatun-Na'im - Syurga yang ditempatkan untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih dan mereka akan kekal selama-lamanya di sana.
* Jannatul-Adnan-Syurga ditempatkan rezeki pagi-pagi dan petang hari dan terdapatnya rumah-rumah yang bagus-bagus.
* Jannatul-Makwa - Syurga untuk orang-orang yang beriman dan beramal salih sebagai imbalan pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.
* Pasar dalam syurga.

4. SUASANA SYURGA

* Seperdua isi syurga itu umat Nabi Muhammad saw.
* Tubuh Nabi Adam 60 hasta panjangnya.
* Berumur 33 tahun - Di dalam syurga itu tidak ada orang tua. Orang-orang yang meninggal dalam usia tua sekarang ini nanti di dalam syurga akan kembali muda belia, cantik dan rupawan seperti orang yang berumur tiga puluh tiga tahun muda, cantik dan rupawan.
* Tidak pernah sakit dan tidak mati - Di dalam syurga itu kamu akan selalu sihat, tidak pernah sakit buat selama-lamanya, tetap dalam keadaan hidup dan tidak akan mati buat selama-lamanya. Selalu senang dan tidak akan pernah berputus asa untuk selama-lamanya.
* Tidak pernah kencing dan berak - Di dalam syurga itu juga makan dan minum tapi tidak pernah meludah, tidak kencing, tidak berak dan tidak pernah menjahit pakaian. Makanan yang dimakan itu akan menjadi keringat dan menjadi minyak wangi seperti al-miski. Ini adalah berkat membaca tasbih dan tahmid.
* Rezeki yang cukup dan isteri yang cantik - Setiap orang mempunyai jodoh. Yang laki-laki mempunyai isteri dan yang perempuan mempunyai suami. Anak-anak yang mati sebelum baligh nanti akan mendapat isteri. Begitu juga dengan orang yang tidak mahu beristeri di dunia atau tidak beristeri itu kerana ada sebab-sebab lain, maka di dalam syurga nanti akan mendapat isteri iaitu hurul-aini(bidadari syurga). Perempuan-perempuan mukminat sesampai di sana nanti akan lebih cantik dari hurul-aini dan tetap menjadi isteri dari suaminya yang sekarang ini di samping hurul-aini.
* Mahligai, guraf dan rumah tempat tinggal - Tiap-tiap rumah yang ada di dalam syurga mempunyai empat puluh buah pintu, tujuh puluh guraf(kamar-kamar yang terdapat di dalammnya tujuh puluh sarir(kasur tebal bersusun-susun). Terdapat segala macam kesenangan yang ada di dunia ini. Semuanya besar, megah dan indah.
* Khaimah-khaimah - Satu ruang enam puluh mil panjangnya untuk orang mukmin bermain-main berkeliling.
* Kebun-kebun - Seperti inab atau anggur, kurma, pohon tin, pohon batikh, kayu thubi, delima, bidara dan pisang.
* Syajarul-khaldi - Sejenis pohon kayu yang besar sekali tinggi dan rimbun. Lingkaran naungan pohon kayu ini seratus tahun perjalanan kuda.
* Pohon delima.
* Pohon bidara dan pisang - Pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang bersusun-susun dan naungan yang terbentang luas.
* Binatang dan burung dalam syurga - Di dalam syurga itu ada segala-galanya. Burung di udara, binatang di daratan dan ikan di lautan. Tetapi hanya beberapa saja yang tersebut di dalam Al-Qur'an iaitu; burung, unta, kuda dan kambing.
* Burung - Sekalian jenis burung ada semuanya termasuk ayam.
* Unta dalam syurga.
* Kuda dalam syurga.
* Kambing Syurga - Kambing adalah binatang syurga.

5. BIDADARI

* Dikahwinkan dengan hurul-aini.
* Bentuk tunuh hurul-aini - Laksana mutiara yang tersimpan baik.
* Pakaian dan perhiasan hurul-aini - Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal. Juga mereka memakai gelang yang berbuat dari perak.
* Memakai gelang.
* Di waktu sedang makan.
* Bejana perak.
* Menghidangkan gelas dan cerek.
* Diedarkan piring-piring besar.
* Dikelilingi oleh anak-anak.
* Mahligai yang indah.
* Selalu perawan.

6. MELIHAT TUHAN

* Dua kali orang melihat Tuhan. Pertama di Mahsyar iaitu setelah orang mandi dalam haudh-nya Nabi saw. dan yang kedua dalam syurga.

*Sebagai perkhabaran untuk semua umat islam...

Wallahualam..

Sumber: Blog ctalia
vBulletin® v3.7.3, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.

--------------------------------------------------------------------------------


CICIT ZAMAN SEKARANG


KLIK PADA GAMBAR UNTUK PEMBESARAN
mesej.....
Mesej untuk nenek:
Lain kali kalau nak bagi arahan bior ler tepat dan jelas.
Mesej untuk cicit:
Hormatilah orang yang lebih tua walaupun dalam nada lawak.

Selasa, 25 Ogos 2009

PANTUN UNTUK SAHABAT

Banyak kemumu di dalam semak
Jatuh melayang selaranya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa guna nya ..

Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam riang riang
Nanti menangis dipintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang

Ambil galah kupaskan jantung
Orang arab bergoreng kicap
Kehadrat Allah tempat bergantung
Kepada nabi tempat mengucap

Asam rumbia dibelah belah
Buah separuh didalam raga
Dunia ikut firman Allah
Akhirat dapat masuk syurga

Belah buluh bersegi segi
Mari membuat serampang ikan
Kuasa Allah berbagi bagi
Lebih laut dan juga daratan

Buah kuining buah larangan
Masak dibungkus di sapu tangan
Dunia ini pinjam pinjaman
Akhirat kelak kampong halaman

Delima batu dipenggal penggal
Bawa galah ketanah lapang
Lima waktu kalau ditinggal
Merana hidup tidak bertiang

Banyak lah hari antara hari
Tidak semulia hari jumaat
Banyaklah nabi antara nabi
Paling mulia nabi muhammad

Orang bayang pergi mengaji
Ke cubadak jalan ke panti
Meninggal sembahyang jadi berani
Seperti badan tak akan mati

Pangkal dibelit dipohon jarak
Jarak nan tumbuh tepi serambi
Jangan dibuat yang dilarang syarak
Itulah perbuatan dibenci nabi

Jarak nan tumbuh tepi serambi
Pohon kerekot pohonnya sama
Itulah perbuatan yang dibenci nabi
Petua diikut segala ulama

Pohon kerekot bunganya sama
Buahnya boleh dibuat colok
Petua diikut semua ulama
Jangan dibawa berolok olok

Rusa banyak dalam rimba
Kerapon banyak tengah berhimpun
Dosa banyak dalam dunia
Segeralah kita minta ampun

Kera banyak tengah berhimpun
Sandarkan galah pada pohon
Segeralah kita meminta ampun
Kepada allah tempat bermohon

Tuman dipegang jatuh kelaut
Disambar yu jerung tenggiri
Iman pun tetap sehingga maut
Di situ baru tahukan diri

Disambar yu jerung tenggiri
Temenggung Mamat mandi bersimbur
Di situ baru tahukan diri
Malaikat memalu dalam kubur

Kait-kait dipadang temu
Terap ditimbun diujung galah
Baik baik berpegang ilmu
Harapkan ampun kepada Allah

Temu itu banyak warnanya
Ada yang putih ada yang biru
Ilmu itu banyak gunanya
Tiada boleh orang menggaru

Pecah cawan di atas peti
Cawan diminum Temenggung Mamat
Kepada Allah yang maha suci
jangan dilupakan setiap saat

Isnin, 24 Ogos 2009

KITA SAHUT CABARAN RAMADHAN

Ramadhan 1430H sudah membuka tirai.
Kita sahut cabaran Ramadhan kali ini biarlah dengan tahap yang lebih tinggi. Saban tahun kita menjalankan ibadah puasa dengan cara dan amalan yang sama. Tahun ini biarlah berlainan sikit. Amalan streotaip dalam ibadah puasa rasanya kurang wajar diamalkan.

Setiap tahun kita berpuasa hanya sekadar melepaskan yang wajib sahaja. Kalau masa belajar dulu macamana kita hantar "assignment last minute". Sekadar cukup makan, tergesa-gesa, dan ikut apa yang orang buat.Kalau kita buat betul-betul assignment yang diberikan oleh pensyarah, kita akan rasa puas hati, teruja dan mendapat manfaat serta pengetahuan dari assignment yang kita hantar.
Kalau masa bekerja pula, jika boss minta sesuatu kerja dihantar pada tarikh tertentu, tapi kita tetap siapkan kerja itu pada hari terakhir, kerja yang kita hasilkan sekadar melepaskan batok di tangga sahaja. Tetapi jika kita siapkan betul-betul dengan mengambilkira aspek yang dikehendaki, kerja kita amat memuaskan semua pihak serta diri sendiri.

Kita dapat membuat penilaian aspek kerja kita sebegitu rupa.
Cuba kita nilai puasa kita, Adakah puasa yang kita jalankan sekadar puasa sahaja. Bayangkan kita sudah berpengalaman bertahun-tahun, malah ada yang berpuluh-puluh tahun, tapi tiada peningkatan dalam puasa.

Sebelum tu puasa ni ada 3 kategori
1. Puasa orang awam: menahan perut dan kemaluan dari mengikuti kemauan syahwat.
2. Puasa orang khusus: menahan pendengaran, penglihatan, lisan, tangan, kaki dan semua anggota badan dari berbagai dosa.
3. Puasa orang super khusus : puasa hati dari berbagai keinginan rendah dan pikiran-pikiran yang tidak berharga; juga menahan hati dari selain Allah secara total. Aktifitas duniawi mereka pun diperuntukkan demi bekal akhirat.


Takkan kita masih lagi di bawah paras puasa orang awam. Nak menahan shahwat pun tak boleh.
1)Masih melihat aurat lelaki/perempuan dengan bersungguh-sungguh, maknanya bila orang lelaki nampak perempuan lalu, mata tak berkelip walaupun dia tahu dia tidak berpuasa.
2)Sahur, puasa dan berbuka tapi tidak sembahyang, habis lingkup.
3)Mengata/ mengumpat lebih dari bilangan tasbih, tahmid, takbir dan zikir dalam satu hari
4)Orang lain berpuasa kurang makan, kurang keluar duit, tapi dia puasa makan lebih, duit guna 2 kali ganda dari bulan biasa, membazir le tu.

Tu baru empat. banyak lagi.
Maknanya kebanyakan kita masih belum masuk tahap pertama puasa.

Jadi, insyaAllah sama-sama kita menuju ke arah puasa tahap ke dua dengan menyibukkan diri kita dengan ibadah2 yang berlambak2 disediakan di bulan puasa ni. Celik mata pukul 4 pagi dah bermula ibadah iaitu qiamullail
Qiamullail mungkin susah nak bangun? takper, lepas sahur ambil quran baca sikit.
Pergi berjemaah kat surau/masjid. Malu/malas/ ngantuk. Tiga cabaran utama berjemaah subuh di surau/masjid. Lawan ler. Setan dah kena tambat, setan mana lagi ada. Anak murid setan ler tu. Kita ler. Dia dah didik kita 11 bulan. Sebulan di bulan Ramadhan dia buat praktikal kat kita. ok ker tak dia punya training. Lawan ler.

Eh2! apa kata tahun ni kita buat solat sunat dhuha???. Moga2 amalan ini kekal hingga lepas ramadhan. Kerja???. Tak pernah dengar lagi dalam Malaya ni pekerja kena buang sebab solah dhuha. Bukan lama 5 minit pun tak sampai. Tak tahu??, belajar. Kat buku belambak.

SAMBUNG!!!!

Sabtu, 22 Ogos 2009

PROGRAM IDEAL DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang mulia. Tahun depan belum tentu dapat kita berjumpa lagi dengan Ramadhan. Dikesempatan yang ada, marilah kita sama-sama merenung program seharian yang boleh dijalankan oleh kita sebagai orang biasa dan boleh dilakukan oleh orang kebanyakan seperti kita.


Jumaat, 21 Ogos 2009

BERHATI-HATI DI BULAN MULIA


Selamat Menyambut Ramadhan
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada
semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)

Khamis, 20 Ogos 2009

RAMADAN DATANG LAGI


Hari ini 29 Syaaban 1430H bersamaan 20 Ogos 2009. Kita menunggu kedatangan Ramadan dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan.

Budaya Umat Islam khususnya orang melayu, apabila hampir datangnya bulan yang mulia ini, atau di dalam bulan ramadan, mereka akan sibuk dengan membeli belah khususnya bagi mendapatkan keperluan pakaian, langsir dan kelengkapan rumah untuk digantikan dengan yang baru. Tujuan utama kita sudah tersasar. Kita hendak menyambut Ramadan terlebih dahulu baru Syawal.Namun budaya ini bukan 100% salah. Cuma kemeriahan hari haya Aidil fitri lebih mendominasi dari sambutan ramadan. Kalau Hari Raya persiapannya sebulan, apa salahnya persiapan Ramadan kita buat sebulan iaitu seawal bulan Syaaban atau Akhir Rejab. Apakah persiapannya??
Di antaranya ialah:
1) Berdoa agar diberi peluang berpuasa sekali lagi pada tahun ini.Semoga puasa tahun ini lebih baik dari puasa tahun lepas.
2) Study Ibadah posa dengan sebaik mungkin supaya ibadah kita lebih sempurna.Dalam maksud lain pada tahun ini ilmu puasa kita bertambah.
3) Mengetahui Hikmat puasa disyariatkan.
4) Mengetahui tahap-tahap orang berpuasa iaitu Tahap 1 iaitupuasa umum, tahap dua iaitu khusus dan tahap tertinggi ialah khusus yang lebih khusus.

Seterusnya Imam al Ghazali menjelaskan enam perkara untuk mencapai kesempurnaan puasa iaitu
JAGA MATA
JAGA LIDAH
JAGA TELINGA
JAGA ANGGOTA
JAGA MAKAN
JAGA HATI

Selasa, 18 Ogos 2009

KEMATIAN ADA DI MANA-MANA



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Catatan kematian H1N1pada hari ini mencecah kepada 64 0rang. Kematian ada di mana-mana. Oksigen yang kita sedut sehari-hari seolah-olah sudah tidak selamat lagi. Rayuan dan pergantungan kita kepada Allah Subhanahuataala mestilah diutamakan. Yakinlah kita Allah turunkan penyakit H1N1 adalah untuk menguji Umat Islam supaya sentiasa bersabar dan bertaubat disamping berusaha untuk mengubatinya. Apabila aku membaca web I Love Islam ada lima belas sebab Allah turunkan Bala:

Maksud hadis :
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:
"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.
Aku semak senarai di atas memang ada yang tidak kena pada diri aku. Sama-samalah kita semak dan perbaiki diri kita agar kita tidak sombong terhadap Allah.

Isnin, 17 Ogos 2009

KAMAR-KAMAR DI SYURGA

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.


© 1999 - 2004 Ashtech Holdings Sdn Bhd.


Selasa, 11 Ogos 2009

10 LANGKAH MENGHADAPI BULAN RAMADAN

Apabila menghadapi Ramadhan ada beberapa tips mungkin berguna untuk anda semua :)
1. Perbanyakkan doa;seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw;
bahawa beliau selalu berdoa kepada Allah sejak memasuki bulan Rejab: “Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami hingga bulan ramadhan”.
Makna dari “Sampaikanlah kami hingga bulan ramadhan” maksudnya.
a.Sampaikanlah umur kami hingga bulan ramadhan
b. Berikanlah kami kekuatan berupa kesihatan hingga boleh mengikuti ibadah, aktiviti dan kegiatan yang ada dalam bulan Ramadhan secara maksimum. Kerana betapa banyak orang yang diberi umur panjang, namun tidak mendapatkan kesempatan untuk melaksanakan ibadah ramadhan dengan baik, oleh kerana tidak diberi kesihatan yang baik.
c. Berikanlah kami kekuatan berupa hidayah dan cahaya iman, sehingga boleh melaksanakan ibadah ramadhan dengan baik, penuh dengan keimanan dan berharap redha Allah, dan kekuatan supaya mampu menjauhkan perbuatan-perbuatan tercela yang dapat mengurangkan dan menggugurkan pahala puasa. Kerana betapa banyak orang yang diberikan umur panjang hingga memasuki bulan ramadhan dan diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menjalankan aktiviti pada bulan ramadhan, namun tidak mendapatkan rahmat dan ampunan Allah. Rasulullah saw bersabda:
فإن الشقي من حُرِم غفران الله في هذا الشهر العظيم .
“Sungguh celaka orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini”.

2. Bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan dengan hati suka cita dan riang gembira, kerana dengan kegembiraan seseorang merupakan cerminan akan kerinduan dan kecintaan terhadap sesuatu yang akan dihadapi.Sebagaimana Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang bergembira dan senang menyambut bulan suci Ramadhan, maka Allah akan mengharamkan jasadnya masuk neraka”(HR Bukhori & Muslim)

3. Sucikan hati dan roh dari perbuatan dan niat yang tidak baik dan menyimpang dari ajaran Allah,kerana kebersihan roh akan menjadi penentu terhadap amal ibadah yang akan dilakukan, apalagi bulan ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan amal ibadah; sehingga ringan dan beratnya amal ibadah yang akan dilakukan oleh seorang hamba bergantung pada keadaan hati dan jiwa. Jika bersih nescaya akan menjadi ringan dan merasa rindu terhadap segala amal ibadah yang akan dilakukan, walaupun amal ibadah itu adalah berat. Adapun jika hati dan jiwa kotor, maka akan terasa berat amal ibadah yang akan dilakukan, sekalipun pada hakikatnya perbuatan tersebut adalah ringan.
Allah SWT berfirman:
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”.(As-Syams:9- 10)

4. Niatkan diri dengan ikhlas dan berharap redha Allah dari segala perbuatan dan amal ibadah;kerana besar kecilnya amal ibadah seseorang bergantung pada niat ikhlas kerana Allah, dan di antara tujuan Allah menciptakan kehidupan dan kematian dalam diri manusia adalah untuk mencari siapa yang terbaik amal perbuatan dan amal ibadahnya, yang mana cirinya adalah “Ikhlas kerana Allah dan tidak bertentangan dengan syariat Allah dan sunnah Rasulullah saw”
Rasulullah saw juga bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan berhadap redha Allah, maka akan dihapus dosa-dosanya yang telah lalu”.

5. Hindarkan diri dari ritualitas rutiniyah; namun hendaknya memahami dari berbagai ibadah yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya; baik puasa, tarawih, tilawah qur’an, infak dan lain sebagainya, merupakan keperluan bukan beban.

6. Buat target pencapaian ibadah;misalnya khatam qur’an pada bulan ramadhan 1 kali, 2 kali dan seterusnya. Menambah solat malam setelah tarawih. Tidak mencemarkan ibadah puasa (terutama bagi seseorang yang punya perangai pemarah) dengan perbuatan marah, menghindarkan diri dari gossip dan lain-lain. Atau membuat target memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, terutama kepada orang yang miskin. Kerana Rasulullah saw bersabda:
أيها الناس، مَن فطّر منكم صائماً مؤمناً في هذا الشهر، كان له بذلك عند الله عتق رقبة ومغفرة لما مضى من ذنوبه، فقيل يا رسول الله: وليس كلنا يقدر على ذلك، فقال: اتقوا النار ولا بشق تمرة، اتقوا النار ولوا بشربة ماء.
“Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”

7. Jaga diri dan kesihatan, serta manfaatkan waktu sebaik-baiknya untuk ibadah dan perbuatan baik,terutama ketika memasuki 10 hari terakhir bulan ramadhan; kerana di dalamnya terdapat malam yang jika seseorang beribadah di dalamnya mendapat pahala seumpama dengan 1000 bulan (83 tahun).

8. Perlihatkan diri dengan kebaikan-kebaikan yang kita miliki;baik sifat, akhlak dan ucapan. Sebagaimana Rasulullah saw bersabda:
أيها الناس مَن حسّن منكم في هذا الشهر خلقه كان له جواز على الصراط يوم تزل فيه الأقدام
“Wahai manusia! Siapa yang mempamerkan akhlaknya yang baik di bulan ini ia akan berhasil meniti titian sirat pada hari ketika kaki-kaki tergelincir”.

9. Perbanyakkanlah memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.
واستكثروا فيه من أربع خصال: خصلتين ترضون بهما ربكم و خصلتين لا غنى بكم عنهما فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة أن لا إله إلا الله و تستغفرونه و أما اللتان لا غنى بكم عنهما فتسألون الله الجنة و تعوذون به من النار و من أشبع فيه صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
“Oleh kerana itu banyakkanlah empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya. “Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka. Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.”

10. Capai darjat taqwa dengan selalu mengikuti perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.Allah berfirman: “Wahai orang-orang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa, sebagaimana yang telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa”. (Al-Baqarah: 183)

sumber:http://septyone.wordpress.com

Ahad, 9 Ogos 2009

TANDA-TANDA BULAN RAMADAN DAH DEKAT

Salam kepada semua pengunjung. Catatan hujung minggu kali ini ialah tanda-tanda kedatangan bulan Ramadan bagi masyarakat disekeliling kita.Kedatangan bulan Ramadan disambut oleh umat Islam dengan bermacam-macam tanda. Tak payah kita hendak sibuk melihat kalender Islampun kita dah tahu bulan Ramadan dah tak lama lagi.Inilah situasi ciptaan manusia.Semoga kita semua mendapat iktibar dari situasi tersebut. Tanda-tanda kedatangan bulan Ramadan boleh dilihat dengan situasi-situasi seperti di bawah.

Orang perempuan sibuk menggantikan puasa.
Hampir 10 bulan mereka diberi peluang untuk menggantikan puasa, tetapi masa inilah juga mereka sibuk nak ganti puasa tapi..........
Jangan salah faham. Kaum perempuan berbuat demikian untuk mengambil kesempatan dari pahala puasa dalam bulan Rejab dan Sa’aban. Lebih2 lagi kalau puasa ganti hari Isnin dan Khamis. Dapat berlipat kali ganda pahalanya.

Iklan buah kurma berkumandang di radio dan tv serta akhbar
Macamlah bulan lain orang tak makan buah kurma tapi..........
Sebenarnya bulan lain pun orang Islam makan jugak buah kurma cuma nak ambil keberkatan bukak posa dengan buah kurma, tu yang buat promosi lebih sikit tu.

Borang order kuih raya kat pejabat dah mula sampai
Hai ! bulan lain tak buleh makan kuih ker. Heran betul la aku, Kalau hari raya makan biskut lutut tak buleh ker tapi .............
Sebenornye itulah salah satu keberkatan bulan ramadan. Bulan yang mulia. Rezeki umat islam melimpah ruah. Kalau setakat biskut lutut dangan biskut mayat hari-hari dah makan. Bersyukurlah kita

Promosi jualan murah di pasaraya
Tak boleh ke kalau tak buat promosi hari raya. Buat poyo jer tak boleh ker. Bulan posa pun belum sampai jualan murah dah berlambak tapi............
Sebenornye, bulan lain pun ada promosi, cuma bila dah dekat bulan posa ni orang memang dah simpan duit untuk dibelanjakan. Kerja setahun mungkin akan dibelanjakan untuk keluarga sempena hari raya.

Imam tahfiz laris macam pisang goreng panas
Imam biasa tak boleh ker? Bagus sangat ke Imam Tahfiz tu. Kadang2 dia hantar bebudak jer. Tak yakin dibuatnya. tapi...........
Sebenornye masa inilah kita nak mendengar adik-adik kita, anak-anak kita membaca ayat-ayat suci.Masa ni le diorang nak buat praktikal. Kalau kita tak bagi sokongan siapa lagi. Lagipun bukan diorang yang minta, kita yang pegi tempah. Betul ke??

Bazar Ramadan habis ditempah.
Tak payah ler bazar2. Buat habis duit jer. Sekali pegi kurang2 RM20.00 habis. Kan membazir namanya tu tapi..........
Sebenornye yang membazir korang bukan dia. Tokeh bazar senyum jer. Rezeki bulan Ramadan katakan. Kalau nak jimat duit buka posa kat masjid atau surau lagi berkat.

Perkakasan buat Kuih berlambak kat pasaraya
Bulan2 lain pun boleh jual per. Apasal dah dekat bulan posa pasaraya dan kedai sibuk nak jual benda nie.
Bulan lain pun ada tapi korang tak beli ler. Dekat deepavali ada. Dekat tahun baru cina ada. Tapi korang tak ambil port pun.

Tok Khatib baca khutbah bab kelebihan Ramadan di atas mimbar
Tiap-tiap tahun nak bagitau benda yang sama. Kelebihan le, Permulaan bulan, pertengahan bulan dan akhir bulan ler. Memang benda yang sama. tapi.........
Sebenornye, dalam dok bagitahu kat korang pun dok buat jugak. Lagipun kalau korang dah tahu apasal korang tak naik baca khutbah bab lain jer. Ini tak. Tok Khatib tu juga yang naik.

Buka website resepi kuih dah update dan ramai pengunjung pulak tu
Bulan lain tak boleh update ker. Update ler siap2 tiap-tiap bulan kan senang tapi.......
Sebenornye update bulan lain buang masa jer. Bukan ada orang nak tengok sangat. Bulan nie ramai pengunjung.

Tokeh Katering dah tutup buku tempahan moreh
Kata bulan posa bulan ibadat. Ini business pulak tapi.......
Sebenornye ,,pasal tu ler dia tutup tempahan sebab ada juga masa dia buat terawih. Lagipun dia buat makan bulan posa kan dapat pahala. Murah2 cukup ler.

Program Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Kalau buat masa lain salah ke. Lepas raya ke. Lepas musim haji ker. Sama jer kan tapi......
Sebenornye.... Apa yang penting ini menandakan kita umat islam mempunyai kesinambungan untuk beribadat kepada Allah bermula dari Rejab, Syaaban dan Ramadan.

Krisis gula bermula
Asal bulan posa jer gula tak cukup. Asal gula tak cukup jer bulan posa .Tapi.......
Sebenornye kalau dah tkde gula, tak payah guna gula.tak payah pikir-pikir.

Itule lebih kurang tanda-tanda bulan posa dah nak dekat... he-he betul ke kengkawan. Kalau ade lagi tambah le sendiri. Itu yang aku nampak jer.


Jumaat, 7 Ogos 2009

KENGKAWAN

Ramai orang menganggap kawan adalah segala-galanya. Ramai juga yang menganggap kawan hanyalah sebagai kawan sahaja, sekadar gitu-gitu sahaja. Ramai juga berpendapat kalau nak cari kawan kena ada ciri-ciri yang tertentu. Cuba kita renungkan beberapa ungkapan ini

kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak..

kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang..

kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah
takde..hujan gerimis baru muncul..

kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.

Kawan tu bukan macam soldering iron
Nak kena panas baru boleh pakai

lagi.....kawan tu mcm ape ye????
Haa..kawan tu mcm ANDA SEMUA HEHEHEHE. .
bila aku hantar berita baru,
anda akan baca tulisan aku dgn teliti sampai habis.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi aku, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagainya.

Kawan yg sejati adalah seorang sahabat yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)


Khamis, 6 Ogos 2009

SEMAK SIFAT EGO ANDA

Aku juga berpesan kepada diriku dan pembaca budiman buangkan sifat ego kita lebih-lebih lagi kepada Allah s.w.t. .Mari sama-sama kita semak sifat ego kita. Kalau tak ada Alhamdulillah. Tapi kalau ada, cuba-cubalah muhasabah diri kita. Di sini di utarakan ciri-ciri sifat ego:

1) Menolak Tuhan (Sifat ego paling tinggi)
2) Menolak kebenaran.
3) Meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya
4) Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain
5) Seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa.
6) Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri.
8) Selalu berwajah serius dan masam.
10) Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain
11) Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap,lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
12) Sukar untuk meminta maaf.
13) Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran.
14) Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya.
15) Sangat suka berbahas.

Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT


Isnin, 3 Ogos 2009

SUATU MASA DI NEGERI ANTAH BERANTAH

Ini kisah dongeng sepasang sepasang suami dan isteri dahulu kala purbawara yang tinggal di dalam hutan di sebuah negeri bernama antah berantah. Adapun rumah mereka ini dibina di atas pokok cengal... dan adapun terdapat dua lapislah rumah ituuuu.Si suami seorang yang kuat bekerja dan kerjanya sehari-hari mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan.Si isteri pula tinggallah ia mengemas dirumah.Suatu hari, si suami pergilah mencari makanan dihutan.Sedang beliau mencari-cari hasil hutan. . tiba-tiba dia terjumpa sesuatu yang berkilau apabila dipancar oleh matahari.Dia pun bawak balik benda itu dan disimpankan benda berkilau tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat benda berkilau yang dinamakan cermin ituuuu.Bila keluar dari bilik itu rambutnya tersusun rapi, mukanya bersih dan tersenyum. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. dia ternampak cermin milik suaminya. Oleh kerana si isteri ni tak tahu cermin itu apa.. maka,dia ingat orang dalam cermin itu memang perempuan simpanan suaminya.Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangis lah dia mencari emaknya untuk melepaskan perasaannya..Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap dengan nada yang marah, dia nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya itu..Lalu emaknya pun masuk ke bilik tersebut dengan perasaan yang marah. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri: Apasal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk bebenor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. menyampah aku tengok...hodoh pulak tu..
ish ish ish.....
Si isteri terpinga-pinga..........

Thanks rakan b/s emerald 013

DI KALA SEPI YANG KUTAHU

Dikala sepi ini yang kutahu
Aku bertanya kepada diriku
Siapakah dirimu dihatiku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Sekuntum piusi membasahi kalam penaku
Untuk dirimu atau diriku?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Jaringan ini memahat memori diriku
Membahagiakan dirimu atau diriku ?
Kalian semua tidak tahu

Dikala sepi ini yang kutahu
Dalam sepi sebenarnya ada tawa dalam diriku
Membahagiakan jua dirimu dan diriku
Kalian semua pasti akan tahu

ZUL ATFI 10.11 AM

wahai penghuni dunia


"lihatlah sekeliling mu, inilah dunia mu, inilah pentas permainan mu, jangan gentar jangan gerun, bangunlah kau berlari gagah, usah mengundur usah mengalah"

RAHSIA 4

RAHSIA 4

4 alamat orang cerdik:
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan
4. Dapat menimbang pertimbangan orangl ain

4 alamat orang beriman:
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Lama baru menjatuhkan hukuman

-4 tanda orang berakal:
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya

-4 alamat orang rendah:
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan

-4 yang menimbulkan cinta:
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik

-4 soal yang membawa keuntungan hidup:
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih

-4 sempurna dengan 4:
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan taqwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

-4 mesti dijaga:
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

-4 macam pencarian:
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidupberdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidupmembunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal

"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
"* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN,
* WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK,
* WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT,
* WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN
* WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"


TERIMA KASIH TINTA DAIRIKU

SEWAKTU-WAKTUNYA

Di suatu
Ketika aku.........
Bekerja
Pernahku sendirian
Kadang-kadang
Bertemankan kawan
Sayu kesunyian malam

Teringat......................
Daku keringat aku,
Rencah
Perjuangan Nafkah hidupku
Walaupun kadang-kadang
Berasa terhina
Namun aku senyum sahaja

Kini...................
Kau datang dalam hidupku
Mencari kesunyian rindu
Tanpaku sedar
Alam dewasa semakin jauh
Meninggalkan malam
Dan
mungkin
tak kembali lagi